Pages

Thursday, April 19, 2018

Nasi Goreng Sardin Simple

Resepi yang paling simple sesangat. Make sure sebelum korang try resepi nie, kat rumah or dapur korang dah ada lebihan sardin dari sarapan korang. Or lebihan sardin dari diner semalam.

Sebelum sue bagitau korang camne resepi nie, just nak bagitau or remind yang resepi nie agak tak masuk akal if korang rajin *tak macam sue* or perut korang mudah meragam.

Bahan-bahan dia simple sesangat
- nasi
- sardin
- minyak
- bawang merah, bawang putih

Cara-caranya :
- tumis bawang merah, bawang putih yang telah dicincang halus
- masukkan sardin
- masukkan nasi
- perasakan
Siap!

Senang kan? Sue selalu buat if ada lebihan sardin. Biasalah bila duduk seorang nie, housemate pulak bukannya suka sangat dengan sardin. Biasanya satu tin kecil sardin, sue boleh makan 2 kali. Sue pulak jenis yang cepat bosan dengan lauk yang sama, maka terhasillah resepi ini...

Make sure sardin yang korang masak tue, takde sayur tau. Especially terung and bendi. Kalau korang dah masukkan sayur nie, tak payahlah buat nasi goreng nie. Korang masak telur dadar, makan dengan nasi putih. Nak lagi best, makan sekali dengan acar sambal. Boleh bertambah-tambah nasi. Agaknya sardin tue pun tak cukup. Hehe...

Tuesday, April 17, 2018

punca sembelit

Esok raya!!! 🎉🎉🎉

Sue masih lagi di TBS nie. Bas pukul 10.30 malam, sue dah tercongok kat sini dari pukul 7.15 malam. Gigih datang awal semata-mata nak cop parking depan lif. Haha!!! Padahal dari Damansara setengah jam je.

Hari raya nie, korang mesti dah plan juadah mana nak makan banyak. Makanan mana yang korang nak sesangat makan. Almaklumlah setahun sekali je kan, sambutan raya nie. Ada masakan tue, time raya je korang jumpa. Lepas raya, tak tau dah ke mana menghilang.

Time-time camnie lah pulak perut memerut tak hingat. Sebagai persediaan, apakata korang rujuk balik apa yang sue point kan kat bawah nie. Korang elakkan masalah nie daripada terjadi kat korang. Takdelah orang lain makan lemang rendang, korang makan pil cek kit teck aun.

1. malas buang air besar
Latih diri bangun je dari tidur, toilet dulu yang korang tuju. Buang segala apa yang ada dalam perut tue.

2. selalu tahan berak
Time korang berjalan pulak, kalau nak membuang, silalah singgah mana-mana. Surau ke, petrol station ke. Jangan duk mengharap nak membuang kat rumah.

3. angin dalam badan
Pernah tak korang pergi massage and lepas tue, rasa lega sesangat. Nak makan senang, nak membuang senang. Tue maknanya badan korang penuh angin. Sila la rawat diri korang dengan 'me' time.

4. kurang cecair dalam badan
Inilah sebabnya kenapa kita digalakkan minum air secukupnya. Masalahnya bila kita dah selalu syok berborak, duk minum air manis, sampaikan kita lupa nak minum air putih.
Petuanya? Set kan dalam diri kita. Setiap jam, make sure kita minum segelas air putih.

5. stress
Tolonglahhh jangan stress. Ye, sue tau. Kita tak boleh nak elak stress. tapi kita boleh control stress. Cuba korang listkan apa penyebab korang stress. Lepas tue, korang list kan pulak, camne nak hilangkan stress tue. Kalau boleh, elakkan penyebab stress tue.

6. trauma lepas bersalin
Yang nie, sue tak boleh nak explain lebih-lebih lah sebab sue belum kahwin. Apa yang sue boleh bagitau, dari pembacaan sue, yup, ini salah satu penyebabnya. Ibu-ibu trauma untuk membuang. Terutamanya ibu-ibu muda or ibu yang beranak sulung.
Nasihat sue, tanyalah pada yang pakar. Mereka boleh membantu. Jangan malu, jangan segan ye.

7. diet tak sihat
Silalah amalkan makan makanan diet penuh. Kalau tak boleh amalkan setiap kali makan, apakata sekali sehari. Kalau tak boleh jugak, amalkan sekali seminggu.
Diet penuh nie, bukan lah bermakna makan sayur je sentiasa. Tak yeee... Makan suku suku separuh. Macam sue, sue amalkan makan suku nasi, suku lauk n separuh sayur.
Elakkan ambil perasa berlebihan. Kurangkan nasi putih n gula putih. Amalkan makan nasi beras perang n gula perang.
Kalau nak pikat suami, mulakan dari perut. Nak pikat perut, mulakan dengan makanan sihat. ☺☺

