Pages

Thursday, October 20, 2011

FM foto free!


 saper nak join GA nie boleh klik sini. due date 30hb Okt nie.


Tuesday, October 11, 2011

~ ichikami ~


nie shampoo. kahhh macam la orang lain tak boleh nak detect. panggg nak? dapat nie as free sample from freebies tapi under aper, jangan ditanya, aku luper.

yer bagi sekali dengan conditioner. tapi aku tak guna lagi cox rambut aku nie style sensitive. memang amat takut untuk apply benda yang aku tak pasti.

sebelum nie guna head n shoulder. ok. kelemumur hilang even tak semua. tapi hilang la jugak dari aku duk garu time panas amat tue. cuaca yang amat panas nie memang agak menensenkan bagi aku. lebih-lebih lagi bagi orang yang pakai tudung everyday pergi keje. nak bagi rambut tue ber-udara pun kena tunggu time rehat. tapi kalau rehat la timenya ko nak wat seme benda, memang takder rehat la rambut ko. kusam jer kulit kepala aku nie ha! so memang nak kena cari shampoo yang seswai dengan kulit kepala. 

sebelum nie aku pakai entah jenama apa entah. memang teruk kepala aku. ooo yer. aku tak suka potong rambut kat kedai sebab nanti diorang akan suggest untuk cuci kepala n pakai shampoo diorang. aku jenis malas nak berkira so aku on apa-apa jer. bila dah balik rumah, mula la aku merungut tak henti. that's my usual habit.  adik n kakak aku memang dah lali dengan habit yang nie. diorang dah malas nak layan, dengar jer la aku membebel tak hengat dunia nie. =.=

shampoo nie tak try lagi. ader kat bilik air tue. hujung minggu nie baru nak me-nry. bukannyer aper. kalau ader apa-apa perubahan kat rambut aku nie, boleh la aku membebel ikut ym kat adik aku. takder la ganggu masa dia nak menidor. ok, ini adalah amalan yang seharusnya korang tak ikut. jangan membebel pada orang yang tak sepatutnya. -.-

kalau ikut penerangan yang aku dapat dari sample dia tue. seswai la dengan aku punyer condition rambut n kulit kepala. dia boleh repair balik condition rambut tue kasi stabil. aku luper ramuan dia sebab semuanya dalam japan. masa nak baca ramuan dia tue, aku siap skype lagi dengan member yang belajar bahasa jepun. ate aku nie belajar mandarin tak lepas, camner nak masyukkk bahasa lain?
dia ader jugak bagi translation kat kertas, tapi aku lagi pueh hati bila kawan aku translate. padahal aku saja nak gedik dengan kawan aku. saja la nak tunjuk yang aku dapat produk dari japan. =.=

lagipun ramuan dari japan nie biasanya menggunakan nature product. so disebabkan itu, aku nak me-nry. mana la tahu kot-kot menjadi dengan kulit kepala aku yang terlebih sensitive nie. =.= saper yang pernah try produk nie, sila la bagitahu aku camner yer. boleh la kita kongsi-kongsi. :)


 

Monday, October 10, 2011

burberry body perfume


ooo 1st time dapat free perfume. sebelum nie ader jugak dapat free. tapi from my sis. bukannyer dari mana-mana. dia jer la yang rajin mengetest-membeli tapi tak pernah pakai untuk diri sendiri. bila beli jer konpem bagi kat orang lain. kalau tak aku, adik yang dapat. bila tanya apsal beli, kan dah ada berlambak kat almari tue. konpem dia jawab, 'angah try kat kedai tadi best bau dia. tapi perfume angah ada lagi. korang ambik jer la yang nie.' angah, kami suka jawapan tue. kalau ader, kami nak lagi yer. :")

angah aku memang giler perfume. bexday present, perfume. raya aidilfitri kasi perfume. nanti aku nak tengok raya haji nie dapat ke tidop. raya haji sebelum nie memang kami dapattt.

bau dia best. 1st try n terus terpikat. nak pakai banyak kali sehari pun terpikir. sebabnya sekali calit kat tangan, bau dia tue bertahan dari pagi aku pakai nak pergi keje sampai la aku balik. :) opismate pun tegur kata bau perfume aku wangi. nak kata kuat tak la kuat sangat. nak kata tak bau, bau jugak la bila aku ader. hehehe... =) sampaikan diorang tertunggu-tunggu aku masuk opis semata-mata nak ambil bau perfume.

bau dia pun boleh bagi inspiration tak nak kasi mengamuk + stress time keje. bila aku dah tak tahu nak wat keje camner, aku cium balik bau dia yang aku palit kat tangan. sampaikan one of the customer pernah tanya aku apsal aku selalu sangat wat-wat kesat peluh kat tangan. aku hanya mampu tersenyum jer. dalam hati, 'yer pakcik. saya memang suka buat macam nie. nak kawal stress saya sebab pakcik nie banyak cekadak sangat.'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.