Pages

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Friday, September 27, 2013

sabtu tanpa plastik


berkurun entri nie didraftkan, baru hari nie nak update. penyakit apa la yang melanda diri ini? tolongla vitamin M pergi jauh, tak larat dah nak hadap ko. haha... orang psiko memang macam nie. salah sendiri, tapi tuding jari kat orang. tuding? apa tue? errr tunjuk kot. abaikan.

hari sabtu hari paling malas nak jelajah kedai besar nie. kena bayar 20sen untuk plastik. minyak naik kan sekarang nie? maka belanja pun kena la ber-ala kadar. sederhana kata orang.

bila entah aku pergi giant kuala terengganu, lupa dah. tapi dia ada sediakan kotak untuk letak barang. maknanya korang dah tak payah bayar 20sen, just ambil kotak, letak dalam troli n tolak itu troli.
kalau tak nak ambil time masuk, ambil time bayar or keluar dari mall.



ini orang lagi dahsyat punya perangai.
ambil kotak kat giant, tapi pergi membeli kat mydin. boleh? haha... mydin tak sediakan kotak macam giant. aku agakla kan. kalau mydin sediakan kotak, entah-entah dah berkerumun orang kat tempat tue. tak nampak kotak, nampak orang jer.

kalau bawa kotak nie, masuk mydin, memang agak payah sikit la. aku rasa bukan sikit, banyakkk. guard kat pintu masuk akan check satu-satu kotak. bila dah masuk, mata dia akan ikut ko sampai la ko hilang dari pandangan mata dia. takut la kita selit apa-apa ke kat celah kotak yang dia tak nampak.

ada jugak yang bagi pandangan, guna plastik lutsinar putih yang kita letak sayur timbang tue. ok jugak kan pendapat tue. nanti nak try la.

Thursday, February 14, 2013

PJU vs PJS

hari tue aku duk pung pang kat twitter pasal aku pergi KL ambil my sis. si kurus mengambil si gemuk. kahkahkah!!! gila kejam statement aku. takper, dik. ko gemuk ker, kurus ker, kakak ko sayang jer kat ko. tapi kalau boleh, sila la kurangkan berat. boleh la aku kurangkan membeli baju. kita kongsi jer. hint tue, hint tersirat namanya.

saper-saper yang stay kat KL, tak payah habaq la apa maknanya PJU or PJS tue. ataupun korang takkan sesat nak cari arah mana PJS or PJU tue terletak. tapi bagi aku yang boleh dikatakan suka makan langsat nie, tak payah duk habaq la. kena hon tue mainan utama la kalau drive. kalau tak kena hon, tue maknanya aku drive sesiput. sesiput pun malu tengok aku.

alkisahnya macam nie. my sis tak dapat tiket, cuti seminggu. takder gayanya dia nak melepak huhahuha kat rumah sewa sensorang. maka dipujuknya si kurus ini mengambilnya. yerla, si kurus kan baik hati. jumaat malam pergi KL dengan bas, sampai pagi sabtu. santai jap, relaxkan badan. dalam pukul 10 pagi macam tue, tolak balik semula ke terengganu. tapi sempat la sambar sebijik novel buat pengubat lara. nanti aku review novel tue. tak rugi beli. :)

keluar jer dari One Utama, kawan adik call, nak tumpang jugak sebab takder tiket. ok la. kita pergi ambil dia. dia kat area PJU, tapi aku tak tau PJU yang mana satu. aku kan buta sikit bab jalan nie. ko nak tumpangkan kawan? silakan. tapi habaq mai jalan mana kena lalu. jangan tanya aku nak belok kiri or kanan. aku tau pegang stereng jer.

adik aku pun sama jugak! langsat sesama. kawannya kasi direction dah macam itik-ayam punya percakapan. berapa kali entah salah jalan. last-last pergi tanya kat balai polis. itupun aku tak tahu balai polis mana. nampak signboard balai polis, lega sesangat.

rupa-rupanya dari balai polis menghala ke PJU tue cuma 15 minit jer. tapi aku drive kereta tue 2 jam! dahla matahari tegak atas kepala. peluh menitik tak hengat! melekit. :(

PJU = petaling jaya utara.
PJS = petaling jaya selatan

tahu tak apa dipemikiran aku bilamana asyik jumpa signboard PJS?



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.