Pages

Friday, October 4, 2013

pecah masuk rumah

untuk kesekian kalinya, entri aku tertunggak lagi. kesiannn...

seminggu yang lepas kot, aku pun tak pasti the exactly date rumah kena pecah masuk. bukan pecah masuk yang teruk macam korang fikirkan. nauzubillah.

yang ini, dia masuk melalui tingkap bilik. tingkap nie memang boleh panjat jer. kalau yang badan lonjong, memang harapan tinggi la nak masuk sesenangnya. kalau tertinggal kunci ker, terkunci ke, apa ker, memang tak berapa nak takut la. boleh panjat or terjun jer.

tapi memang tak sangka, yang benefit itu boleh jadi satu ancaman jugak. memang tak dengar langsung, dia panjat ker, masuk dalam rumah ker. tau-tau jer barang dah kena ambil.

aku n adik kuor pergi beli barang. tinggal akak n anak dia kat rumah. bila dah balik, dia bising bagitau handphone dia takder. kitorang mana la tahu. bukannya kitaorang stay kat rumah pagi tu. bila akak check sekeliling rumah, ada sebiji batu simen kat tanah yang area tingkap bilik dia. dia pelik, camner la batu nie boleh berada kat bilik dia. dia pelik, aku lagi pelik.

check punya check, tabung air gelap n handphone dia hilang. nak buat report polis pun, tak boleh. sebab memang akak buka tingkap. so tak der bukti yang menunjukkan dia masuk rumah walaupun barang hilang. polis kata, report boleh buat, tapi takder tindakan susulan. sebab kes yang macam nie boleh dikategorikan sebagai 'menjemput ancaman ke rumah dengan sengaja.' apa-apa jer la cik polis. nak barang balik pun dah tak boleh. dendiam sudahhh...

2,3 hari selepas tue, rumah mak saudara pulak kena masuk. tingkap yang kat depan pintu masuk rumah ada kesan cungkil and tingkap yang menghala ke laut kena pecah. mak saudara tidur kat tingkap bawah. tingkap yang kena cungkil n pecah tue semuanya kat area atas. mak saudara perasan pun, time bangun bagi. alhamdulillah, semuanya selamat. cuma tab and jam kena ambil. takperla, asalkan nyawa semuanya selamat.
mak saudara buat report polis n polis cakap setakat nie takder lagi report pasal rumah pecah masuk kat area kampung nie.
so, kami budget pencuri tue adalah orang yang sama and orang dalam kampung nie jugak. sebab tue la no report at all. dah malas nak layan. tapi kalau dah selang 2,3 hari kena kat jiran sebelah menyebelah, tak ker hangin jugak badan dibuatnya?

tetiba jer semalam, teringat kat kamera yang satu itu. selalunya selit antara buku. cari punya cari, tak jumpa. takper, maybe adik ada simpan kat tempat lain.
tanya dia, tapi dia kata tak pegang or simpan. dah kemana pulak kamera nie menyorok. cari kat rak yang biasa simpan pun takder. memang la kamera biasa jer. tapi untuk mendapatkan sebiji kamera itu amatla terasa. dahla gambar kat dalam tue amat nostalgik. tak kan aku nak ulang masa lalu hanya nak dapat gambar tue? ada harapan la kamera tue pun pencuri tue ambil jugak.

sebelum nie lappy jiran 'pinjam'. dapatla balik walaupun berkoyan jugakla aku menangis. la nie, jangankan kata menangis berbaldi, aku meratap pilu pun belum tentu lagi dapat balik kamera tue.

disebabkan itu, maka tunggula entry yang tidak bergambar selepas ini. sekian. curahan hati di jumaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.