Pages

Friday, February 23, 2018

cny celebration

semalam, kolej ada buat celebration cny kat golden village ttdi. kalau betul lah tempat nie. aku pun dah lupa exactly tempat nie nama apa.

sebenarnya, aku nak tanya. camne nak letak gambar kat entry blog kalau guna phone. dah banyak kali aku godek, tetap tak jumpa. aku yang buta it or memang tak boleh letak gambar kalau guna huawei nie.

tempat tue area pasar besar ttdi. tapi sebelah hero market. dia bangunan pejabat, aku pun dah lupa nama tower apa bangunan tue.

ada kisah okkk pasal celebration nie. suhada n kisah, memang tak pernah dipisahkan. 😂😂

first arrangement, semua orang setuju nak naik mrt. area kolej memang senang dengan mrt. biasanya nak pergi mana-mana, memang aku akan fikir jalan nak guna mrt. from giza, boleh stop kat ttdi. just walk 5 minute dan boleh sampai restaurant.

sekali, masa hari kejadian, semua pilih nak tong-tong parking n minyak, sebab taknak jalan kaki. dah sampai sana, dengan badan berpeluh, rasa tak seronok nak makan dengan happy. padahal restaurant tue ada je aircond. 😒😒

aku yang memang taktau nak parking mana nie, duk la mencari area yang boleh parking. korang tau tak ada apps 'jomparking?' sayangnya apps tue down. tak tau la kenapa. ramai yang review, apps nie senang. kita just bagitau nak parking kat mana, kereta apa n pukul berapa sampai. done!

banyak jugakla makanan dia. ada udang oat, ikan steam, nasi confirm la ada. kalau takde nasi, mau mengamuk budak kolej. diorang bukannya boleh takde nasi, perut melayu semuanya. ada sup apa entah masa pembuka selera tue. pekat n banyak isi kat dalam dia. ada isi ikan, udang, jagung. memang berselera lah aku makan. kalau sup or bubur yang pekat, yes, itu memang pilihan aku. ada yang masak bubur tapi tak pekat kan? aku akan masak balik and letak sagu. 🙊🙊 dessert dia best. walaupun selepas tue, aku kena ambil nab.

Saturday, January 13, 2018

dinner degree

time diploma nie dolll... ader la dalam bertahun-tahun yang lalu. time jiwa remaja kata kan.

aku la yang duk tengah-tengah tue, kat area depan *ko jangan pulak kata tak nampak aku. aku sekeh ko karang. tahu la aku nie kurus gemuk.*

sebelah kanan, dayah. sebelah kiri pulak, sya *sekarang dah jadi tunang orang. gumbira hidupnyer.*

aku? entah bilalah aku akan jadi milik orang. biarla... biar Tuhan yang tentukan segala-galanyer. aku hanye boleh menanti dan terus menanti.

kat belakang pulak. dari kanan, puspa, zihah, nanie n arfah. puspa n naniey belajar kat uitm shah alam. arfah kat arau *jauhnyer. susah ler kite nak bergosip yer, kak pah.* kitaorang sekarang nie ambil course yang sama, BACC *Bachelor in Accountancy.* cuma yang bezanyer tempat jer. entah bila la boleh jumpa diaorang pulak. winduuu dolll... kalau la boleh ulang masa lalu, agak-agak ko, la kan, ko nak balik time mana? time baby? time pakai baju selekeh?

aku? aku nak balik time tingkatan 1. time tue, aku nak bagitahu kat to'wan. yang aku sayang yer. n nak yer tunggu aku. boleh dok? *hampeh betul la aku nie.* macam la masa tue boleh tukor macam dalam citer 'doremon' tue.

hari tue jumpa naniey masa company aku wat high-tea kat primula. tapi tak boleh cakap banyak pun, coz aku kena sambut tetamu. *uik, adekah tetamu takut menengok tiang yang bergerak itu? lantak ko la. janji aku wat keje aku. hehehehe...*

naniey pulak kena duk semeja dengan company yer. yer praktikal kat zuki. dayah kat MCM kat bangunan yayasan. zihah pulak wat praktikal kat terengganu jugak, tapi aku luper pulak nama company yer. kalau tak silap aku, kat area cabang tiga la. dengar kata jugak, ayah yer kenal la tuan punyer company tue.


kat tengah tue pulak bos aku, Cik Mat. yer tengah mengendong anak bongsu dia kot.