Saturday, April 14, 2018

petua tidur lena

tidur tue penting kan? sekurang-kurangnya korang kena tidur 4 jam sehari. kalau tak tidur sehari, mungkin korang kena berjumpa doktor. ada je mereka-mereka yang tak cukup tidur, maybe nak siapkan kerja.
jangan cakap orang lah, sue pun selalu jer tak cukup tidur time belajar dulu. kena siapkan homework. lebih-lebih lagi bila style sue adalah siapkan kerja last minute. lagila tak cukup tidur. kadang-kadang tue hanya mampu tidur 2,3 jam jer.
tau tak apa yang terjadi bila korang tak cukup tidur? macam dunia nak hancusss... opsss... hiperbola sangat ayat nie. memang betul ya. kalau korang kurang tidur, korang akan hadapi masalah nie :

1. berat badan bertambah.
selagi mata korang tak pejam, selagi tue la mulut duk mengunyah. kitaorang makan snack je, kak. bukannya makan nasi. hello! snack ke, nasi ke, kalau dah lepas makan tue, korang tidur, tak bagi perut tue berehat, tak ke perut tue makin ke depan.

2. kulit kusam
korang semua tau kan, kulit bekerja waktu malam time korang tidur. kalau dah timing korang tidur tak tentu hala, tak ke kulit tue pening. bila la tuan aku nie nak berehat. aku nak berehat jugak nie. belum sempat lagi kulit baru nak proses, korang dah bangun. bilamana kulit baru nak bertukar?

3. tekanan perasaan
nie tak tau lah kalau orang lain. aku memanggg ada tekanan perasaan bilamana kurang tidur. mudah marah, mudah mengamuk. semuanya negatif lah. katakanlah tidur pukul 5 pagi, budget nak bangun pukul 7, sekali ko bangun pukul 8. tak ke kelam kelibut hidup ko. mula la nak marah diri sendiri. mula la pertikaikan, kenapa aku tidur lewat? kenapa aku bangun lewat? bila nak sarapan? mula lah pemikiran negatif ada kat minda. camne kalau punch card lewat? camne kalau tak sempat sarapan?

bila dah selalu sangat hadapi masalah nie. selalu balik kerja lambat. pukul 9, 10 malam baru sampai rumah. sabtu ahad pun kena kerja sebab taknak bos pandang semacam bila kerja tak siap. tidur pun masih lagi termimpi-mimpi pasal kerja. bangun pagi selalu lesu. bila ko sorang je akauntan kat situ, memang ko jelah yang kena buat semua benda. from a to z ko handle.

ambil inisiatif, kena jugak cari supplement. tak boleh bergantung pada makan sihat semata-mata. semua dah tau kan sue ambil supplement shaklee. tanya upline masalah nie, dia cadangkan ambil ostematrik. sepatutnya ambil 4 biji malam sebelum tidur, sue ambil 2 biji pagi. supplement nie adalah makanan tambahan. ianya bergantung kepada keperluan tubuh badan kita. tak semua orang sama. hanya kita yang tau tubuh badan kita camne.

jumpa doktor pun, doktor cadangkan sue ambil ostematrik. bila tanya, boleh tak ambil ostematrik shaklee, doktor sendiri yang bagitau, kalau tubuh badan u boleh terima, takde kesan or allegic apa-apa why not u try. takde sebarang confirmation yang supplement a bagus, supplement b tak bagus. kalau ok dengan tubuh u, kenapa mesti stop? lepas 2 minggu amalkan paten tidur makin ok. tidur lewat tue memang tak boleh larilah. cuma takdelah tidur pukul 2,3 pagi. pukul 12 tengah malam, confirm melentok atas katil. bangun pukul 6 pagi pun, masih mampu tersenyum. takdelah muka masam je kan...

antara kebaikan korang amalkan ostematrix :
- mengelakkan badan lemah imuniti
- mengelakkan osteoporosis
- memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
- meringankan stress
- membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
- membantu mengurangkan sakit belakang
- membantu melegakan sembelit

Friday, April 13, 2018

rawatan elak sunburn

Sunburn itu adalah satu perkara yang paling dahsyat bagi sue. Nak tau kenapa? Sebab sunburn itu kena kat muka n tak boleh sorok. Hello!!! Cuba korang bagitau sue, macam mana nak sorokkan sunburn kat muka nie? Adakah kena guna pakai topi sepanjang masa? Or kena pakai mask sepanjang masa? Kalau boleh, nak mengelak dari berjumpa sesiapa.

Sue ada solutionnya. Korang boleh cuba bahan-bahan nie. Bahan-bahan nie boleh dapat kat rumah jer. Kat dapur rumah korang jer. Jangan kata korang tak mampu beli ye. Murah je bahan-bahan nie. Tak payah keluarkan modal banyak tue.

1. mayonis
Mayonis nie, korang boleh sapu kat muka. Selain dari boleh kurangkan kesan sunburn, mayonis nie jugak boleh lembapkan muka. Nak lagi best, sebelum sapu kat muka, korang boleh letak dalam peti sejuk 30 minit sebelum guna. Sejuk dia tue boleh terasa sampai ke tulang. Ok, yang nie over sikit. Takdelah sampai ke tulang, sejuk dia tue boleh menyamankan kulit.

2. tembikai
Beli tembikai untuk 1001 manfaat. Beli sebiji tembikai, yang tak berapa mahal. Make sure beli yang merah. Tembikai nie korang boleh buat agar-agar tembikai, air tembikai laici, pencuci mulut. Lebihan tue,  korang sapu kat muka. Hancurkan tembikai n sapu kat muka.

