pembuka sesi. milo panas. milo dia memang berbeza. taktau la dia guna milo cap apa. tapi memang pekat. suka den minum bergelas-gelas. buat sendiri belum tentu lagi sesedap ini.
boleh pilih sama ada nak stay situ sampai habis servis or just tinggalkan kereta. tapi kena booked dulu. kalau datang terjah macam tue jer, ada harapan la ko kena datang semula. ada akak tue, hantar kereta pagi and datang balik pukul dua petang, kereta tak siap-siap lagi gara-gara tak booking.
sebab utama aku datang sini? sebab ini jer yang first aku jumpa and dapat good impression. first impression itu penting kan?
dia ada sediakan makanan sekali. so kalau ko stay kat situ sampai petang pun takder ralat sangat. takder la duk tersengguk-senguk menahan kantuk.
kuih yang biasa aku ambil. nie untuk sarapan. pagi lain kuih dia, petang pun lain. aku tak berapa nak suka kuih telinga kambing nie. kuih yang colour kuning tue. inti banyak sangat, kulit nipis jer.
semuanya cukup dia sediakan. ada gula instant, creamer instant. gelas pakai buang. kiranya okla. takkan ko nak bertapa kat sini sehari suntuk kan?
ada jugak sediakan biskut nie. biasanya aku buat balik or stay lama kat sana, baru usik biskut nie. kalau tak, setakat kuih-kuih tue jerla aku makan.
baby baru nak proses bersih cantik-cantik. hehe... selalunya kalau datang sini, ambil masa dalam 3-4 jam jugakla nak siap. tapi okla, ada bawa teman. so takderla boring sangat. boleh borak-borak. ada sediakan makanan, majalah, surat khabar, lagila tak boring. cuma takder wifi. kalau ada, ada jugak yang bertandang tanpa diundang.
kalau taknak tunggu, bolehla pergi jalan-jalan kat area situ. aku tak jalan mana sangatla. lagi rela stay kat dalam bilik beraircond dari meredah mentari.
tapi ada sesetengah tempat tue, dia ada sediakan kereta spare kan? yang kat sini taktaula ada ke takder sebab tak pernah tanya.
No comments:
Post a Comment