Pages

Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Friday, October 4, 2013

pecah masuk rumah

untuk kesekian kalinya, entri aku tertunggak lagi. kesiannn...

seminggu yang lepas kot, aku pun tak pasti the exactly date rumah kena pecah masuk. bukan pecah masuk yang teruk macam korang fikirkan. nauzubillah.

yang ini, dia masuk melalui tingkap bilik. tingkap nie memang boleh panjat jer. kalau yang badan lonjong, memang harapan tinggi la nak masuk sesenangnya. kalau tertinggal kunci ker, terkunci ke, apa ker, memang tak berapa nak takut la. boleh panjat or terjun jer.

tapi memang tak sangka, yang benefit itu boleh jadi satu ancaman jugak. memang tak dengar langsung, dia panjat ker, masuk dalam rumah ker. tau-tau jer barang dah kena ambil.

aku n adik kuor pergi beli barang. tinggal akak n anak dia kat rumah. bila dah balik, dia bising bagitau handphone dia takder. kitorang mana la tahu. bukannya kitaorang stay kat rumah pagi tu. bila akak check sekeliling rumah, ada sebiji batu simen kat tanah yang area tingkap bilik dia. dia pelik, camner la batu nie boleh berada kat bilik dia. dia pelik, aku lagi pelik.

check punya check, tabung air gelap n handphone dia hilang. nak buat report polis pun, tak boleh. sebab memang akak buka tingkap. so tak der bukti yang menunjukkan dia masuk rumah walaupun barang hilang. polis kata, report boleh buat, tapi takder tindakan susulan. sebab kes yang macam nie boleh dikategorikan sebagai 'menjemput ancaman ke rumah dengan sengaja.' apa-apa jer la cik polis. nak barang balik pun dah tak boleh. dendiam sudahhh...

2,3 hari selepas tue, rumah mak saudara pulak kena masuk. tingkap yang kat depan pintu masuk rumah ada kesan cungkil and tingkap yang menghala ke laut kena pecah. mak saudara tidur kat tingkap bawah. tingkap yang kena cungkil n pecah tue semuanya kat area atas. mak saudara perasan pun, time bangun bagi. alhamdulillah, semuanya selamat. cuma tab and jam kena ambil. takperla, asalkan nyawa semuanya selamat.
mak saudara buat report polis n polis cakap setakat nie takder lagi report pasal rumah pecah masuk kat area kampung nie.
so, kami budget pencuri tue adalah orang yang sama and orang dalam kampung nie jugak. sebab tue la no report at all. dah malas nak layan. tapi kalau dah selang 2,3 hari kena kat jiran sebelah menyebelah, tak ker hangin jugak badan dibuatnya?

tetiba jer semalam, teringat kat kamera yang satu itu. selalunya selit antara buku. cari punya cari, tak jumpa. takper, maybe adik ada simpan kat tempat lain.
tanya dia, tapi dia kata tak pegang or simpan. dah kemana pulak kamera nie menyorok. cari kat rak yang biasa simpan pun takder. memang la kamera biasa jer. tapi untuk mendapatkan sebiji kamera itu amatla terasa. dahla gambar kat dalam tue amat nostalgik. tak kan aku nak ulang masa lalu hanya nak dapat gambar tue? ada harapan la kamera tue pun pencuri tue ambil jugak.

sebelum nie lappy jiran 'pinjam'. dapatla balik walaupun berkoyan jugakla aku menangis. la nie, jangankan kata menangis berbaldi, aku meratap pilu pun belum tentu lagi dapat balik kamera tue.

disebabkan itu, maka tunggula entry yang tidak bergambar selepas ini. sekian. curahan hati di jumaat.

Monday, January 24, 2011

cara rompak zaman sekarang.

zaman sekarang nie zaman yang penuh dengan pancaroba kan? nak pergi mana-mana pun takut. *aku ler tue.* series la weiiii. aku nak pergi kedai yang hujung kampung tue pun takut. even time tue pukul 8 malam. macam lahabau jer orang zaman sekarang. takder sivik ker aper?

kat kampung aku nie, dah ader perompak guna kekdah baru. aku pun naik seram nak duk rumah nie. dah la aku dengan mum jer kat rumah nie. time cuti, baru ler aku rasa aman-damai-selamat sikit duk rumah nie. kalau tak... memang aku akan pandang-jeling jer kat tingkap-pintu tue. memang tak aman-tenang la tido aku memalam.

macam nie yer kekdah nyer. jangan pulak korang pergi amalkan. tak elok kkk.

