semalam, kolej ada buat celebration cny kat golden village ttdi. kalau betul lah tempat nie. aku pun dah lupa exactly tempat nie nama apa.
sebenarnya, aku nak tanya. camne nak letak gambar kat entry blog kalau guna phone. dah banyak kali aku godek, tetap tak jumpa. aku yang buta it or memang tak boleh letak gambar kalau guna huawei nie.
tempat tue area pasar besar ttdi. tapi sebelah hero market. dia bangunan pejabat, aku pun dah lupa nama tower apa bangunan tue.
ada kisah okkk pasal celebration nie. suhada n kisah, memang tak pernah dipisahkan. 😂😂
first arrangement, semua orang setuju nak naik mrt. area kolej memang senang dengan mrt. biasanya nak pergi mana-mana, memang aku akan fikir jalan nak guna mrt. from giza, boleh stop kat ttdi. just walk 5 minute dan boleh sampai restaurant.
sekali, masa hari kejadian, semua pilih nak tong-tong parking n minyak, sebab taknak jalan kaki. dah sampai sana, dengan badan berpeluh, rasa tak seronok nak makan dengan happy. padahal restaurant tue ada je aircond. 😒😒
aku yang memang taktau nak parking mana nie, duk la mencari area yang boleh parking. korang tau tak ada apps 'jomparking?' sayangnya apps tue down. tak tau la kenapa. ramai yang review, apps nie senang. kita just bagitau nak parking kat mana, kereta apa n pukul berapa sampai. done!
banyak jugakla makanan dia. ada udang oat, ikan steam, nasi confirm la ada. kalau takde nasi, mau mengamuk budak kolej. diorang bukannya boleh takde nasi, perut melayu semuanya. ada sup apa entah masa pembuka selera tue. pekat n banyak isi kat dalam dia. ada isi ikan, udang, jagung. memang berselera lah aku makan. kalau sup or bubur yang pekat, yes, itu memang pilihan aku. ada yang masak bubur tapi tak pekat kan? aku akan masak balik and letak sagu. 🙊🙊 dessert dia best. walaupun selepas tue, aku kena ambil nab.
No comments:
Post a Comment