3. daun lidah buaya
Bagi sue, step nie adalah paling senang sekali. Just ambil daun lidah buaya, potong dua di tengah and sapu kat muka. Ada yang kata potong bulat bagus, ada yang kata potong panjang bagus. Sebenarnya ia ikut kesesuaian anda. Kalau anda rasa, potong bulat, senang nak sapu, potong lah bulat. Sue lagi suka potong panjang. Boleh nampak and rasa bendalir kat daun lidah buaya tue. Jadi kita pun boleh agak area mana yang kena sapu banyak, area mana yang kita just nice je sapuan tue.

4. masker timun dan susu tepung
Kalau korang suka minum susu tepung, adalah kan kat rumah. Yang mana tak ada susu tepung, jangan pulak pergi ambil susu segar. Tujuan susu tepung nie, adalah untuk memekatkan masker timun tue. Takdelah cair je bila nak sapu.

5. tomato
Yang nie, tak payah nak kata apa dah lah. Sebiji timun, tak sampai 50 sen pun. Paling senang sekali nak buat. Kalau taknak blend, korang boleh kupas kulit tomato and lenyek dengan sudu.

6. vitamin c
Ini adalah cara yang sue paling suka buat. Especially kalau sue perasan vitamin C masih banyak lagi dalam satu botol. Sebotol vitamin C Shaklee bertahan 5-6 bulan. Setahun cuma perlu 2 botol sahaja. Agak membosankan bilamana ko hanya perlu makan sebiji sahaja vitamin C sehari and kena tunggu 6 bulan pulak untuk beli botol yang lain. Apa yang sue buat? Sue rendamkan sebiji vitamin C dengan sedikit air n sapu kat muka.

Antara cara kat atas, korang suka cara yang mana? Ataupun korang ada cara tersendiri? Mehla comment kat sini. Kita kongsi.

Dengan guna cara kat atas, korang bukan hanya boleh rawat sunburn, boleh jugak rawat kulit bermasalah yang lain. Contohnya, mayonis untuk lembapkan kulit.

amalan tambah rezeki

Pernah tak kita rasa semua benda dah buat, sales kita still lagi merundum. Naik pun sikit jer. Nak boleh ke naik tue, memang hazab la. Duk berguru sana, berguru sini pun sama jugak keadaan nya. Tengok orang lain punya sales sehari, kalah kita punya sales sebulan.

Jangan kan kata orang lain. Sue nie ha!!! Sehari adalah sales rm100++. Kadang-kadang tue, sales pun menyorok belakang langsir. Malu nak keluar.

Apa yang mentor sue selalu pesan. Ingat balik macam mana hubungan kita dengan Allah. Ini yang paling penting. Rezeki itu datang dari-Nya. Macam mana rezeki tue nak datang, kalau hubungan kita dengan-Nya hancus.

Pernah tak dengar ayat nie, 'jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga urusan dunia kita. Jaga akhirat, insya allah dunia akan datang sekali.'

Ini apa yang mentor sue ajar. Kalau boleh, buat setiap hari.

1. solat hajat dan dhuha
Solat hajat biasanya sue buat lepas isyak. Dapat buat 2 rakaat setiap hari pun, dah bersyukur. Solat dhuha memang sue akan cuba buat setiap hari 4 rakaat. Sebelum nie sue amalkan 2 rakaat. Bila sue baca facebook master nana, master salwa, master norita, diorang selalu tekankan, kalau boleh solat dhuha dilakukan 12 rakaat. Nak buat 12 rakaat, sue akui memang tak mampu la setiap hari. Jadi sue cuba buat 4 rakaat. Sue start kerja pukul 9 pagi. Jarak dari hostel ke tempat kerja cuma 5 minit drive. Apa salahnya pukul 8 pagi, sue buat solat dhuha 4 rakaat. Lepas sarapan or seterika baju pun boleh. Tak lama pun nak buat solat dhuha nie. dalam 5 minit dah siap.

2. al-waqiah
surah nie kena baca setiap hari. kalau tak boleh, pagi, kita buat malam. kalau tak boleh malam, sebelum tidur bacalah 10 ayat. sekarang nie pun sue cuba amalkan baca al-waqiah seminggu 3 kali.

3. sedekah
seelok-eloknya sedekah waktu subuh or dhuha. 10sen pun tak apa. asalkan niat kita adalah bersedekah. ramai yang kata, 'awak sedekah nie sebab nak lariskan jualan, kan?' jangan fikir apa pandangan or kata-kata orang. fikir positif jer. mentor sue selalu pesan, Allah akan bagi sepertimana yang kita fikir n ucap. ucaplah yang baik-baik. fikirlah yang baik-baik. abaikan negatif sekeliling kita. kalau boleh, delete sekali apa yang negatif tue.

