Pages

Showing posts with label wooo. Show all posts
Showing posts with label wooo. Show all posts

Friday, July 26, 2013

no title.

lamakan tak jenguk sini. busy tak berapa nak busy. idea kekeringan, jemari nak menaip pun tak berapa nak rancak.

bukan xder citer, ada. bukan takder topik nak start. tapi tak tau nak mula dari mana. duk sorting gambar nak trasfer ke blog.

p/s : 'baby' i sakit. entah bila nak hantar ke klinik pun tak tau. bulan nie banyak pulak ongkos yang keluar. maka 'baby' tersimpan kemas dalam microwave. haha... kena kongsi lappy ngan adik. :(


artis datang beraya kat umah? i nak!!! i nak!!!

Thursday, July 5, 2012

blog GA ke nie?

ehem... ehem... *kenyit-kenyit mata* budget lawa la tue. takder ker orang nak puji kita? takper la, kita puji diri sendiri dah la yer. hehe...

dah lama kan tak bercerita disini. mesti korang perasan blog nie asyik duk karang entry GA jer. bila nak ber-entry tuan empunya blog pulak? bukan tak nak ber-entry, tapi tahap kemalasan melanda tue paling maksima semenjak dua menjak nie.

lebih-lebih lagi dengan kerja yang nak fully commited time tengah tahun nie. lagi la kemalasan menebal di jiwa. rasa macam balik keje terus nak tidor. tak nak fikir dah pasal kerja yang tak pernah habis. lepas satu, satu menjelma. tapi itukan jalan yang aku pilih, maka hadapi la ia dengan tenang. even aku dah gelabah bila bos serah file suruh aku handle.

blog nie masih lagi mengekalkan blog personal. cuma bila ada simple GA yang aku rasa boleh mengelakkan blog nie bersawang terus, aku join. mana la tahu ada rexki yang tersangkut, syukor. :) korang pun boleh la join sekali, mana la tahu, bukan rexki aku, rexki korang. sama-sama la kita berusaha.

selalunya sempat la jugak aku draft entry awal sebelum tido. esok just make up sikit n publish. sekarang nie? jangan harap. lepas BW blog korang, terus zZZ tak hengat dunia. jangankan kata nak draft entry, nak jenguk tv pun dah tak termampu. cuma mampu dengar suara, last-last tv yang dengar suara kita megeroh. kahkahkah... :D

bila dah lama terperam entry kat dashboard, aku delete aje. sonang cerita. nak ingat balik cerita lama nie, agak payah sikit bagi aku. nak rewind balik tue yang payah. nanti kang terrewind benda tak sepatutnya, lagi la haru aku nak menaip. bagi aku, ok! orang lain tak kot. yer la. itu la satu-satunya kenangan terindah. daripada aku duk biarkan draft aku berlambak dengan entry tak pernah siap, baik la aku karang entry yang baru. entry lama, adios. nanti kalau aku teringat, aku up balik yer cerita itu.

fuhhh... legaaa. :) start harinie dah boleh relaxkan minda sikit. takder la terkejar dateline merah atas meja ofis. terkejar dateline hijau je la pasnie.


p/s: doakan saya lulus interview itu. amiinnn... :)


 

Thursday, March 29, 2012

make up set

i got another present! sukaaa... :)


ianya terletak elok dalam kotak nie. nak tahu apadia? usha bawah yer.


taraaa! my new makeup set. semuanya dari produk miss rose. suka suka. dah lama dah tak beli make up. tak pernah lagi try produk dari jenama nie. nak try la.

thanx to kak masz kasi saya try produk nie. hadiah sempena pembaca bertuah. :)

p/s : nanti kenduri angah, aku dah tak payah pening kepala fikir pasal make up. done by myself is better than MUA.


 

Friday, September 23, 2011

pasta?

pasta? apa tue? saya nak masak pasta ker? saya nak ajar korang masak pasta ker? ker saya nak ajak korang makan pasta? hermmm... apa yeee. semuanya salah. hehehe... =.=

pasta nie tajuk filem korean. entah camner entah saya boleh terlajak tengok citer nie. terlajak? ko nak kaki ker, ko nak tangan, ha? saya bukan terlajak tengok tapi saya scroll list citer kat maaduu n saya terjumpa tajuk nie. rasa macam beshhh n tengok. saya dah pernah tengok citer taiwan yang tajuk dia pun pasta. citer taiwan tue pun besh. semua citer besh. apa yang tak best pun tak tahu la.

citer nie memang besh. nak saya review? tak payah laaa. korang pergi tengok sendiri citer dia. lagi feel. lagi terangkat. dengar citer dari orang, apa kelasss... peringatan : jangan cari kat youtube, citer nie takder kat sana. kat sana cuma ada ost jer. :)

 kenapa saya tengok citer nie? sebab laki nie. hehehe. tak jelas?
.
.
.

 dah jelas dah kan? :')

