Pages

Friday, March 30, 2012

krim muka

 

gambar tak berapa nak clear. almaklum la i pakai handphone cap ayam jer. hehe... mana mampu nak pakai sII. nanti-nanti kita mampukan diri kita pakai samsung tab pulak yer. cewahhh angan ko jenah. tak tahannn...

krim muka yang i dapat free from freebies under nano white. aku pun tak tahu sama ada kat pasaran dah ada ke belum. dah ada kot. dah lama dah entry nie terperam kat draft, harinie baru menjadi entry sah-nya. :)

sebelum nie aku pakai krim muka safi balqis yang gamat punya. time gatal muka, elok la pakai sebab boleh kurangkan gatal time panas. tapiii time panas tue la, bila apply krim muka balqis nie, muka ko berminyak even tak nampak mana. bila sentuh dengan tangan, 'apsal berminyak muka aku nie?' mula la gelabah tak hengat. :(

tapi bila apply krim muka nano white nie, tulus-mulus rasanya kulit aku. berjalan tetengah hari pergi cari makan pun takde la sesegan macam dulu. lagipun aku keje under aircond totally memang kena guna jugak la krim muka nie.

cuba la korang try cari kat pasaraya, mana la tahu kot jumpa. jangan tanya aku botol yer camner sebab memang tak tahu camner produk asal dia. produk yang free gift nie adakalanya packaging dia lain dari packaging yang diorang jual.


 

Thursday, March 29, 2012

make up set

i got another present! sukaaa... :)


ianya terletak elok dalam kotak nie. nak tahu apadia? usha bawah yer.


taraaa! my new makeup set. semuanya dari produk miss rose. suka suka. dah lama dah tak beli make up. tak pernah lagi try produk dari jenama nie. nak try la.

thanx to kak masz kasi saya try produk nie. hadiah sempena pembaca bertuah. :)

p/s : nanti kenduri angah, aku dah tak payah pening kepala fikir pasal make up. done by myself is better than MUA.


 

thanx intanberlian

 

hasil dari join GA kat salah satu blog. alhamdulillah. dapat handphone strap nie. flower uollsss. teruja nak letak kat handphone. :)

sebelum dapat handphone strap nie, terlintas kat hati, 'lawa jugak aku pakai baju purple. nak pakai lagi la.' sila jangan muntah dengan keprasanan tuan empunya blog nie. hehe. (-.-)v

balik keje tengok ada surat for me. saper pulak yang kasi nie. teruja nak tahu. rupanya kak intanberlian yang kasi. :) tak menang pun. just dapat hadiah sebab join. takper la, lain kali kita cuba lagi yer. thanx, akak. boleh la saya sangkut kat handphone.


 

Saturday, March 10, 2012