Pages

Friday, September 30, 2011

thanks tune talk

thanx tune talk for this. hehehe... :)

percuma simcard. yeahhh boleh BIS. orang kata kalau BIS dengan tune talk lagi murah. betul ke idop, tak tahu la aku nyer. aku mana pernah guna BIS lagi. nie pun duk guna wifi streamyx. kalau la aku pergi keje jauh nanti, tak tahu la gaya aku malam-malqm. meroyan tenet kot. aku memang jenis tak boleh hidup tanpa tenet. dah cuba untuk 3 hari tanpa tenet. last-last aku merayap ke cc walaupun aku tak kenal orang kat dalam tue camner. kalau kat kampung nie, aku hanya akan pergi ke cc yang aku dah kenal owner dia jer.
yesss i admit. aku memang cerewet orangnya. :p

masa dapat simcard nie, poslaju yang hantor. aku dah blur. saper pulak yang kasi hadiah nie. dahla sekeping jer kertas kat dalam tue. posmen pulak luper nak ambil copy untuk dia. lagilaaa aku seram.
kang ader yang hantor macam-macam kat aku n aku nak mengadu camner. takder bukti. tak ker serammm tue.

dengan takut, aku n adik buka parcel tue. n tadaaa syukorrr i dapat simcard u, bukan benda pelik. :) kena beli handphone lagi satu nie. sekarang nie dah ada maxis + celcom. handphone apa yer yang seswai dengan tune talk nie? bb? samsung galaxy tab 10.1'? hahaha panggg!!! terkesima sebentar. sekarang bertambah lagi satu. minta-minta la kerajaan tak adakan tax untuk top-up. kalau tak, merana aku.

no untuk yang nie spesel. cox aku request n accepted. maknanya takder orang guna lagi nombor tue. tahu pasal free simcard nie pun, masa freebies warkan pasal hal nie. nak try jugak la. mana la tahu kot-kot ader yang tersimpang jauh ker. boleh la jugak mengetest freebies nie. n ianya tak menghampakan aku. :')

tapikan, camner nak top-up simcard nie. tak pernah pulak aku tengok kat terengganu nie ada yang jual top-up untuk tune talk. ker aku yang tak tahu? sekian, aku yang ketinggalan.


~ nescafe gold ~

dapat nie lagi. hehe... thanx nescafe

ok, aku bukannya peminat setia nescafe. kalau yang 3-in-1 pun, aku dah macam zombi bila minum. niekan pulak yang jenis original macam nie. lagilaaa aku tak boleh tidor malam. golek tengok citer pun, belum tentu lagi aku lelap. untuk sample nie, dia kasi 4 bungkus yang kecil tue. aku hanya mampu rasa satu jer, yang lagi tiga aku kasi kat mak saudara. :p

yang sebungkus aku minum tue pun dah bergelen air masak kena minum n tidor pukul 3-4 pagi, then pagi tue masuk keje pukul 9, memang takder makna la aku nak minum lagi tiga tue. baik la aku sedekah kat mak saudara aku, ader jugak pekdahnya. kalau time belajar dulu maybe ader la kegunaan nescafe nie. boleh stay-up study. tapi aku nie gaya stay-up last minute, maka selalu la kena ceramah free dek kawan-kawan. maka kawan aku telah mem-banned aku dari minum nescafe 3 hari sebelum paper.

style minum yang tak patut korang contohi. esok nak paper pagi n banyak lagi chapter tak cover, maka malam tue aku hentam nescafe panas. hehe... saper nak contohi boleh, tapi akibat yang belakang sila tanggung sendiri. =.=

yang nescafe gold nie beshhh. tak pahit sangat n gula dia tue 'sedang-sedang' jer letak. dia bau pahit tapi rasa manis. saper yang pernah minum air teh perisa karamel tahu la camner rasa dia. yang teh karamel nie pulak beza. ko bau pahit tapi sebenarnya manis. bila dah masuk mulut manis, bila ko kemam lama dalam mulut n hujung saki baki dalam cawan tue, ko boleh rasa dia punya pahit. macam rencah kehidupan pulak kan. -.-

nie la rupa teh karamel bagi sesiapa yang tak pernah tahu. sila la cari kat kedai bagi sesiapa yang nak try. :)

p/s : my acik tak minum teh karamel nie dengan gula. katanya karamel tue boleh dianggap sebagai gula. korang camner?