1st time tengok yer berlakon dalam coffee prince. tapi yer bukan hero citer tue, so tak alert mana dengan lakonan yer. scroll maaduu n pilih citer nie. eh? macam kenal jer hero nie. pikir punya pikiiir. ooo pelakon coffee prince. terus i jatuh heart sama ini laki. i heart u laaa. ader sesaper nak pinangkan dia untuk i? jangan layan sama ini anak dara, yer tengah mengenyam tak hengat dunia. =.=

kenapa i suka dia? sebab lakonan dia macam real. boleh 'feel' dia punya lakonan. bukan nak kutuk pelakon malaysia. saper kata diorang tak bagus. diorang pun bagus jugak. tapi aku agak-fanantik dengan citer korea. akan diusahakan sampai dapat citer tue. sampaikan acik aku pernah kata, 'ko tengok citer nie tetiap malam, ko nak kahwen dengan diorang ker?' acik, kalau adik boleh kahwen dengan diorang, dah lama dah adik pergi pinang. tak payah tengok movie dah. ada depan mata terus. *wink*

satu pengajaran untuk aku from this movie. jangan pikir semua lelaki sama dalam menunjukkan kasih sayang diorang. perangai lain, konpem cara diorang pun lain. ada yang romantik, ada yang tak terjangkau dek akal. 0.0 ko dapat boyfriend camnie, camnie la perangai dia. ko dapat boyfriend type c, type c la perangai dia.

masa mula tengok, memang aku asyik booo jer laki nie. apsal ko buat camnie, bukan ker sepatutnya ko buat camtue. :(  lama-lama usha, baru paham. -.- tak semua lelaki boleh lahirkan apa yang diorang rasa sama macam kita nak. pemahaman sama tapi cara menzahirkan itu yang berbeza.

kalau sekarang nie, ko duk pikir nak terima lamaran lelaki yang bagi bunga 144 kuntum roses + candle light dinner. rentikanlah pemikiran itu. nak pikir boleh, tapi jangan terlalu mengharap. takut nanti bila dah jatuh, tak boleh bangun. time tue lagi naya. takder sapa boleh tolong, diri sendiri tanggung. bukan kata tak boleh pikir langsung. bolehhh.  untuk berimpian itu boleh, untuk mencari lelaki yang 100% macam ko nak, pun bolehhh. tapi kalau ada apa-apa lepas nie, tanggung sendiri. jangan nak tuding jari kat sesiapa.

lagipun mana tahu cara lamaran laki kita nanti boleh buat kita senyum lebar time tua. citer kat anak-cucu dengan bangga. sampaikan anak-cucu pulak berangan nak laki macam kiter punyer. kenangan tue hanya sekali jer. hargailah ia. ewahhh, pesanan penaja dari aku.com. sekian.

#dearfuturehusband saya tunggu awak datang pinang. :) jangan tunggu lama, nanti dikebas orang.

Tuesday, July 19, 2011

aku kahwen? biar betul!

tengok tak tajuk entry tue? tengok kannn...

AKU KAHWEN! tapi gambor ehsan pakcik google. hehehe... :p kenapa la seme orang duk predict aku kahwen hujung tahun nie. wahai manusia yang mempredict itu, adakah korang tahu aku tak hadir lagi kursus kahwin? kah!!! kah kah kah!!! kah!!! tue la korang predict lagi bila aku nak kahwen. sekarang tengok, kursus kahwen pun tak hadir lagi. sob sob sob... =(

tapikan memang ramai kebenor yang kata aku bakal kahwen hujung tahun nie. takper korang, jangan risau. korang cari, aku approve kan. :) tak menepati piawaian aku, korang cari lain. ;p

masin mulut korang, sebut 44kali, maka korang akan dapat la yang nie...
bawah nie...
yang nie...
eh, yang nie la...
.
.
.
.


p/s : sesiapa yang rasa nak kad kahwen macam di atas, sila la kunjung sini yer. comel-comel. aku pun berkenan. *___* #dearfuturehusband nanti kite wat kad camnie nak? saya berkenan la. awak design sendiri pun takper. saya tak kesah.

p/s lagi... dear lovely kazen. jangan salahkan aku andai majlis nie ko tak sempat nak hadir. tapi salahkan mereka n kuarga mereka yang kata aku kahwen hujung tahun nie. mulut mereka kan masin. :)

P/s/s : kazen, ko dah ada kat malaysia kan? Carikan aku sorang partner. Nanti ko tengok la, lelaki tue boleh bertahan ke tak dengan perangai hazab aku nie.