sorang jer kumbang kat ofis, Din. saper nak tau kengkawan aku kat ofis nie? angkat tangan... *confirm takder orang angkat tangan.* tetiba jerrr, tolong la angkat tangan tue. nampak la cikit blog aku nie berpengunjung. *cakap sambil tunjuk parang. kui kui kui...*

takperlah, aku tetap nak bagitahu sesaper yang tengok blog aku nie. *ader ke ader?* dari belakang sebelah kiri. ain *yer budak poli merlimau, melaka*, nurul *dulu praktikal kat amiir nie, tapi sekarang dah jadi pekerja tetap*, kak imah *se u dengan aku n se rumah sewa jugak. mana-mana nampak muka yer jer. mujur la rubi tak sekali dengan aku.*, sue *sama jugak dengan nurul.*, saper lagi kalau bukan big boss *cik mat n his daughter*, kak ina *s/u company nie*, siti *sama tahap dengan nurul nie*, aku si praktikal yang tak pandai nak pakai tudung cengcomeiii, the only kumbang of ofis, din *dah setahun dah keje kat amiir.*

nexttt turn, orang depan yang duduk pulak. dari kiri jugak, perkenalkan dri anda. hehehehe... hajar *budak poli jugak tapi dari polisas*, si kecil tue baby namanyer *anak kak mah. tukang cuci rambut kat sebelah opis aku.*, kak ja *s/u jugak kat amiir nie*, sikin *sama jerlah dengan siti tue* n the last person mira *sama tempat dengan hajar tue. kawan baik nie kooo...*

masa aku mula masuk dulu ada baeng, bakri n kak ana. tapi diaorang kuar dulu dari aku coz dorang praktikal awal dari aku. haru la kan kalau habis praktikal sama dengan aku. tahap repeat ker. kuikuikui...

Saturday, October 21, 2017

result semester degree

1st time dapat result camnie. takpe r, redhaaa jer la. dah katanyer aku duk main lappy + tv jer. membaca nyer tidakkk, camner la pointer nak naik kan.

camner kalau yer tahu. cgpa aku 2.6 *agaknyer. aku pun dah luper.* gpa pulak 2.8 *aku rasa yang nie betul.* camnerlah aku nak dapat pointer 3, kalau cgpa aku cenggini.

ada hati pulak tue nak jadi lecturer. entah-entah nak jadi cikgu pun tak lepas. minta-mintalah sem depan pointer aku naik, boleh la aku cover balik pointer aku untuk dapatkan 3 tu.

tadi tengok gambar ezard *salah sorang frenz aku kat frienster. aku pun tak tahu camner aku boleh add yer.*
setahu aku la kan, aku tak kenal pun yer tue saper. tapi tak tahu la kot-kot naik gambor yer kat mimpi aku n esoknyer aku dah approve yer jadi member aku. macam lahabau jer ko nie. ader ker pulak sampai mimpi cenggitu. fikkir laaa alasan yang boleh dikira logik cikittt.

ada macam yang aku kenal jer muka kat dalam tue. takut nak tanya. boleh terberak aku.*
kalau tak silap aku, budak kat dalam gambar tue adalah budak sekolah aku dulu *budak juntech.* namanyer saper entah. aku pun dah luper. tapi kalau tak silap aku, dorang panggil budak tue zam. tak boleh la tunjuk gambar ezard n zam tue kat sini, nak kena hambat ke kasi nama pun dikira ok la kannn.

kalau budak aytk pulak, aku tak berapa close dah dengan dorang ,budak laki la.* kang tak pasal pulak ader yang bawa parang datang rumah aku bertandang.
budak pompuan boleh la lagi close nyer. budak pompuan pun tak seme la, yang kampung aku nie kontek la jugak. mahu kena buang kampung ker kalau ko wat tak kenal even ko dah langgar bahu yer. kang ader jer kad layang datang rumah. ker ader cat lebih pergi hampar kat rumah aku ker. tak ke naya tueee?

juntech? apam balik la. saper lagi, coz yer tak pernah menyorok nama yer *tak macam aku, guna estrada. saper tuuu? nama orang balik bukit mana nie, ko ambikkk.* apam sekarang nie dah kerje *area yang aku minat, civil.* tapi tak tercapai coz aku nie duk ikut angin jer. melayang tubuh ku dibuai angin. cewahhh... congratz apam balik.

takut apa yang aku harapkan tak menjadi. doakan aku boleh jumpa yer lagi. aku nak jumpa to'wan.
tahu tak yer tue saper. orang yang aku minat dari darjah 4 lagi. entah-entah yer dah ada girlz kot sekarang, doakan jelah yer bahagia dengan hidup yer. doakan jugak aper yang yer wat selama nie + sekarang nie berjaya. jangan risau, kalau betul yer jodoh aku, aku pasti akan jumpa yer jugak. buat masa sekarang nie, belajar dulu oiii! jangan duk fikir nak menggatal + menggeletis jer. ingat sikit ko tue saper n yer tue saper. :-(

p/s : untuk pengetahuan korang, ada kes havoc apam n partner. biarkan jelah. asalkan dia bahagia. 
to'wan pun dah kahwen. ada anak 3 dah sekarang. aku jugak yang masih lagi sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.