Thursday, September 29, 2011

thanks kotex


yang nie free sample form kotex. just register pung pang pung pang, maka dapat la yang nie. boleh la try camner rasanya. sesiapa yang belum pernah daftar lagi jadi member kotex nie, sila la berbuat sekarang. boleh dapat banyak info + hadiah menarik.

sebelum lanjutkan entry nie, peringatan untuk korang. entry nie untuk pompuan only. lelaki boleh nak baca, dendiam sudah lepas baca. jangan bising k.

aku memang pengguna tetap kotex. jenama lain, aku 'kureng' sikit. tak tahu la kenapa. fikiran aku kot. memang dari zaman dulu lagi, aku dah start kotex nie. kalau pakai jenama lain, mula la fikir lain + luar alam. :p  kakak aku ajar aku pakai benda alah nie pun, diajar dengan kotex.

dah try pakai banyak kali kotex pantiliner nie. tapi harinie pakai, esok tak, lusa pakai, tunggu minggu depan pulak. camtue la. memang takkan pakai hari-hari.

lepas jer baca blog kakdi, terus aku pakai sokmo. selama nie main pakai-tak-pakai-tak jer. bila kakdi bagitahu apa yang akan terjadi n apa yang kakdi bagitahu tue pernah terjadi kat aku, maka aku pakai sentiasa. takut okeiii. dah tua nie la baru teringat, zaman anak dara dulu takdernya aku nak beringat. errr... peringatan : aku belum kahwen tapi mak saudara aku dah sibuk suruh kahwen. =.=

seronok pulak bila dah pakai nie. macam teruja nak tahu apa yang akan terjadi. dia ada banyak pilihan perasa. nak yang original ada, nak green tea ada. macam-macam ada. macam astro pulak kan? tapi aku minat dengan green tea dari kotex. setakat nie yang aku jumpa, jenama lain ada yang original jer. ke ada tapi aku tak tahu?

mula-mula tue memang macam tak berapa nak ok sikit. ada macam gatal la, itu la, tak selesa la, ini la. lama-lama pakai macam best pulak. kalau tak pakai se hari, mesti rasa lain. tak percaya? korang try la sendiri. baru tahu 'feel' tue camner.

sekarang nie pun kotex ader wat promosi yang letak pantiliner dalam kotak. aku beli yang nie la. kotak dia pun lawa. murah pun murah. kalau aku rasa macam dah takder sangat kotak nak kasi present kawan, aku hentam kotak nie jer dulu.


 

Monday, September 26, 2011

nesvita 3-in-1


yang nie saya dapat sample from nestle. tahupun masa jenguk blog ifa. yer dapat free sample, aku pun apalagi. nak mencuba. mana la tahu kot-kot ader rezki aku, boleh percuma nesvita nie. :) yer, ader rezki aku. syukorrr... balik jer dari KL-johor hantar adik aku belajar. bertimbun parcel sampai rumah. one of them is thisss... from nestle. (-.-)v  i loikeee...

memang suka nesvita. dari zaman duk hostel lagi. siap paksa ayah belikan kalau nak pergi lawat. ianya senang nak minum. just letak air panas, kacau n then siappp... tak payah dah nak pikir kena letak gula berapa sudu, kena tambah apa ker. kalau nak tambah susu tepung, sedap jugak. tapi bukan aku la orangnya. aku hanya minum susu tepung sajerrr. original punya tepung susu n nespray only, tak letak gula or apa-apa. :') brand lain tak boleh terima. tekak budak kecik kot.

tiga pek nie aku balun sendiri. tak kongsi dengan sesiapa pun. adik aku nak? sila berkunjung ke kedai yer, dik. :p jangan duk merengek kat sebelah aku.


lagumu laguku


saya dapat nie dari freebies @ thestar yang saya join entah bila. agak luper bilamana aku duk approve jer sapa-sapa yang request. saya memang suka join GA, contest or apa-apa jer lah yang boleh mengurangkan tensen saya nie. jangan bagi saya teka teki, saya memang merangkak nak jawab. huhu...

saya dapat emel, kata menang cd nie. serieslyyy saya memang tak tahu nadhira nie saper. main hentam jer masuk contest. tak kisah dah contest apa.

mula-mula yer kata boleh datang ambil sendiri. aku dah syokkk nak pergi kl nie. dah terbayang dah nak jenjalan, shopping, jumpa kawan. gosip-gosipan. sekaliii kakak aku kata, tak payah. biar dia jer pergi ambil. baik, kak. adikmu ini menurut perintah.

