Pages

Monday, September 26, 2011

nesvita 3-in-1


yang nie saya dapat sample from nestle. tahupun masa jenguk blog ifa. yer dapat free sample, aku pun apalagi. nak mencuba. mana la tahu kot-kot ader rezki aku, boleh percuma nesvita nie. :) yer, ader rezki aku. syukorrr... balik jer dari KL-johor hantar adik aku belajar. bertimbun parcel sampai rumah. one of them is thisss... from nestle. (-.-)v  i loikeee...

memang suka nesvita. dari zaman duk hostel lagi. siap paksa ayah belikan kalau nak pergi lawat. ianya senang nak minum. just letak air panas, kacau n then siappp... tak payah dah nak pikir kena letak gula berapa sudu, kena tambah apa ker. kalau nak tambah susu tepung, sedap jugak. tapi bukan aku la orangnya. aku hanya minum susu tepung sajerrr. original punya tepung susu n nespray only, tak letak gula or apa-apa. :') brand lain tak boleh terima. tekak budak kecik kot.

tiga pek nie aku balun sendiri. tak kongsi dengan sesiapa pun. adik aku nak? sila berkunjung ke kedai yer, dik. :p jangan duk merengek kat sebelah aku.


lagumu laguku


saya dapat nie dari freebies @ thestar yang saya join entah bila. agak luper bilamana aku duk approve jer sapa-sapa yang request. saya memang suka join GA, contest or apa-apa jer lah yang boleh mengurangkan tensen saya nie. jangan bagi saya teka teki, saya memang merangkak nak jawab. huhu...

saya dapat emel, kata menang cd nie. serieslyyy saya memang tak tahu nadhira nie saper. main hentam jer masuk contest. tak kisah dah contest apa.

mula-mula yer kata boleh datang ambil sendiri. aku dah syokkk nak pergi kl nie. dah terbayang dah nak jenjalan, shopping, jumpa kawan. gosip-gosipan. sekaliii kakak aku kata, tak payah. biar dia jer pergi ambil. baik, kak. adikmu ini menurut perintah.

emel balik tanya, boleh tak kalau orang lain ambil behalf of me. yer jawab ok, just bagi nama n bila dia nak mari ambil. yer balas emel tak lebih dari 3 jam even aku emel dia lepas office hour. memang punctual la mamat nie. aku pulakkk... tergedik nak bagi nama. :p tanya kakak, bila boleh ambil. disuruhnya menunggu dulu. bila dah nak balik kampung nanti, singgah sana n terus balik. okkk, fine. rumah ko sekangkang kera jer dari opis mamat nie. aku tak reply emel tue. aku tunggu akak aku bagi kata putus. yer la. kang aku mereply, menunggu mamat nie. kata nak sampai, tak sampai jugak. berasap mamat nie, aku tak tanggung. =.=

last-last, kakak aku sampai rumah beraya tanpa aku membalas emel tersebut. maka tiada la cd tersebut untuk diberayakan. aku dah kuciwaaa n siap marah kakak aku lagi. kakak aku kata, terlupa nak kasitahu. lagipun jalan jemmm memanjang. kakak aku memang takkan jalan kaki nak pergi mana-mana. paling koman pun, dia akan suruh kawan dia hantarkan. nak naik teksi @ bas? agaknya tunggu kucing bertanduk kot. mentang-mentang dah ader kete, taknak langsung jalan kaki.-.-

aku ingatkan dah takder rezki cd nie. sekaliii lepas raya, yer hantor emel minta alamat n seangkatan dengannya nak pos. alahaiii kalau ku tahu boleh pos, dah lama aku kasi alamat, pakcik. aku baca syarat dia haritue, katanya kena ambil sendiri kat opis. ker mata aku dah rabun banyak? ehmmm... kena pergi wat spek nie. ader sesiapa nak sponsor? :")

lagu dia best. nak dengar? erk... tunggu aku rajin dulu yer. lambat bebenor tenet nie mendownload lagu.