4. zikir dan istighfar
bagi sue, inilah amalan yang paling senang sekali. duk tengok tv, boleh je nak berzikir. duk memasak ke, mengemas rumah ke. yang bekerja pun boleh buat. duk menaip, drive nak pergi kerja, nak balik kerja. yang tengah marah pasal jammed, apakata ubah mind set kita, daripada mulut kita duk marah, apakata ubah kata-kata tue ke zikir.
zikir nie tak perlu nak berzikir panjang-panjang. zikir pendek pun boleh. zikir yang senang-senang je. contohnya zikir alhamdulillah, subhanallah. istighfar pun sama. istighfar pendek je. kalau ada masa, nak istighfar panjang-panjang pun takpe.

Thursday, April 12, 2018

kesan kekurangan minyak ikan

sebelum nie, sue bagitau kepentingan minyak ikan (omega) dalam kehidupan sehari-harian. Kali nie sue nak bagitau apa kesannya kalau kita kekurangan minyak ikan.

1. otak tidak akan berfungsi secara optimum.

2. menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat dan jerawat.
yang nie sue pernah alami and its true. semua tau kan, sue jarang makan minyak ikan sebab berbau n rasa tak sedap. time tue, memang lotion tangan kena sentiasa ada dalam beg. setiap 2 or 3 jam kena sapu lotion. kalau tak sapu, memang tak best. rasa kesat.
bila dah amalkan omega shaklee, sue pun sapu jugak lotion. taklah sapu sentiasa. sapu pagi, sampai ke tengahari masih lembap lagi kulit. taklah selembap macam pagi. cuma tak kesat sehingga kena sapu lotion banyak kali.

3. lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis .

4. fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi.

5. kelesuan

6. lemah ingatan

7. tekanan dan perubahan mood

sumber vitamin c

bagi sue, vitamin yang paling penting untuk sue topup dalam kehidupan sue, adalah vitamin c. vitamin c nie paling penting untuk imunisasi or daya tahan badan.

vitamin c boleh dapat dari sumber buah or sayur. korang just pilih sahaja buah mana nak mengunyah or sayur mana nak dimasak.

nie list sumber vitamin c yang paling senang korang nak cari.

1. oren
buah oren nie, buah yang paling senang sekali nak dapat. sepanjang tahun korang boleh makan buah oren. perasan tak, bila korang lawat orang sakit, buah wajib bawa adalah buah oren? buah nie paling senang nak makan. just kupas kulit, dah boleh makan. murah pun murah. sebiji tak sampai rm1. banyak cara ye kalau korang nak makan buah nie selain dari makan macam tue je. korang boleh buat jus atau air detox.

2. lada benggala
lada benggala nie paling senang nak jumpa dalam masakan western. especially pasta. sue tak berapa suka lada benggala sebab dia payah nak makan. if pergi makan kat restaurant, diaorang akan potong kasar-kasar. sue akan potong balik halus-halus. memang takla sue nak makan besar-besar macam tue.

3. kiwi
buah yang agak mahal sedikit tapi still lagi berbaloi. kalau buah nie buat air detox, memang cepat je habis air sebotol. biasanya buah nie, sue akan beli time pasaraya jual murah-murah. kiwi nie best tau kalau letak dalam overnight oat.

4. brokoli
sayur yang palinggg sue suka. sepohon boleh dapat rm2. sayur yang paling senang sekali dimasak. rebus letak garam sikit. done! jangan rebus sampai lembik sangat, tak sedap jadinya. rebus dalam 4,5 minit jer. rebus lama-lama nanti kang, kurang khasiat pulak.

5. betik
buah yang senang dijaga. dan jugak cepat habis. hehe... tak sampai 5 minit dipotong, dah habis sepinggan. kadang-kadang tue tak sempat habis potong sebiji pun lagi, dah habis dulu orang lain sambar. dapat pulak colek buah. pergghhh tak pandang kiri kanan dah.

6. strawberi
buah nie pun dikira senang jugak dimakan. basuh terus boleh makan. kalau korang pergi cameron, sila la beli banyak-banyak buat stok dapur. strawberry adalah buah yang paling best untuk snack. buat pancake, tabur strawberry and coklat. celup strawberry dalam coklat cair. jadikan strawberry sebagai coklat hiasan.

7. nanas
nanas nie pun sedap kalau dapat makan dengan colek. memang tak pandang kiri kanan dah. buat tambahan selera pun best. tambah nanas dalam masak lemak udang, perghhh bertambah-tambah nasi kauu.

8. limau gedang
selain dari limau biasa, korang jugak boleh dapatkan vitamin c dari limau gedang. siapa pernah makan salad limau gedang? cubalah... campur segala macam buah n letak salad dressing. selain dari tue, buat air pun best. minum air limau gedang time musim panas macam nie, boleh habis bergelas-gelas nie.

dah tau kan, sumber vitamin c korang boleh dapatkan dari mana? make sure korang ambil sumber vitamin c dengan betul tau. sayur yang dimasak macam brokoli, lada benggala, elakkan masak terlalu lama. ditakuti hilang khasiat vitamin c nya. buah pun sama. buah yang dikupas kulitnya, janganlah ditinggal lama sampai lebam warnanya. sue tak tau, sama ada buah yang lebam tue, kekurangan vitamin c atau tidak. cuma tak berapa enak dipandang.

sue ada satu solution yang senanggg sekali. especially untuk mereka yang agak kureng makan buah or sayur. sue amalkan makan vitamin c shaklee sebiji sehari. alhamdulillah, kesan dia bagus. selesema n demam tak singgah lama-lama. 2,3 hari dah sembuh. sebotol tahan 3 ke 4 bulan. sebotol ada 120 biji. jimattt kan?

roger sue ye, untuk tau lebih lanjut pasal vitamin c shaklee.