perompak akan bagi salam. *nampak macam baik jer kan.* tetibaaa... kalau tuan rumah takder, teruihhh kebas ape yang aderrrr. kalau boleh ubat gigi pun, ubat gigi yer baham. nak wat per la dengan ubat gigi tue.

macam dah kemaruk jer orang zaman sekarang nie. sampaikan bende yang tak penting pun, ko nak jugak. kalau ubat gigi tue jenis emas-berlian tue, logik la ko nak kebas tue, logik la jugak.. iniii...

kalau tuan rumah tue kuor time bagi salam tue. yer akan kata la, yer nak jumpa someone tapi padahal nan adooo. yer kata la, yer nak jumpa ahmad ker, timah ker, pakmat ker. kalau yang kuor tue, nenek tua. lagi la kooo... tetiba jer nenek tue dah kena ikat la, itu la, ini la. anak-anak muder zaman sekarang nie memang takder adab langsung ker? tak belajar adab ker aper budak nie? aishhh...

nie pulak citer aku. bebenor okkk. takder nyer menipu.

malam tue, lebih kurang pukul 12 tengah malam. aku n my mum jer yang ader kat rumah. mum kejutkan aku. katanyer ader yang bagi salam tapi sebab aku mengantuk-tahap-gaban, aku wat booo layan jer. esoknyer aku tanya my mum. katanyer memang betul. aku ingatkan mimpi jer. sekali kooo... betul rupenyer. terkejut aku.

mak sedara aku pun bagitahu ler. tue ler taktik orang zaman sekarang. memang dahsyattt. aku pun tak terpikir nak wat cenggitu.

katakanlah malam tue aku terbangun. agak-agak nyer aper yang akan terjadi? entah-entah kuor suratkabor muka depan nie. ishhh... memang menyeramkan.

tue la... pompuan memang kena ader pelindung. kalau ko ader black-belt *ye ker perkataan nie?* pun kira ok la dari takder langsung kan.

bile dengar jer aper yang mak saudara aku tue cakap, teruih aku pergi youtube n cari video taekwondo. haha... :)) takut kooo.

Sunday, January 23, 2011

follower...

kali nie aku memang pening-tahap-giga bilamana... ader someone kater aku tak follow yer. padahal setahu aku, aku dah follow blog yer tue dari zaman-tuk-kaduk lagi. dari zaman yer habaq kat aku, yang yer ader blog. boleh plaq camtue.

aku pun berfikir sejenak. ehmmm... ok... maybe ader gangguan-istilah kat situ. check balik kat yer punyer follower n KONPEMMM nama aku takder. dah gelabah dah aku nie. dah la aku nie sorang yang mudah gelabah. lagiii la aku penggelabah bila jadi camnie...

selidik punyer selidik. n tanya punyer tanya. rupenyerrrr... aku kena pergi kat blog yer n klik kat follower yer, baruuu la aku nie follower yer.

korang tahu?

aku baru tahu.. penjakun betul la aku nie. erk! ker ader yang terasa? soriii... kalau anda sekalian terasa. :))

10sen pun berkira...

situasi itu...

hari : luper la.
masa : petang *agaknyer pukul 6+++ kot.*

macam nie. my mum nak biskut, tapi dah habis stok pulak. nak pergi pasaraya macam malas pulak. so jejak la kaki nie kat kedai area rumah nie. belek biskut. pilih la biskut nie. n barang-barang lain. beratur kat kaunter. lepas jer mamat-makcik-pakcik, my turn. scan harga.

aku : kak, bukan ker biskut nie rm6.40.

pekedai tue pun jenguk balik tag harga n mesin harga yer...

dia : yer laa. rm6.40.

lepas jer bayor. kedengaran la suara kat belakang.

dia : bukannyer banyak pun. 10sen jer. itu pun nak berkira.

aku pandang belakang tapi yer wat kira-kira barang orang belakang aku.

hati aku : kak, aku nie bukannyer nak berkira 10sen tue. aku cuma tanya jer.

mentang-mentang la kedai ko nie memang sentiasa berpengunjung, maka ko boleh wat sesuka hati jer keee. lantak la harga yang ko tag tue sama ke tak dengan mesin ko scan. cuba bayangkan kalau ader pengunjung yang lagi cibai dari aku. mulut yer dari besar dari mulut aku. baru ko tahu langit tue tinggi ker rendah. *baca : geram*

kalau ko tue keje kat mydin ke, giant ker, konpem-konpem la tak sampai 2,3 hari ko keje kat situ, memang dah kena buang agaknyer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.