Pages

Thursday, October 15, 2020

pergaduhan di stesen minyak

pagi nie kena ambil adik di stesen bas mbkt sebab dia nak turun sana dari kuala lumpur. takperla, dik. ko turun la mana-mana pun. sekarang nie dah senang sikit la kalau nak turun sana pun, dah ada kereta sendiri kan. kalau dulu, susah sikit. kena pinjam moto cekde. kena bagitahu sebelum tidur and ambil kunci siap-siap. kalau lupa nak bagitahu and ambil kunci, memang harapan tinggi la untuk ketuk pintu pepagi rumah orang. tak berapa elok kan kalau camtue.

sebenarnya nak makan breakfast ala-ala omputih, tue yang dia nak sangat turun kat sana. tak kisahla kfc or mcD. tapi cancel mcD sebab yang kat area bandar takder yang 24 hours, ada yang normal hours jer. kalau nak jugak kena pergi yang jauh sikit. takderla jauh mana cuma berpatah balik selepas makan tue yang problem. pemalas nak patah balik sebenarnya. so, pilihla kfc yang otw nak balik rumah. adik makan porridge and aku ambil yang roaster kot namanya, ala yang wrapped dalam roti totilla tue.

 wrapped totilla yang aku makan, ok la rasanya. cuma ada tomato. 

bubur nie pun ok jer rasanya. dia letak ayam. kalau tak silap, ayam original. kalau tak tambah geram or lada sulah or lada hitam memang tak best la rasanya. adik tak letak garam, anggap jerla kita makan makanan sihat tanpa perasa. haha...

otw nak balik rumah dari kfc, nampak ada satu pergaduhan kat stesen minyak. antara orang muda and tua. antara kereta and motor. sampai ke jalan besar dengar dia punya pergaduhan. menyeramkan. tapi memang takder maknanya untuk aku jenguk-tanya or what-so-ever kat situ. memang aku tak tunggu pun lampu hijau. dahla sebelum pukul 6 time tue. tak ramai pulak orang kat stesen minyak. lagila aku takut.

kalau kat stesen minyak yang kat area rumah aku nie, balai polis seberang jalan jer. so, kalau ada apa-apa memang tekan jer button kat dalam ofis, polis dah terkedek-kedek mari jenguk tengok apa yang berlaku. aman sikit la kat situ. tapi yang tak bestnya, stesen minyak tue buka dari 6.45 pagi - 12 tengah malam jer.

No comments:

Post a Comment