sebji labu boleh wat 3 hidangan. gempak tak? sebelum nie dah buat bubur @ pengat, then buat apam labu. la nie aku nak kasi tahu korang apa yang aku buat lagi suku tue. aku buat cekodok labu. korang pernah cuba tak? nie 1st time try.
ehemmm kat terengganu, kitorang tak panggil cekodok labu, kami panggil jemput-jemput. kang korang datang terengganu then pergi panggil cekodok nie 'cekodok', memang ternganga la makcik kat pasar yer. takpun korang dengar makcik nie jemput korang makan jemput-jemput, lagi la ternganga. 'jemput boleh makan ker?' konpem korang terbayang jemput tue adalah 'silakan.'
dah lama dah usha resepi nie. tapi nak pergi pasar ya hamaattt malasnya. usha resepi nie kat blog kak nor. memang sedap la. asyik jer makan. dah macam makan jemput-jemput @ cekodok pisang dah. kalau ikutkan resepi asal, kena blender labunya. tapi aku just lecek jer. nampak sikit urat labu tue n rasanya lagi masyuk kot. ikut selera korang la. nak lecek boleh, nak belender pun boleh. no hal. tak menjejaskan resepi pun. :)
jangan tanya kenapa cekodok tue gelap. hehe... terlebih syok tengok tv n mengadap lappy, maka terhasil la cekodok-ala-ala-black-metal. ala-ala black metal pun sodappp jugak. licin jugak disapu kami berdua.
kalau nak montel bulat-bulat, guna tangan jer wat acuan bulat tue. jangan guna sudu. mula-mula rajin la lagi wat bulat kecil-kecil, last-last hambik ko. sebesar penumbuk aku bulatkan. dahla aku letak jer dalam pinggan, lesap. letak lesap letak lesap. ko nak lesap sangat kan, meh lesapkan yang sebesar penumbuk nie. bila tiba yang nie, takder pulak nak lesap. terletak elok jer dalam pinggan. :p
No comments:
Post a Comment