Thursday, March 31, 2011

hollaaa! hollaaa!

nampak tak blog saya nie bersawang? *tiup habuk kat jari* jangan risau k... akan dihapdate nanti setelah sekian lama mendiamkan diri. *kepala duk pikir nak wat entry aper pulak*

ader sesiapa rindu saya? takder! huhuhu... sedihnyer. kenapa takder sesiapa rindu saya? kenapa? *sambil hentak kepala kat tembok rumah*

dah siap marathon
1. citer korea + taiwan + entah aper-aper entah kat dalam lappy nie. ader sedih, gumbiraaa so-on so-on.
2. hapdate personal blog. *acik, ko jejak blog adik, siap ko!*
3. baca manual insurans. doakan aku lulus yer. boleh jadi ejen insurans am. 

sekarang nie nak marathon:
1. blog nie yang memang takder entry berkurun lama. akan ku hapdate dengan penuh iltizam k.
2. jejak balik blog yang bertandang ke blog aku. tinggalkan jejak untuk diorang. walaupun aku maluuu.
3. thanxxx bebanyak kepada yang tag aku untuk GA/contest. nanti hamba yang baru ader masa nie akan sertai yer. tungguuu!

okeih... korang dah tahu kan apsal aku tak hapdate blog. apsal blog aku bersawang kannn. jadi sekarang nie, aku kena praktiskan jari jemari aku nie untuk taip entry. *sambil lenturkan jari*

p/s : aku dah jadi ejen insurans am. so kepada sesiapa yang ader kete + motor + kenderaan yang dah nak tamat tempoh or bakal tamat, nak apply insurans dengan saya, boleh jer. kalau korang tak nak apply tapi just nak tahu berapa rege yang harus disimpan untuk next insurans, pun boleh jugak. jangan risau, just emel me kkk. Aku akan bagi quotation. Quotation nie bukannya bermakna kena bayar tau. Just untuk tahu harga sahaja. aper-aper hal masih boleh dirunding. jangan mudah berputus asa k!

Wednesday, December 8, 2010

checklist

checklist untuk aku kena wat minggu nie :

1. hapdate blog scintillate, nurul iman n estrada yang dah berkurun tak hapdate. ader tamboh satu lagi blog. butik sue-ada. *glamerkannn.*

2. khamis nie pergi dungun dengan rozila sebab nak wat clearance. redhaaa jer la bila kena bebel kekg time pergi tue. hanya kerana aku la orang last sekali wat clearance sebelum konvo.

3. hapdate resume n memulakan xtvt menghantar resume. minta-minta la dapat keje tue. boleh la aku beraya dengan duit banyak. nie ciput jer gaji aku. rm 6oo+++, tapi aku bersyukur la sebab ader jugak la yang nak ambil aku keje. mahunyer aku menganggur lelama kat rumah tue, berasap telinga aku mendengar khutbah percuma dari angah aku.

aper lagi yer yang mahu dihapdate kali nie. ape lagi?

4. iye... yang ini paling penting. kite kena hapdate kan zhi shu punyer cite. dah berkeping-keping aku tulis kat notebook tue ha. tulis tangan k, bukannyer menaip. dengan tulisan yang macam cakar ayam tue, entah paham ke tidak, aku pun tak tahu la. aku rasa macam ayam punyer cakar lagi elok dari aku punyer tulisan. betuiii la weiii. ko pernah tak tengok cakar ayam kat tanah? aku punyer lagi teruk dari tue k.

5. yang nie pun kena wat jugak. tengok balik entry yang sebelum nie. coz kena edit segala bagai untuk mengelakkan kengkawan ku juling mata membacenyer. *prihatin kan, suhada nie.* *___* *dah nak siap dah.* nak hapdate butik pulak. nak bagi korang tengok sampai terbeliak mata. coz tudung-tudung kat situ memang beshhh. pakai pun beshhh. promote promote.

aku rasa ini jer kot checklist yang aku kena wat untuk minggu nie. selain dari menggosok baju. malas weiii nak gosok baju. sebab tue la, kalau ko perasan, aku akan pakai baju yang ala-ala tak nampak yer punyer kedut. baik punyer pilihan kan. lain kali aku nak pilih kain senang gosok la pulak. tak payah duk perah tenaga nak gosok baju.

6. ha! ader lagi satu aku kena wat. *baru teringat* jumaat nie pergi mydin mall. kena beli barang dapur. mahu le beratus habis kat situ jer. minta-minta la cukup duit tue. mahu mengigau kalau duit aku tak cukup. kalau kat kedai makan, boleh la aku mengelak dengan basuh pinggan. ini shoping komplek. mana mahu cari pinggan untuk dibasuh maaa. 

otw balik tue, kena singgah kat farmasi beli pil untuk cantikkk. aderlah pil tue, cekde yang suggest. rasanyer nama singkatan yer EPO, agak-agak aku la. aku pun dah lupe nama yer. ader diskaun, tue yang nak beli tue. kalau takder, tengok jer laaa.

nak singgah jugak kat ayamas. nak pilih ayam black pepper. dah lama ko teringin nak makan. *sebenornyer dapat free kupon dari tm.* credit to tm. hahaha...

agak-agak ko la kan. baik jahat tak aku nie, kalau aku beli ayam tue n makan family aku jer. enna + cekde tue memang suka la kalau dapat makan free. masalahnyerrr aku macam tak berapa nak suka la kalau ader enna. enna nie dikira macam anak-anak kak long la. kalau ko tak suka dengan perangai anak kak long time makan, cenggitu jugak la ko tak suka dengan perangai enna.

adios, bebeh. nak pergi melawat entry lelama dulu k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.