Friday, September 23, 2011

pasta?

pasta? apa tue? saya nak masak pasta ker? saya nak ajar korang masak pasta ker? ker saya nak ajak korang makan pasta? hermmm... apa yeee. semuanya salah. hehehe... =.=

pasta nie tajuk filem korean. entah camner entah saya boleh terlajak tengok citer nie. terlajak? ko nak kaki ker, ko nak tangan, ha? saya bukan terlajak tengok tapi saya scroll list citer kat maaduu n saya terjumpa tajuk nie. rasa macam beshhh n tengok. saya dah pernah tengok citer taiwan yang tajuk dia pun pasta. citer taiwan tue pun besh. semua citer besh. apa yang tak best pun tak tahu la.

citer nie memang besh. nak saya review? tak payah laaa. korang pergi tengok sendiri citer dia. lagi feel. lagi terangkat. dengar citer dari orang, apa kelasss... peringatan : jangan cari kat youtube, citer nie takder kat sana. kat sana cuma ada ost jer. :)

 kenapa saya tengok citer nie? sebab laki nie. hehehe. tak jelas?
.
.
.

 dah jelas dah kan? :')

1st time tengok yer berlakon dalam coffee prince. tapi yer bukan hero citer tue, so tak alert mana dengan lakonan yer. scroll maaduu n pilih citer nie. eh? macam kenal jer hero nie. pikir punya pikiiir. ooo pelakon coffee prince. terus i jatuh heart sama ini laki. i heart u laaa. ader sesaper nak pinangkan dia untuk i? jangan layan sama ini anak dara, yer tengah mengenyam tak hengat dunia. =.=

kenapa i suka dia? sebab lakonan dia macam real. boleh 'feel' dia punya lakonan. bukan nak kutuk pelakon malaysia. saper kata diorang tak bagus. diorang pun bagus jugak. tapi aku agak-fanantik dengan citer korea. akan diusahakan sampai dapat citer tue. sampaikan acik aku pernah kata, 'ko tengok citer nie tetiap malam, ko nak kahwen dengan diorang ker?' acik, kalau adik boleh kahwen dengan diorang, dah lama dah adik pergi pinang. tak payah tengok movie dah. ada depan mata terus. *wink*

satu pengajaran untuk aku from this movie. jangan pikir semua lelaki sama dalam menunjukkan kasih sayang diorang. perangai lain, konpem cara diorang pun lain. ada yang romantik, ada yang tak terjangkau dek akal. 0.0 ko dapat boyfriend camnie, camnie la perangai dia. ko dapat boyfriend type c, type c la perangai dia.

masa mula tengok, memang aku asyik booo jer laki nie. apsal ko buat camnie, bukan ker sepatutnya ko buat camtue. :(  lama-lama usha, baru paham. -.- tak semua lelaki boleh lahirkan apa yang diorang rasa sama macam kita nak. pemahaman sama tapi cara menzahirkan itu yang berbeza.

kalau sekarang nie, ko duk pikir nak terima lamaran lelaki yang bagi bunga 144 kuntum roses + candle light dinner. rentikanlah pemikiran itu. nak pikir boleh, tapi jangan terlalu mengharap. takut nanti bila dah jatuh, tak boleh bangun. time tue lagi naya. takder sapa boleh tolong, diri sendiri tanggung. bukan kata tak boleh pikir langsung. bolehhh.  untuk berimpian itu boleh, untuk mencari lelaki yang 100% macam ko nak, pun bolehhh. tapi kalau ada apa-apa lepas nie, tanggung sendiri. jangan nak tuding jari kat sesiapa.

lagipun mana tahu cara lamaran laki kita nanti boleh buat kita senyum lebar time tua. citer kat anak-cucu dengan bangga. sampaikan anak-cucu pulak berangan nak laki macam kiter punyer. kenangan tue hanya sekali jer. hargailah ia. ewahhh, pesanan penaja dari aku.com. sekian.

#dearfuturehusband saya tunggu awak datang pinang. :) jangan tunggu lama, nanti dikebas orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.