018-2231528
018-2231528
018-2231528

petua elak sunburn

Korang tau tak bahaya nya sunscreen tue pada wajah or badan korang? Yang paling ketara sekali for sure lah kat muka. Jeragat adalah kesan yang paling ketara if kita tak jaga muka and biarkan muka kita terdedah kepada cahaya matahari tanpa sebarang penghalang.

Ini adalah cara yang paling senang sekali untuk elakkan kesan sinaran matahari direct terus pada muka kita :

1. pakai suncreen, topi atau payung
yes, wajib ok pakai sunscreen kalau pergi pantai. korang pergi pantai, for sure la nak mandi laut. laut tue pulak laut terbuka, bukannya ada atap pun. korang pulak, kalau boleh, nak mandi laut 24 jam. daripada celik mata sampailah nak tidur, kalau boleh nak berendam je kat dalam laut tue sentiasa. dah kata, ko bercuti ke pantai setahun sekali, takkan nak memerap dalam bilik je, kan? sapulah sunscreen sentiasa. pilih yang bersesuaian dengan kulit ko. bawa topi sekali. topi yang boleh tutup muka, bukan hanya cover kepala sahaja.

2. amalkan penggunaan cermin mata
cermin mata nie benda yang memang ko kena simpan dalam beg travel even korang hanya travel sejam dari rumah. masa drive, tolonglah pakai cermin mata yang boleh menghalang sinaran uv direct ke mata. berpinar mata oiii dek sinaran mentari. kalau dah korang drive ke pejabat pun pakai cermin mata hitam, takkan korang travel yang memakan masa 2,3 hari, korang taknak pakai cermin mata hitam pulak kan?

3.elakkan terdedah matahari secara langsung.
kalau nak terdedah jugak secara langsung, contohnya macam nak mandi laut, tunggulah hingga redup dulu. tunggulah petang sikit. kalau korang pergi taman tema air, memang tipislah harapanlah korang nak tunggu redup dulu, baru main air. itu rugi duit namanya. kalau time yang terdesak macam nie, korang bolehla sekali sekala pergi berteduh kat bawah pokok or carilah tempat berteduh. takdelah sepanjang hari ko terdedah matahari secara langsung.

4. minum air kosong
yang nie palinggg penting sekali. bawalah air mineral sebotol kalau tempat korang pergi tue, payah nak dapatkan air or korang was-was air tue hasil daripada mana. Sue pernah terbaca, kekurangan air dalam badan, boleh mempercepatkan kesan sunburn disebabkan kulit kering.

5. vitamin c
Vitamin C boleh dikatakan sebagai agent pelindung tabir suria kerana ia  penghalang sunburn menjadi teruk.

Sue suka pergi pantai. Walaupun hanya duduk kat pantai sejam dua, itu dah memadai. Sejam dua itu pun, sue boleh rasai terik panas kat tepi pantai. Itu baru tepi pantai, bawah pokok kelapa. Cuba bayangkan kalau mandi air laut tengah panas? Bayangkan lagi apa yang akan terjadi pada kulit kita.
Sue amalkan makan vitamin C Shaklee. Sebab sue tau, walaupun sue dah pakai sunscreen, pakai topi kesan sunburn tue still akan ada walau sedikit.

Kos vitamin C Shaklee murah je. Rm100++ untuk
180 biji. Sehari cuma makan sebiji je. Selain dari elakkan sunburn, vitamin C Shaklee jugak bokeh kuatkan imun badan. Bukankah itu dinamakan lontar sebiji batu untuk 2 ekor burung?

Boleh dapatkan consultansi pasal produk Shaklee dengan sue di no nie ye
http://watsap.my/+60182231528/VitC

Monday, April 9, 2018

breakfast dengan oat

breakfast yang paling senang sekali. oat.

kalau hari-hari nak makan nasi, meragam jugak perut kan? bukan setakat perut meragam, otak pun jammed asyik fikir nak masak apa. sebelum tidur, sue akan fikir nak masak apa. kalau nak masak nasi goreng, make sure sue dah tanak nasi awal-awal.

muak jugak kan hari-hari makan nasi. kadang-kadang perasaan malas tue ada untuk masak nasi pagi-pagi, lebih-lebih lagi kalau bangun lewat daripada biasa.

solutionnya, sue akan makan oat. yes, sue akui oat tak best. kalau dah pemikiran ko sentiasa berfikir oat tak best, sampai bila-bila pun lah oat tak best. tukar mind set. selalu ucapkan oat best.

sebelum sue bagitau, camne cara sue makan oat, sue bagitau dulu kelebihan oat yang sue rasa semua orang dah tau. takpe, sue bagitau lagi ye.

