Pages

Thursday, October 15, 2020

pergaduhan di stesen minyak

pagi nie kena ambil adik di stesen bas mbkt sebab dia nak turun sana dari kuala lumpur. takperla, dik. ko turun la mana-mana pun. sekarang nie dah senang sikit la kalau nak turun sana pun, dah ada kereta sendiri kan. kalau dulu, susah sikit. kena pinjam moto cekde. kena bagitahu sebelum tidur and ambil kunci siap-siap. kalau lupa nak bagitahu and ambil kunci, memang harapan tinggi la untuk ketuk pintu pepagi rumah orang. tak berapa elok kan kalau camtue.

sebenarnya nak makan breakfast ala-ala omputih, tue yang dia nak sangat turun kat sana. tak kisahla kfc or mcD. tapi cancel mcD sebab yang kat area bandar takder yang 24 hours, ada yang normal hours jer. kalau nak jugak kena pergi yang jauh sikit. takderla jauh mana cuma berpatah balik selepas makan tue yang problem. pemalas nak patah balik sebenarnya. so, pilihla kfc yang otw nak balik rumah. adik makan porridge and aku ambil yang roaster kot namanya, ala yang wrapped dalam roti totilla tue.

 wrapped totilla yang aku makan, ok la rasanya. cuma ada tomato. 

bubur nie pun ok jer rasanya. dia letak ayam. kalau tak silap, ayam original. kalau tak tambah geram or lada sulah or lada hitam memang tak best la rasanya. adik tak letak garam, anggap jerla kita makan makanan sihat tanpa perasa. haha...

otw nak balik rumah dari kfc, nampak ada satu pergaduhan kat stesen minyak. antara orang muda and tua. antara kereta and motor. sampai ke jalan besar dengar dia punya pergaduhan. menyeramkan. tapi memang takder maknanya untuk aku jenguk-tanya or what-so-ever kat situ. memang aku tak tunggu pun lampu hijau. dahla sebelum pukul 6 time tue. tak ramai pulak orang kat stesen minyak. lagila aku takut.

kalau kat stesen minyak yang kat area rumah aku nie, balai polis seberang jalan jer. so, kalau ada apa-apa memang tekan jer button kat dalam ofis, polis dah terkedek-kedek mari jenguk tengok apa yang berlaku. aman sikit la kat situ. tapi yang tak bestnya, stesen minyak tue buka dari 6.45 pagi - 12 tengah malam jer.

servis kereta

nie nak cerita pengalaman pergi servis kereta. lain tempat, lain servisnya. aku pergi servis kat mana entah. apa yang aku ingat pun tak tau la. tapi kat area-area kuala terengganu la. servis dia ok. tempat dia pun selesa. memang thumbs up la kalau datang.

pembuka sesi. milo panas. milo dia memang berbeza. taktau la dia guna milo cap apa. tapi memang pekat. suka den minum bergelas-gelas. buat sendiri belum tentu lagi sesedap ini.

boleh pilih sama ada nak stay situ sampai habis servis or just tinggalkan kereta. tapi kena booked dulu. kalau datang terjah macam tue jer, ada harapan la ko kena datang semula. ada akak tue, hantar kereta pagi and datang balik pukul dua petang, kereta tak siap-siap lagi gara-gara tak booking.

sebab utama aku datang sini? sebab ini jer yang first aku jumpa and dapat good impression. first impression itu penting kan?

dia ada sediakan makanan sekali. so kalau ko stay kat situ sampai petang pun takder ralat sangat. takder la duk tersengguk-senguk menahan kantuk.


kuih yang biasa aku ambil. nie untuk sarapan. pagi lain kuih dia, petang pun lain. aku tak berapa nak suka kuih telinga kambing nie. kuih yang colour kuning tue. inti banyak sangat, kulit nipis jer.

semuanya cukup dia sediakan. ada gula instant, creamer instant. gelas pakai buang. kiranya okla. takkan ko nak bertapa kat sini sehari suntuk kan?


ada jugak sediakan biskut nie. biasanya aku buat balik or stay lama kat sana, baru usik biskut nie. kalau tak, setakat kuih-kuih tue jerla aku makan.

baby baru nak proses bersih cantik-cantik. hehe... selalunya kalau datang sini, ambil masa dalam 3-4 jam jugakla nak siap. tapi okla, ada bawa teman. so takderla boring sangat. boleh borak-borak. ada sediakan makanan, majalah, surat khabar, lagila tak boring. cuma takder wifi. kalau ada, ada jugak yang bertandang tanpa diundang.

kalau taknak tunggu, bolehla pergi jalan-jalan kat area situ. aku tak jalan mana sangatla. lagi rela stay kat dalam bilik beraircond dari meredah mentari.

tapi ada sesetengah tempat tue, dia ada sediakan kereta spare kan? yang kat sini taktaula ada ke takder sebab tak pernah tanya.

kfc marang

cerita lama baru nak up. sabar jerla. cerita masa raya aidilfitri tahun lepas. nak dekat setengah tahun baru nak up. haha...

dapat duit raya and anak sedara semuanya teringin nak makan kfc guna duit sendiri. selama nie duk simpan jer duit tue untuk perbelanjaan sekolah. tahun nie dapat banyak sikit, tue yang budak-budak nie teringin nak belanja.

okla. kita pergi. ingat nak pergi yang batu burok punya. kawasan dia pun luas. tapi time raya kan. konpem-konpemla ramai orang. entah-entah tak dapat parking kereta. so, mohler kita melencong ke marang jer.

amat-amatla tidak merekemen tempat nie. sekarang nie tak tau la camner. tapi time aku pergi haritue, memang menyirap jer darah aku nie ha!!! baik sikit siput keje dari pekerja. memang takleh nak berangin la sebab ramai orang. semua kaunter buka tapi nak ambil order macam kaunter buka satu jer. 
 
kaum lelaki. ada sorang lagi tapi dia balik rumah sebab nak beraya. kan dah rugi. tak dapat makan kfc ramai-ramai.


nie kaum perempuan termasuk driver yang takder dalam gambar. plus sorang budak kecil yang berlagak dewasa. 

niela dia budak kecil yang berlagak dewasa. time nie ok lagila dapat makanan. cuba ko tengok time kat bawah nie. mengucap banyak-banyak aku tengok.

nieha!!! tak ke mengucap ko dibuatnya? lagak macam dewasa dah. bila suruh duduk elok-elok, 2-3 minit bolehla. lepas tue? hampeh...

kalau makan kat tingkat atas, boleh pilih sama ada nak duduk kat luar or just stay kat dalam jer. kat dalam lagi banyak tempat la. kalau kat luar nie pun ok jugak. boleh tengok pemandangan malam tapi sejuk angin semulajadi tue memang mengancam la.

mula-mula yang lelaki stay kat dalam. lepas jer tengok ada orang kat luar, terus pindah tempat. habis jer makan, masuk balik kat kitaorang. katanya, sejukkk...

ada lebih ayam. nak tinggal macam tue jer, sayang. pergi la kat kaunter minta plastik. pekerja dia kata sekejap, sekejap... last-last habuk pun tadak. padahal plastik kat laci meja ko jer kot. bukannya kat hujung kaunter. lain kali letak la kat luar. kalau takut sangat habis banyak, suruh pekerja ko jaga kaunter plastik. last-last bungkus dalam tisu letak dalam beg jer. :(

tak dapat i-city. dapat bergambar ala-ala i-city pun jadikla. nie kat depan masjid marang. dekat area-area kfc nie jugak. cantik kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.