Pages

Thursday, April 12, 2018

sumber vitamin c

bagi sue, vitamin yang paling penting untuk sue topup dalam kehidupan sue, adalah vitamin c. vitamin c nie paling penting untuk imunisasi or daya tahan badan.

vitamin c boleh dapat dari sumber buah or sayur. korang just pilih sahaja buah mana nak mengunyah or sayur mana nak dimasak.

nie list sumber vitamin c yang paling senang korang nak cari.

1. oren
buah oren nie, buah yang paling senang sekali nak dapat. sepanjang tahun korang boleh makan buah oren. perasan tak, bila korang lawat orang sakit, buah wajib bawa adalah buah oren? buah nie paling senang nak makan. just kupas kulit, dah boleh makan. murah pun murah. sebiji tak sampai rm1. banyak cara ye kalau korang nak makan buah nie selain dari makan macam tue je. korang boleh buat jus atau air detox.

2. lada benggala
lada benggala nie paling senang nak jumpa dalam masakan western. especially pasta. sue tak berapa suka lada benggala sebab dia payah nak makan. if pergi makan kat restaurant, diaorang akan potong kasar-kasar. sue akan potong balik halus-halus. memang takla sue nak makan besar-besar macam tue.

3. kiwi
buah yang agak mahal sedikit tapi still lagi berbaloi. kalau buah nie buat air detox, memang cepat je habis air sebotol. biasanya buah nie, sue akan beli time pasaraya jual murah-murah. kiwi nie best tau kalau letak dalam overnight oat.

4. brokoli
sayur yang palinggg sue suka. sepohon boleh dapat rm2. sayur yang paling senang sekali dimasak. rebus letak garam sikit. done! jangan rebus sampai lembik sangat, tak sedap jadinya. rebus dalam 4,5 minit jer. rebus lama-lama nanti kang, kurang khasiat pulak.

5. betik
buah yang senang dijaga. dan jugak cepat habis. hehe... tak sampai 5 minit dipotong, dah habis sepinggan. kadang-kadang tue tak sempat habis potong sebiji pun lagi, dah habis dulu orang lain sambar. dapat pulak colek buah. pergghhh tak pandang kiri kanan dah.

6. strawberi
buah nie pun dikira senang jugak dimakan. basuh terus boleh makan. kalau korang pergi cameron, sila la beli banyak-banyak buat stok dapur. strawberry adalah buah yang paling best untuk snack. buat pancake, tabur strawberry and coklat. celup strawberry dalam coklat cair. jadikan strawberry sebagai coklat hiasan.

7. nanas
nanas nie pun sedap kalau dapat makan dengan colek. memang tak pandang kiri kanan dah. buat tambahan selera pun best. tambah nanas dalam masak lemak udang, perghhh bertambah-tambah nasi kauu.

8. limau gedang
selain dari limau biasa, korang jugak boleh dapatkan vitamin c dari limau gedang. siapa pernah makan salad limau gedang? cubalah... campur segala macam buah n letak salad dressing. selain dari tue, buat air pun best. minum air limau gedang time musim panas macam nie, boleh habis bergelas-gelas nie.

dah tau kan, sumber vitamin c korang boleh dapatkan dari mana? make sure korang ambil sumber vitamin c dengan betul tau. sayur yang dimasak macam brokoli, lada benggala, elakkan masak terlalu lama. ditakuti hilang khasiat vitamin c nya. buah pun sama. buah yang dikupas kulitnya, janganlah ditinggal lama sampai lebam warnanya. sue tak tau, sama ada buah yang lebam tue, kekurangan vitamin c atau tidak. cuma tak berapa enak dipandang.

sue ada satu solution yang senanggg sekali. especially untuk mereka yang agak kureng makan buah or sayur. sue amalkan makan vitamin c shaklee sebiji sehari. alhamdulillah, kesan dia bagus. selesema n demam tak singgah lama-lama. 2,3 hari dah sembuh. sebotol tahan 3 ke 4 bulan. sebotol ada 120 biji. jimattt kan?

roger sue ye, untuk tau lebih lanjut pasal vitamin c shaklee.

018-2231528
018-2231528
018-2231528

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.