emel balik tanya, boleh tak kalau orang lain ambil behalf of me. yer jawab ok, just bagi nama n bila dia nak mari ambil. yer balas emel tak lebih dari 3 jam even aku emel dia lepas office hour. memang punctual la mamat nie. aku pulakkk... tergedik nak bagi nama. :p tanya kakak, bila boleh ambil. disuruhnya menunggu dulu. bila dah nak balik kampung nanti, singgah sana n terus balik. okkk, fine. rumah ko sekangkang kera jer dari opis mamat nie. aku tak reply emel tue. aku tunggu akak aku bagi kata putus. yer la. kang aku mereply, menunggu mamat nie. kata nak sampai, tak sampai jugak. berasap mamat nie, aku tak tanggung. =.=

last-last, kakak aku sampai rumah beraya tanpa aku membalas emel tersebut. maka tiada la cd tersebut untuk diberayakan. aku dah kuciwaaa n siap marah kakak aku lagi. kakak aku kata, terlupa nak kasitahu. lagipun jalan jemmm memanjang. kakak aku memang takkan jalan kaki nak pergi mana-mana. paling koman pun, dia akan suruh kawan dia hantarkan. nak naik teksi @ bas? agaknya tunggu kucing bertanduk kot. mentang-mentang dah ader kete, taknak langsung jalan kaki.-.-

aku ingatkan dah takder rezki cd nie. sekaliii lepas raya, yer hantor emel minta alamat n seangkatan dengannya nak pos. alahaiii kalau ku tahu boleh pos, dah lama aku kasi alamat, pakcik. aku baca syarat dia haritue, katanya kena ambil sendiri kat opis. ker mata aku dah rabun banyak? ehmmm... kena pergi wat spek nie. ader sesiapa nak sponsor? :")

lagu dia best. nak dengar? erk... tunggu aku rajin dulu yer. lambat bebenor tenet nie mendownload lagu.


Friday, September 23, 2011

pasta?

pasta? apa tue? saya nak masak pasta ker? saya nak ajar korang masak pasta ker? ker saya nak ajak korang makan pasta? hermmm... apa yeee. semuanya salah. hehehe... =.=

pasta nie tajuk filem korean. entah camner entah saya boleh terlajak tengok citer nie. terlajak? ko nak kaki ker, ko nak tangan, ha? saya bukan terlajak tengok tapi saya scroll list citer kat maaduu n saya terjumpa tajuk nie. rasa macam beshhh n tengok. saya dah pernah tengok citer taiwan yang tajuk dia pun pasta. citer taiwan tue pun besh. semua citer besh. apa yang tak best pun tak tahu la.

citer nie memang besh. nak saya review? tak payah laaa. korang pergi tengok sendiri citer dia. lagi feel. lagi terangkat. dengar citer dari orang, apa kelasss... peringatan : jangan cari kat youtube, citer nie takder kat sana. kat sana cuma ada ost jer. :)

 kenapa saya tengok citer nie? sebab laki nie. hehehe. tak jelas?
.
.
.

 dah jelas dah kan? :')

1st time tengok yer berlakon dalam coffee prince. tapi yer bukan hero citer tue, so tak alert mana dengan lakonan yer. scroll maaduu n pilih citer nie. eh? macam kenal jer hero nie. pikir punya pikiiir. ooo pelakon coffee prince. terus i jatuh heart sama ini laki. i heart u laaa. ader sesaper nak pinangkan dia untuk i? jangan layan sama ini anak dara, yer tengah mengenyam tak hengat dunia. =.=

kenapa i suka dia? sebab lakonan dia macam real. boleh 'feel' dia punya lakonan. bukan nak kutuk pelakon malaysia. saper kata diorang tak bagus. diorang pun bagus jugak. tapi aku agak-fanantik dengan citer korea. akan diusahakan sampai dapat citer tue. sampaikan acik aku pernah kata, 'ko tengok citer nie tetiap malam, ko nak kahwen dengan diorang ker?' acik, kalau adik boleh kahwen dengan diorang, dah lama dah adik pergi pinang. tak payah tengok movie dah. ada depan mata terus. *wink*

satu pengajaran untuk aku from this movie. jangan pikir semua lelaki sama dalam menunjukkan kasih sayang diorang. perangai lain, konpem cara diorang pun lain. ada yang romantik, ada yang tak terjangkau dek akal. 0.0 ko dapat boyfriend camnie, camnie la perangai dia. ko dapat boyfriend type c, type c la perangai dia.

