Pages

Thursday, April 12, 2018

petua elak sunburn

Korang tau tak bahaya nya sunscreen tue pada wajah or badan korang? Yang paling ketara sekali for sure lah kat muka. Jeragat adalah kesan yang paling ketara if kita tak jaga muka and biarkan muka kita terdedah kepada cahaya matahari tanpa sebarang penghalang.

Ini adalah cara yang paling senang sekali untuk elakkan kesan sinaran matahari direct terus pada muka kita :

1. pakai suncreen, topi atau payung
yes, wajib ok pakai sunscreen kalau pergi pantai. korang pergi pantai, for sure la nak mandi laut. laut tue pulak laut terbuka, bukannya ada atap pun. korang pulak, kalau boleh, nak mandi laut 24 jam. daripada celik mata sampailah nak tidur, kalau boleh nak berendam je kat dalam laut tue sentiasa. dah kata, ko bercuti ke pantai setahun sekali, takkan nak memerap dalam bilik je, kan? sapulah sunscreen sentiasa. pilih yang bersesuaian dengan kulit ko. bawa topi sekali. topi yang boleh tutup muka, bukan hanya cover kepala sahaja.

2. amalkan penggunaan cermin mata
cermin mata nie benda yang memang ko kena simpan dalam beg travel even korang hanya travel sejam dari rumah. masa drive, tolonglah pakai cermin mata yang boleh menghalang sinaran uv direct ke mata. berpinar mata oiii dek sinaran mentari. kalau dah korang drive ke pejabat pun pakai cermin mata hitam, takkan korang travel yang memakan masa 2,3 hari, korang taknak pakai cermin mata hitam pulak kan?

3.elakkan terdedah matahari secara langsung.
kalau nak terdedah jugak secara langsung, contohnya macam nak mandi laut, tunggulah hingga redup dulu. tunggulah petang sikit. kalau korang pergi taman tema air, memang tipislah harapanlah korang nak tunggu redup dulu, baru main air. itu rugi duit namanya. kalau time yang terdesak macam nie, korang bolehla sekali sekala pergi berteduh kat bawah pokok or carilah tempat berteduh. takdelah sepanjang hari ko terdedah matahari secara langsung.

4. minum air kosong
yang nie palinggg penting sekali. bawalah air mineral sebotol kalau tempat korang pergi tue, payah nak dapatkan air or korang was-was air tue hasil daripada mana. Sue pernah terbaca, kekurangan air dalam badan, boleh mempercepatkan kesan sunburn disebabkan kulit kering.

5. vitamin c
Vitamin C boleh dikatakan sebagai agent pelindung tabir suria kerana ia  penghalang sunburn menjadi teruk.

Sue suka pergi pantai. Walaupun hanya duduk kat pantai sejam dua, itu dah memadai. Sejam dua itu pun, sue boleh rasai terik panas kat tepi pantai. Itu baru tepi pantai, bawah pokok kelapa. Cuba bayangkan kalau mandi air laut tengah panas? Bayangkan lagi apa yang akan terjadi pada kulit kita.
Sue amalkan makan vitamin C Shaklee. Sebab sue tau, walaupun sue dah pakai sunscreen, pakai topi kesan sunburn tue still akan ada walau sedikit.

Kos vitamin C Shaklee murah je. Rm100++ untuk
180 biji. Sehari cuma makan sebiji je. Selain dari elakkan sunburn, vitamin C Shaklee jugak bokeh kuatkan imun badan. Bukankah itu dinamakan lontar sebiji batu untuk 2 ekor burung?