1. rasa kenyang yang lama
2. kurangkan kadar kolestrol
3. serat baik untuk kurus dengan sihat
4. kurangkan risiko sakit jantung

yang paling sue suka sekali, dapat mengurangkan risiko sakit jantung. kalau dah ada keluarga yang ada penyakit 4 berantai, memang sangat digalakkan makan oat nie. kalau tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadilah.

sue selalu beli oat yang segera. yang letak air panas, pun dah boleh makan. tak payah masak. ada packaging yang color merah or biru. pilih yang merah. hehe...  merah senang sikit hidup.

selalunya sue letak oat + madu + milo + kismis. kismis tue ko ganti je la dengan apa-apa buah pun, tak pe. sue suka pekat. tak berapa suka cair. letak air panas tau. kalau nak letak susu pun boleh. ikut tekak masing-masing ye. sue tak suka letak susu, sebab kena panaskan susu tue dulu. lain maciam rasanya bila letak susu sejuk. tak kena dengan tekak dennnn...

kalau korang tak nak makan oat macam nie, boleh buat overnight oat. orang cakap best, on the go breakfast namanya. sue tak pernah buat lagi overnight oat nie, sebab hostel sue takde peti ais. ofis pun hanya ada peti ais mini yang senantiasa penuh barang.

yoga

yoga nie korang boleh amalkan sebagai salah satu senaman. terutamanya untuk mereka yang agak kurenggg berjalan di taman or jogging. at least boleh tenangkan minda n keluarkan peluh. walaupun tak berpeluh mana. haha... 

kalau korang macam aku yang beryoga 10 minit setiap sesi, memang takkan kuor peluh. mungkin korang hanya boleh belajar cara tenangkan jiwa.

banyak manfaat yoga tau
1. mencegah dan mengurangkan stress
2. menjadi lebih santai dan tenang
3. meningkatkan daya tahan
4. menambah stamina
5. meningkatkan penguasaan emosi dan lebih positif
6. meningkatkan konsentrasi dan daya ingat
7. melancarkan peredaran darah
8. membakar lemak
9. menurunkan berat badan
10. meningkatkan fungsi pernafasan

sue bagitau cara sue buat yoga. sue akan download video kat youtube. ada banyak pilihan video. sue pilih adriene. google je coach yoga mana yang korang nak.

sue akan buat yoga nie paling banyak 3 kali sehari. setiap kali yoga, sue akan buat 10 minit. set timer siap-siap. 10 minit tue pun dah berpeluh-peluh ye. sue buat pagi 10 minit, petang 10 minit, malam 10 minit. bolehla dari takde.

nak pergi joging, selalu malas kan? nak pakaian yang cantik la, nak kasut yang sesuai la. yoga nie senang. ko tak payah fikir apa-apa. yang penting, niat ko nak buat yoga apa. cari tempat lapang. ko buat depan tv boleh, buat kat ceruk dinding boleh.

bila buat yoga nie, for sure korang nak buat sampai badan lentik-lentik kan? rentikanlah hasrat tue. yoga nie ikut kesesuaian badan. kalau badan ko tak boleh lentik, tak payahlah paksa. asalkan ko boleh manfaat dari yoga nie, dah memadai. sue akan fokus untuk breath dan jugak regangan badan.

sehari dapat buat 10 minit yoga pun, dah bersyukur sangat dah. dapat tidur lena, tak mengah bila buat kerja, dah syukurrr.

Sunday, April 8, 2018

petua elak gastrik

bulan april nie, promosi paling masyukkk sekali. beli 5 tong esp, dapat e-voucher rm50. siapa nak bagi free free macam tue je?

zaman sekolah, sue ada gastrik. takdelah teruk mana. kalau skip makan, merasa lah jugak ubat putih cair tue. ubat tue memang kena ada. kalau dah rasa menggeletar badan, sila la ambil sesudu ubat putih cair tue. pernah sekali, sue lupa nak topup ubat tue, pengsan sebab tak tahan gastrik. padahal gastrik sue bukannya teruk sangat. doctor bagi suggestion, every one hour kena makan. tak ke naya? time sekolah, kena makan every one hour, tak ke cikgu pun pandang semacam.

sebab tue la, setiap kali waktu makan kat hostel, sue adalah antara mereka-mereka yang akan beratur di hadapan. memang tak pernah miss.

bila dah masuk u. sue still lagi ada gastrik. still boleh tahan sebab bekalan makanan memang akan sentiasa ada dalam beg. sampaikan lecturer panggil sue, kedai makan bergerak. kalau nak fikirkan malu, memang malu. hadap jelah malu tue. sila pentingkan kesihatan dari malu.

bila masuk alam kerja, gastrik dah makin ok sebab jaga perut dari zaman belajar u. sampailahhh satu ketika, sue realised gastrik datang balik. bila ko keje area kedai makan melayu yang payah nak cari. cafe banyaklah. takkan hari-hari kot ko makan kat cafe. kalau makan kat cafe, tak sampai tengah bulan, poket dah kempis. sue dah start masak sendiri. hari-hari masak sendiri, muak jugak kan. ada hari, sue just makan roti je untuk breakfast. tambahan pulak, dari sue start bekerja kat kolej nie, sue sorang je akaun dia. dari awal bulan sampailah hujung bulan, busy dia macam tak cukup tangan. nak keluar makan pun tak sempat.

start dari situ la, sue try segala petua nak elakkan gastrik.
1. orang cakap, elakkan minum susu ketika perut tengah kosong. sue gantikan dengan milo panas.
2. elakkan skip makan. setiap hari sue bawa bekal roti, buah, salad. sejam sekali sue mesti makan. sampaikan ofismate pelik, sue nie kurus tapi makan macam bela saka.
3. kurangkan makan pedas. sue suka sambal belacan. lebih-lebih lagi kalau campur mangga muda. sue try kurangkan kuantiti sambal. ambil seciputtt je.

