Pages

Friday, April 13, 2018

amalan tambah rezeki

Pernah tak kita rasa semua benda dah buat, sales kita still lagi merundum. Naik pun sikit jer. Nak boleh ke naik tue, memang hazab la. Duk berguru sana, berguru sini pun sama jugak keadaan nya. Tengok orang lain punya sales sehari, kalah kita punya sales sebulan.

Jangan kan kata orang lain. Sue nie ha!!! Sehari adalah sales rm100++. Kadang-kadang tue, sales pun menyorok belakang langsir. Malu nak keluar.

Apa yang mentor sue selalu pesan. Ingat balik macam mana hubungan kita dengan Allah. Ini yang paling penting. Rezeki itu datang dari-Nya. Macam mana rezeki tue nak datang, kalau hubungan kita dengan-Nya hancus.

Pernah tak dengar ayat nie, 'jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga urusan dunia kita. Jaga akhirat, insya allah dunia akan datang sekali.'

Ini apa yang mentor sue ajar. Kalau boleh, buat setiap hari.

1. solat hajat dan dhuha
Solat hajat biasanya sue buat lepas isyak. Dapat buat 2 rakaat setiap hari pun, dah bersyukur. Solat dhuha memang sue akan cuba buat setiap hari 4 rakaat. Sebelum nie sue amalkan 2 rakaat. Bila sue baca facebook master nana, master salwa, master norita, diorang selalu tekankan, kalau boleh solat dhuha dilakukan 12 rakaat. Nak buat 12 rakaat, sue akui memang tak mampu la setiap hari. Jadi sue cuba buat 4 rakaat. Sue start kerja pukul 9 pagi. Jarak dari hostel ke tempat kerja cuma 5 minit drive. Apa salahnya pukul 8 pagi, sue buat solat dhuha 4 rakaat. Lepas sarapan or seterika baju pun boleh. Tak lama pun nak buat solat dhuha nie. dalam 5 minit dah siap.

2. al-waqiah
surah nie kena baca setiap hari. kalau tak boleh, pagi, kita buat malam. kalau tak boleh malam, sebelum tidur bacalah 10 ayat. sekarang nie pun sue cuba amalkan baca al-waqiah seminggu 3 kali.

3. sedekah
seelok-eloknya sedekah waktu subuh or dhuha. 10sen pun tak apa. asalkan niat kita adalah bersedekah. ramai yang kata, 'awak sedekah nie sebab nak lariskan jualan, kan?' jangan fikir apa pandangan or kata-kata orang. fikir positif jer. mentor sue selalu pesan, Allah akan bagi sepertimana yang kita fikir n ucap. ucaplah yang baik-baik. fikirlah yang baik-baik. abaikan negatif sekeliling kita. kalau boleh, delete sekali apa yang negatif tue.

4. zikir dan istighfar
bagi sue, inilah amalan yang paling senang sekali. duk tengok tv, boleh je nak berzikir. duk memasak ke, mengemas rumah ke. yang bekerja pun boleh buat. duk menaip, drive nak pergi kerja, nak balik kerja. yang tengah marah pasal jammed, apakata ubah mind set kita, daripada mulut kita duk marah, apakata ubah kata-kata tue ke zikir.
zikir nie tak perlu nak berzikir panjang-panjang. zikir pendek pun boleh. zikir yang senang-senang je. contohnya zikir alhamdulillah, subhanallah. istighfar pun sama. istighfar pendek je. kalau ada masa, nak istighfar panjang-panjang pun takpe.

Thursday, April 12, 2018

kesan kekurangan minyak ikan

sebelum nie, sue bagitau kepentingan minyak ikan (omega) dalam kehidupan sehari-harian. Kali nie sue nak bagitau apa kesannya kalau kita kekurangan minyak ikan.

1. otak tidak akan berfungsi secara optimum.

2. menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat dan jerawat.
yang nie sue pernah alami and its true. semua tau kan, sue jarang makan minyak ikan sebab berbau n rasa tak sedap. time tue, memang lotion tangan kena sentiasa ada dalam beg. setiap 2 or 3 jam kena sapu lotion. kalau tak sapu, memang tak best. rasa kesat.
bila dah amalkan omega shaklee, sue pun sapu jugak lotion. taklah sapu sentiasa. sapu pagi, sampai ke tengahari masih lembap lagi kulit. taklah selembap macam pagi. cuma tak kesat sehingga kena sapu lotion banyak kali.

3. lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis .

4. fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi.

5. kelesuan

6. lemah ingatan

7. tekanan dan perubahan mood

sumber vitamin c

bagi sue, vitamin yang paling penting untuk sue topup dalam kehidupan sue, adalah vitamin c. vitamin c nie paling penting untuk imunisasi or daya tahan badan.

vitamin c boleh dapat dari sumber buah or sayur. korang just pilih sahaja buah mana nak mengunyah or sayur mana nak dimasak.

nie list sumber vitamin c yang paling senang korang nak cari.

1. oren
buah oren nie, buah yang paling senang sekali nak dapat. sepanjang tahun korang boleh makan buah oren. perasan tak, bila korang lawat orang sakit, buah wajib bawa adalah buah oren? buah nie paling senang nak makan. just kupas kulit, dah boleh makan. murah pun murah. sebiji tak sampai rm1. banyak cara ye kalau korang nak makan buah nie selain dari makan macam tue je. korang boleh buat jus atau air detox.

2. lada benggala
lada benggala nie paling senang nak jumpa dalam masakan western. especially pasta. sue tak berapa suka lada benggala sebab dia payah nak makan. if pergi makan kat restaurant, diaorang akan potong kasar-kasar. sue akan potong balik halus-halus. memang takla sue nak makan besar-besar macam tue.

3. kiwi
buah yang agak mahal sedikit tapi still lagi berbaloi. kalau buah nie buat air detox, memang cepat je habis air sebotol. biasanya buah nie, sue akan beli time pasaraya jual murah-murah. kiwi nie best tau kalau letak dalam overnight oat.

4. brokoli
sayur yang palinggg sue suka. sepohon boleh dapat rm2. sayur yang paling senang sekali dimasak. rebus letak garam sikit. done! jangan rebus sampai lembik sangat, tak sedap jadinya. rebus dalam 4,5 minit jer. rebus lama-lama nanti kang, kurang khasiat pulak.

5. betik
buah yang senang dijaga. dan jugak cepat habis. hehe... tak sampai 5 minit dipotong, dah habis sepinggan. kadang-kadang tue tak sempat habis potong sebiji pun lagi, dah habis dulu orang lain sambar. dapat pulak colek buah. pergghhh tak pandang kiri kanan dah.

6. strawberi
buah nie pun dikira senang jugak dimakan. basuh terus boleh makan. kalau korang pergi cameron, sila la beli banyak-banyak buat stok dapur. strawberry adalah buah yang paling best untuk snack. buat pancake, tabur strawberry and coklat. celup strawberry dalam coklat cair. jadikan strawberry sebagai coklat hiasan.

7. nanas
nanas nie pun sedap kalau dapat makan dengan colek. memang tak pandang kiri kanan dah. buat tambahan selera pun best. tambah nanas dalam masak lemak udang, perghhh bertambah-tambah nasi kauu.

8. limau gedang
selain dari limau biasa, korang jugak boleh dapatkan vitamin c dari limau gedang. siapa pernah makan salad limau gedang? cubalah... campur segala macam buah n letak salad dressing. selain dari tue, buat air pun best. minum air limau gedang time musim panas macam nie, boleh habis bergelas-gelas nie.

dah tau kan, sumber vitamin c korang boleh dapatkan dari mana? make sure korang ambil sumber vitamin c dengan betul tau. sayur yang dimasak macam brokoli, lada benggala, elakkan masak terlalu lama. ditakuti hilang khasiat vitamin c nya. buah pun sama. buah yang dikupas kulitnya, janganlah ditinggal lama sampai lebam warnanya. sue tak tau, sama ada buah yang lebam tue, kekurangan vitamin c atau tidak. cuma tak berapa enak dipandang.

sue ada satu solution yang senanggg sekali. especially untuk mereka yang agak kureng makan buah or sayur. sue amalkan makan vitamin c shaklee sebiji sehari. alhamdulillah, kesan dia bagus. selesema n demam tak singgah lama-lama. 2,3 hari dah sembuh. sebotol tahan 3 ke 4 bulan. sebotol ada 120 biji. jimattt kan?

roger sue ye, untuk tau lebih lanjut pasal vitamin c shaklee.

018-2231528
018-2231528
018-2231528

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.