Boleh dapatkan consultansi pasal produk Shaklee dengan sue di no nie ye
http://watsap.my/+60182231528/VitC

Monday, April 9, 2018

breakfast dengan oat

breakfast yang paling senang sekali. oat.

kalau hari-hari nak makan nasi, meragam jugak perut kan? bukan setakat perut meragam, otak pun jammed asyik fikir nak masak apa. sebelum tidur, sue akan fikir nak masak apa. kalau nak masak nasi goreng, make sure sue dah tanak nasi awal-awal.

muak jugak kan hari-hari makan nasi. kadang-kadang perasaan malas tue ada untuk masak nasi pagi-pagi, lebih-lebih lagi kalau bangun lewat daripada biasa.

solutionnya, sue akan makan oat. yes, sue akui oat tak best. kalau dah pemikiran ko sentiasa berfikir oat tak best, sampai bila-bila pun lah oat tak best. tukar mind set. selalu ucapkan oat best.

sebelum sue bagitau, camne cara sue makan oat, sue bagitau dulu kelebihan oat yang sue rasa semua orang dah tau. takpe, sue bagitau lagi ye.

1. rasa kenyang yang lama
2. kurangkan kadar kolestrol
3. serat baik untuk kurus dengan sihat
4. kurangkan risiko sakit jantung

yang paling sue suka sekali, dapat mengurangkan risiko sakit jantung. kalau dah ada keluarga yang ada penyakit 4 berantai, memang sangat digalakkan makan oat nie. kalau tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadilah.

sue selalu beli oat yang segera. yang letak air panas, pun dah boleh makan. tak payah masak. ada packaging yang color merah or biru. pilih yang merah. hehe...  merah senang sikit hidup.

selalunya sue letak oat + madu + milo + kismis. kismis tue ko ganti je la dengan apa-apa buah pun, tak pe. sue suka pekat. tak berapa suka cair. letak air panas tau. kalau nak letak susu pun boleh. ikut tekak masing-masing ye. sue tak suka letak susu, sebab kena panaskan susu tue dulu. lain maciam rasanya bila letak susu sejuk. tak kena dengan tekak dennnn...

kalau korang tak nak makan oat macam nie, boleh buat overnight oat. orang cakap best, on the go breakfast namanya. sue tak pernah buat lagi overnight oat nie, sebab hostel sue takde peti ais. ofis pun hanya ada peti ais mini yang senantiasa penuh barang.

yoga

yoga nie korang boleh amalkan sebagai salah satu senaman. terutamanya untuk mereka yang agak kurenggg berjalan di taman or jogging. at least boleh tenangkan minda n keluarkan peluh. walaupun tak berpeluh mana. haha... 

kalau korang macam aku yang beryoga 10 minit setiap sesi, memang takkan kuor peluh. mungkin korang hanya boleh belajar cara tenangkan jiwa.

banyak manfaat yoga tau
1. mencegah dan mengurangkan stress
2. menjadi lebih santai dan tenang
3. meningkatkan daya tahan
4. menambah stamina
5. meningkatkan penguasaan emosi dan lebih positif
6. meningkatkan konsentrasi dan daya ingat
7. melancarkan peredaran darah
8. membakar lemak
9. menurunkan berat badan
10. meningkatkan fungsi pernafasan

sue bagitau cara sue buat yoga. sue akan download video kat youtube. ada banyak pilihan video. sue pilih adriene. google je coach yoga mana yang korang nak.

sue akan buat yoga nie paling banyak 3 kali sehari. setiap kali yoga, sue akan buat 10 minit. set timer siap-siap. 10 minit tue pun dah berpeluh-peluh ye. sue buat pagi 10 minit, petang 10 minit, malam 10 minit. bolehla dari takde.

nak pergi joging, selalu malas kan? nak pakaian yang cantik la, nak kasut yang sesuai la. yoga nie senang. ko tak payah fikir apa-apa. yang penting, niat ko nak buat yoga apa. cari tempat lapang. ko buat depan tv boleh, buat kat ceruk dinding boleh.

bila buat yoga nie, for sure korang nak buat sampai badan lentik-lentik kan? rentikanlah hasrat tue. yoga nie ikut kesesuaian badan. kalau badan ko tak boleh lentik, tak payahlah paksa. asalkan ko boleh manfaat dari yoga nie, dah memadai. sue akan fokus untuk breath dan jugak regangan badan.

sehari dapat buat 10 minit yoga pun, dah bersyukur sangat dah. dapat tidur lena, tak mengah bila buat kerja, dah syukurrr.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.