Friday, April 6, 2018

skincare berkesan

muka berminyak nie memang aku hadapi dari awal lagi. taktau la camne nak hilangkan benda nie. dari aku zaman sekolah sampailah sekarang. memang takde solution. orang cakaplah pakai masker kunyit, beli skincare tue, beli skincare nie. yup, aku memang buat semua benda tue. cuba ko cakap, apa yang aku kena buat? rasanya, semua dah buat.

aloe vera pun aku dah sapu. dah habis satu pokok aku guna. still lagi sama.

bila dah dewasa nie, aku suka try skincare. asalkan murah di poketku, aku akan beli. nak tau sama ada skincare tue sesuai ke tak, muka aku akan naik jerawat pasir kat dahi. tue je petunjuk. bila aku stop pakai, jerawat hilang. yang tinggal cuma muka berminyak je.

sampailah aku pakai set skincare dari itali. satu set lengkap dalam harga rm120 je. tak ke seronok poket aku? dahlah international brand, full set pulak tue. sampailah aku tukar ke set besar, jerawat halus tak nak hilang, malah makin bertambah. sampaikan kawan lelaki aku tegur. sebelum nie, walau jerawat besar gedabak mana pun, dia diam je. takde bunyi-bunyi pasal muka aku.

malu la oiii... lelaki tegur kot. ambil inisiatif, stop pakai skincare itali nie. masa stop, naik jerawat macam aku bercucuk tanam. besar-besar gedabak aku punya jerawat. memang merundum confident aku nak jumpa orang. luckily, ada kawan cover kerja. kalau tak, mesti budak-budak dah nangis tengok muka aku.

masa shaklee keluarkan skincare, aku just try mekap remover jer. memang best la. walaupun harga agak mahal, aku guna dalam kuantiti yang sedikit, kesan dia bagus. boleh rasa kulit mati tertanggal. kulit muka makin lembut. tak lah selembut bayi, but still aku puas hati sesangat.

bila youth dikeluarkan, testimoni pulak best-best. semuanya cakap bagus. takde effect negatif, lagila hasrat aku nak guna youth nie makin tinggi. bila tengok harga, fuyyyooo kempis poketku. terpadam terus hasratku. lebih-lebih lagi bila tau special youth hanya bulan march sahaja.

discuss dengan upline, dia bagi one suggestion. suggestion yang membuatkan aku rasa pufff datangla youth kepadaku. akhirnyaaa akhir bulan mac dapat jugak aku merasa full set youth.

full set youth nie best sebab dapat free radiance c+e. kapsul emas nama panggilannya. dapat free ko. kalau bayar, mau jugak melayang rm300++.

setelah 2 minggu kot aku guna youth nie, effect dia memang best. satu je yang palinggg aku realised. kulit muka dah kurang berminyak. pakai bbcream pun, tak capuk mana. selalunya nak boleh sampai ke balik kerja, aku pun tak tau la berapa kali aku touch up bbcream. lepas aku pakai youth, pakai bbcream pagi, lepas zuhur, touch up bbcream. sampai ke balik kerja, bbcream still lagi on. kalau senyum pun, takde garisan timbul kat muka. I likeee...

nanti nak try stop pakai dalam 2,3 hari and tengok kesan dia camne. tunggu tauuu...

p/s : harap korang pasrah je la ye. entry aku takde gambar. sila la google youth nie camne. aku pun taktau camne nak letak gambar kat entry. takde button gambar. dah penat dah aku godek sana, godek sini, still lagi tak jumpa button tue. buta it macam nie la gayanya.

Friday, February 23, 2018

cny celebration

semalam, kolej ada buat celebration cny kat golden village ttdi. kalau betul lah tempat nie. aku pun dah lupa exactly tempat nie nama apa.

sebenarnya, aku nak tanya. camne nak letak gambar kat entry blog kalau guna phone. dah banyak kali aku godek, tetap tak jumpa. aku yang buta it or memang tak boleh letak gambar kalau guna huawei nie.

tempat tue area pasar besar ttdi. tapi sebelah hero market. dia bangunan pejabat, aku pun dah lupa nama tower apa bangunan tue.

ada kisah okkk pasal celebration nie. suhada n kisah, memang tak pernah dipisahkan. 😂😂

first arrangement, semua orang setuju nak naik mrt. area kolej memang senang dengan mrt. biasanya nak pergi mana-mana, memang aku akan fikir jalan nak guna mrt. from giza, boleh stop kat ttdi. just walk 5 minute dan boleh sampai restaurant.

