nie namanya aktiviti menyeksa badan. kalau ko nak badan cekeding macam aku, mehla ikut aktiviti yang aku buat nie. kereta angah ada kat kuala lumpur. so dari terengganu, ambil bus. sampai sana, rehat dalam 2-3 jam terus gerak pergi johor. simpan-simpan barang, ronda-ronda kejap and straight balik terengganu. pandai tak?
masa on the way balik. singgah rehat kat rnr mana entah. aku nie manala tahu jalan sangat. nak pergi one utama dari damansara utama pun minta nyawa okeyyy!!! padahal tak sampai 10 minit pun. pfffttt... ko mampu membaca time-time pepagi buta macam nie? mana la power spek tak up berganda-ganda. :( nie namanya aktiviti menyeksa mata. jangan amalkan okeyyy.
bekalan sepanjang perjalanan. kat terengganu takder dominos, maka marila kita bertamak-tamakkan dengannya. dominos, bila nak buka kat terengganu? banyak peluang nie. keching... keching... *bunyi duit syiling jatuh dalam tabung ayam.*
mujur la aku sekolah dekat-dekat jer dengan rumah. satu negeri. so bolehlah time jumaat, sabtu bawa balik barang sikit-sikit. takderla sepadat nie. kalau tak, jenuh kena tahan telinga. bawa balik barang macam bawa balik barang untuk satu universiti.
gilir-gilir drive dengan adik. berapa kali entah berhenti rehat. yang nie second last rnr berhenti. sebenarnya rnr nie takder gerai jual makanan. just ada surau, toilet and parking. kalau siang maybe ada gerai-gerai yang beralih tempat kot. so takderla takut sangat. bila dah nampak banyak lori singgah, terus aku drive pergi rnr seterusnya.
jumpa jer terus tidur terbongkang. yang nie pun lori banyak jugak. ermmm rasanya memang rnr kalau tengah-tengah malam macam nie and bukan musim perayaan, memang banyak lori dari kereta kot. lepas subuh, terus gerak balik terengganu. tue pun adik yang drive. kalau aku drive, agaknya dalam pukul 8 baru gerak kot. *___*
bayangkan gerak dari johor pukul 9 malam and sampai terengganu pukul 1 petang. ermmm memang mencatat sejarah la time nie. boleh masuk book of record tak? ermmm, abaikan. tak penting pun.
No comments:
Post a Comment