saper-saper yang stay kat KL, tak payah habaq la apa maknanya PJU or PJS tue. ataupun korang takkan sesat nak cari arah mana PJS or PJU tue terletak. tapi bagi aku yang boleh dikatakan suka makan langsat nie, tak payah duk habaq la. kena hon tue mainan utama la kalau drive. kalau tak kena hon, tue maknanya aku drive sesiput. sesiput pun malu tengok aku.
alkisahnya macam nie. my sis tak dapat tiket, cuti seminggu. takder gayanya dia nak melepak huhahuha kat rumah sewa sensorang. maka dipujuknya si kurus ini mengambilnya. yerla, si kurus kan baik hati. jumaat malam pergi KL dengan bas, sampai pagi sabtu. santai jap, relaxkan badan. dalam pukul 10 pagi macam tue, tolak balik semula ke terengganu. tapi sempat la sambar sebijik novel buat pengubat lara. nanti aku review novel tue. tak rugi beli. :)
keluar jer dari One Utama, kawan adik call, nak tumpang jugak sebab takder tiket. ok la. kita pergi ambil dia. dia kat area PJU, tapi aku tak tau PJU yang mana satu. aku kan buta sikit bab jalan nie. ko nak tumpangkan kawan? silakan. tapi habaq mai jalan mana kena lalu. jangan tanya aku nak belok kiri or kanan. aku tau pegang stereng jer.
adik aku pun sama jugak! langsat sesama. kawannya kasi direction dah macam itik-ayam punya percakapan. berapa kali entah salah jalan. last-last pergi tanya kat balai polis. itupun aku tak tahu balai polis mana. nampak signboard balai polis, lega sesangat.
rupa-rupanya dari balai polis menghala ke PJU tue cuma 15 minit jer. tapi aku drive kereta tue 2 jam! dahla matahari tegak atas kepala. peluh menitik tak hengat! melekit. :(
PJU = petaling jaya utara.
PJS = petaling jaya selatan
tahu tak apa dipemikiran aku bilamana asyik jumpa signboard PJS?
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?