sekali, masa hari kejadian, semua pilih nak tong-tong parking n minyak, sebab taknak jalan kaki. dah sampai sana, dengan badan berpeluh, rasa tak seronok nak makan dengan happy. padahal restaurant tue ada je aircond. 😒😒

aku yang memang taktau nak parking mana nie, duk la mencari area yang boleh parking. korang tau tak ada apps 'jomparking?' sayangnya apps tue down. tak tau la kenapa. ramai yang review, apps nie senang. kita just bagitau nak parking kat mana, kereta apa n pukul berapa sampai. done!

banyak jugakla makanan dia. ada udang oat, ikan steam, nasi confirm la ada. kalau takde nasi, mau mengamuk budak kolej. diorang bukannya boleh takde nasi, perut melayu semuanya. ada sup apa entah masa pembuka selera tue. pekat n banyak isi kat dalam dia. ada isi ikan, udang, jagung. memang berselera lah aku makan. kalau sup or bubur yang pekat, yes, itu memang pilihan aku. ada yang masak bubur tapi tak pekat kan? aku akan masak balik and letak sagu. 🙊🙊 dessert dia best. walaupun selepas tue, aku kena ambil nab.

Saturday, January 13, 2018

dinner degree

time diploma nie dolll... ader la dalam bertahun-tahun yang lalu. time jiwa remaja kata kan.

aku la yang duk tengah-tengah tue, kat area depan *ko jangan pulak kata tak nampak aku. aku sekeh ko karang. tahu la aku nie kurus gemuk.*

sebelah kanan, dayah. sebelah kiri pulak, sya *sekarang dah jadi tunang orang. gumbira hidupnyer.*

aku? entah bilalah aku akan jadi milik orang. biarla... biar Tuhan yang tentukan segala-galanyer. aku hanye boleh menanti dan terus menanti.

kat belakang pulak. dari kanan, puspazihahnanie n arfah. puspa n naniey belajar kat uitm shah alam. arfah kat arau *jauhnyer. susah ler kite nak bergosip yer, kak pah.* kitaorang sekarang nie ambil course yang sama, BACC *Bachelor in Accountancy.* cuma yang bezanyer tempat jer. entah bila la boleh jumpa diaorang pulak. winduuu dolll... kalau la boleh ulang masa lalu, agak-agak ko, la kan, ko nak balik time mana? time baby? time pakai baju selekeh?

aku? aku nak balik time tingkatan 1. time tue, aku nak bagitahu kat to'wan. yang aku sayang yer. n nak yer tunggu aku. boleh dok? *hampeh betul la aku nie.* macam la masa tue boleh tukor macam dalam citer 'doremon' tue.

hari tue jumpa naniey masa company aku wat high-tea kat primula. tapi tak boleh cakap banyak pun, coz aku kena sambut tetamu. *uik, adekah tetamu takut menengok tiang yang bergerak itu? lantak ko la. janji aku wat keje aku. hehehehe...*

naniey pulak kena duk semeja dengan company yer. yer praktikal kat zuki. dayah kat MCM kat bangunan yayasan. zihah pulak wat praktikal kat terengganu jugak, tapi aku luper pulak nama company yer. kalau tak silap aku, kat area cabang tiga la. dengar kata jugak, ayah yer kenal la tuan punyer company tue.


kat tengah tue pulak bos aku, Cik Mat. yer tengah mengendong anak bongsu dia kot.

sorang jer kumbang kat ofis, Din. saper nak tau kengkawan aku kat ofis nie? angkat tangan... *confirm takder orang angkat tangan.* tetiba jerrr, tolong la angkat tangan tue. nampak la cikit blog aku nie berpengunjung. *cakap sambil tunjuk parang. kui kui kui...*

takperlah, aku tetap nak bagitahu sesaper yang tengok blog aku nie. *ader ke ader?* dari belakang sebelah kiri. ain *yer budak poli merlimau, melaka*, nurul *dulu praktikal kat amiir nie, tapi sekarang dah jadi pekerja tetap*, kak imah *se u dengan aku n se rumah sewa jugak. mana-mana nampak muka yer jer. mujur la rubi tak sekali dengan aku.*, sue *sama jugak dengan nurul.*, saper lagi kalau bukan big boss *cik mat n his daughter*, kak ina *s/u company nie*, siti *sama tahap dengan nurul nie*, aku si praktikal yang tak pandai nak pakai tudung cengcomeiii, the only kumbang of ofis, din *dah setahun dah keje kat amiir.*

nexttt turn, orang depan yang duduk pulak. dari kiri jugak, perkenalkan dri anda. hehehehe... hajar *budak poli jugak tapi dari polisas*, si kecil tue baby namanyer *anak kak mah. tukang cuci rambut kat sebelah opis aku.*, kak ja *s/u jugak kat amiir nie*, sikin *sama jerlah dengan siti tue* n the last person mira *sama tempat dengan hajar tue. kawan baik nie kooo...*

masa aku mula masuk dulu ada baengbakri kak ana. tapi diaorang kuar dulu dari aku coz dorang praktikal awal dari aku. haru la kan kalau habis praktikal sama dengan aku. tahap repeat ker. kuikuikui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.