Pages

Monday, April 9, 2018

breakfast dengan oat

breakfast yang paling senang sekali. oat.

kalau hari-hari nak makan nasi, meragam jugak perut kan? bukan setakat perut meragam, otak pun jammed asyik fikir nak masak apa. sebelum tidur, sue akan fikir nak masak apa. kalau nak masak nasi goreng, make sure sue dah tanak nasi awal-awal.

muak jugak kan hari-hari makan nasi. kadang-kadang perasaan malas tue ada untuk masak nasi pagi-pagi, lebih-lebih lagi kalau bangun lewat daripada biasa.

solutionnya, sue akan makan oat. yes, sue akui oat tak best. kalau dah pemikiran ko sentiasa berfikir oat tak best, sampai bila-bila pun lah oat tak best. tukar mind set. selalu ucapkan oat best.

sebelum sue bagitau, camne cara sue makan oat, sue bagitau dulu kelebihan oat yang sue rasa semua orang dah tau. takpe, sue bagitau lagi ye.

1. rasa kenyang yang lama
2. kurangkan kadar kolestrol
3. serat baik untuk kurus dengan sihat
4. kurangkan risiko sakit jantung

yang paling sue suka sekali, dapat mengurangkan risiko sakit jantung. kalau dah ada keluarga yang ada penyakit 4 berantai, memang sangat digalakkan makan oat nie. kalau tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadilah.

sue selalu beli oat yang segera. yang letak air panas, pun dah boleh makan. tak payah masak. ada packaging yang color merah or biru. pilih yang merah. hehe...  merah senang sikit hidup.

selalunya sue letak oat + madu + milo + kismis. kismis tue ko ganti je la dengan apa-apa buah pun, tak pe. sue suka pekat. tak berapa suka cair. letak air panas tau. kalau nak letak susu pun boleh. ikut tekak masing-masing ye. sue tak suka letak susu, sebab kena panaskan susu tue dulu. lain maciam rasanya bila letak susu sejuk. tak kena dengan tekak dennnn...

kalau korang tak nak makan oat macam nie, boleh buat overnight oat. orang cakap best, on the go breakfast namanya. sue tak pernah buat lagi overnight oat nie, sebab hostel sue takde peti ais. ofis pun hanya ada peti ais mini yang senantiasa penuh barang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.