Pages

Friday, April 6, 2018

skincare berkesan

muka berminyak nie memang aku hadapi dari awal lagi. taktau la camne nak hilangkan benda nie. dari aku zaman sekolah sampailah sekarang. memang takde solution. orang cakaplah pakai masker kunyit, beli skincare tue, beli skincare nie. yup, aku memang buat semua benda tue. cuba ko cakap, apa yang aku kena buat? rasanya, semua dah buat.

aloe vera pun aku dah sapu. dah habis satu pokok aku guna. still lagi sama.

bila dah dewasa nie, aku suka try skincare. asalkan murah di poketku, aku akan beli. nak tau sama ada skincare tue sesuai ke tak, muka aku akan naik jerawat pasir kat dahi. tue je petunjuk. bila aku stop pakai, jerawat hilang. yang tinggal cuma muka berminyak je.

sampailah aku pakai set skincare dari itali. satu set lengkap dalam harga rm120 je. tak ke seronok poket aku? dahlah international brand, full set pulak tue. sampailah aku tukar ke set besar, jerawat halus tak nak hilang, malah makin bertambah. sampaikan kawan lelaki aku tegur. sebelum nie, walau jerawat besar gedabak mana pun, dia diam je. takde bunyi-bunyi pasal muka aku.

malu la oiii... lelaki tegur kot. ambil inisiatif, stop pakai skincare itali nie. masa stop, naik jerawat macam aku bercucuk tanam. besar-besar gedabak aku punya jerawat. memang merundum confident aku nak jumpa orang. luckily, ada kawan cover kerja. kalau tak, mesti budak-budak dah nangis tengok muka aku.

masa shaklee keluarkan skincare, aku just try mekap remover jer. memang best la. walaupun harga agak mahal, aku guna dalam kuantiti yang sedikit, kesan dia bagus. boleh rasa kulit mati tertanggal. kulit muka makin lembut. tak lah selembut bayi, but still aku puas hati sesangat.

bila youth dikeluarkan, testimoni pulak best-best. semuanya cakap bagus. takde effect negatif, lagila hasrat aku nak guna youth nie makin tinggi. bila tengok harga, fuyyyooo kempis poketku. terpadam terus hasratku. lebih-lebih lagi bila tau special youth hanya bulan march sahaja.

discuss dengan upline, dia bagi one suggestion. suggestion yang membuatkan aku rasa pufff datangla youth kepadaku. akhirnyaaa akhir bulan mac dapat jugak aku merasa full set youth.

full set youth nie best sebab dapat free radiance c+e. kapsul emas nama panggilannya. dapat free ko. kalau bayar, mau jugak melayang rm300++.

setelah 2 minggu kot aku guna youth nie, effect dia memang best. satu je yang palinggg aku realised. kulit muka dah kurang berminyak. pakai bbcream pun, tak capuk mana. selalunya nak boleh sampai ke balik kerja, aku pun tak tau la berapa kali aku touch up bbcream. lepas aku pakai youth, pakai bbcream pagi, lepas zuhur, touch up bbcream. sampai ke balik kerja, bbcream still lagi on. kalau senyum pun, takde garisan timbul kat muka. I likeee...

nanti nak try stop pakai dalam 2,3 hari and tengok kesan dia camne. tunggu tauuu...

p/s : harap korang pasrah je la ye. entry aku takde gambar. sila la google youth nie camne. aku pun taktau camne nak letak gambar kat entry. takde button gambar. dah penat dah aku godek sana, godek sini, still lagi tak jumpa button tue. buta it macam nie la gayanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.