masa mula tengok, memang aku asyik booo jer laki nie. apsal ko buat camnie, bukan ker sepatutnya ko buat camtue. :(  lama-lama usha, baru paham. -.- tak semua lelaki boleh lahirkan apa yang diorang rasa sama macam kita nak. pemahaman sama tapi cara menzahirkan itu yang berbeza.

kalau sekarang nie, ko duk pikir nak terima lamaran lelaki yang bagi bunga 144 kuntum roses + candle light dinner. rentikanlah pemikiran itu. nak pikir boleh, tapi jangan terlalu mengharap. takut nanti bila dah jatuh, tak boleh bangun. time tue lagi naya. takder sapa boleh tolong, diri sendiri tanggung. bukan kata tak boleh pikir langsung. bolehhh.  untuk berimpian itu boleh, untuk mencari lelaki yang 100% macam ko nak, pun bolehhh. tapi kalau ada apa-apa lepas nie, tanggung sendiri. jangan nak tuding jari kat sesiapa.

lagipun mana tahu cara lamaran laki kita nanti boleh buat kita senyum lebar time tua. citer kat anak-cucu dengan bangga. sampaikan anak-cucu pulak berangan nak laki macam kiter punyer. kenangan tue hanya sekali jer. hargailah ia. ewahhh, pesanan penaja dari aku.com. sekian.

#dearfuturehusband saya tunggu awak datang pinang. :) jangan tunggu lama, nanti dikebas orang.

Sunday, September 18, 2011

tq stabilo

tq stabilo for this!
.
.
.

 sample yang aku dapat. hehee... suka suka suka :)

 nie la contoh pen yang dapat tue. biru n hitam. dua-dua dah dicuba n very satisfied. ader lagi tak sample, stabilo? *wink*

dah dapat lama dah hadiah nie. tapi biasa la, kalau tuan empunya blog kepala dia macam agak-agak pusing penangan nescafe. maka entry nie pun up la time pen nie dah digunakan barkali-kali tanpa henti.=)

memang besh la guna pen nie. lancar jer. n mata dia tak der la besar mana n takder la kecil mana. aku nie memang agak 'berangin' sikit la kalau bab pen nie. nak tulisan lawa jerrrr memanjang. nak beli pen, memang hazab la saper yang soping dengan aku. pen sebatang, belek macam nak beli sekarton.

ia la, orang kata, tulisan tue menunjukkan personiliti seseorang. kalau la tulisan ko tue macam cakar ayam, orang dah boleh predict ko nie macam mana. hehe... :) jadi untuk menjadikan personiliti aku nie seperti low-profile, sila la cover dengan tulisan. hahaha!!! aueeewww... low profile kooo. (-.-)v

sesiapa yang nak rasa keseronokan guna pen nie, boleh la pergi cari kat kedai. jangan tanya aku, stabilo still bagi free ke tidop sebab entry nie sepatutnya up berkurun yang lama.


Friday, September 16, 2011

handmade craft

sekarang nie kan tengah hot pasal handmade craft dari felt kan? tak percaya? se korang google. konpem berduyun kuor blog pasal benda-alah nie. sooo aku pun mencuba jugak. dan alhamdulillah, ianya menjadi. bolehla untuk dijadikan pendapatan sampingan. =) sesiapa yang rasa nak order or nak tengok handmade yang aku wat nie, boleh la pergi ke butik dierrr. usha sana k.

nie aku tunjukkan several of handmade yang aku wat. tapi kalau korang rasa nak handmade yang lain dari aku tunjukkan nie, korang boleh request terus ke emel nie : red_suemin@yahoo.com, lagi senang kan.

aku rasa harga yang aku letak pun berpatutan. tak mahal n tak murah sangat. sedang-sedang jer aku rasa. dah survey harga yang crafter lain wat through on9 nie. dan aku rasa harga yang aku letakkan pun berpatutan. tapi sape yang rasa harga yang aku bagi nie macam hampeh jer, sila la bagitahu yer. :) boleh diconsider lagi.

                                                      bear                                       guitar

                                     bunga senyum pagi                               bunga kemboja

craft nie semua biasanya aku buatkan untuk keychain n handphone strap. tapi kalau korang nak jadikannya sebagai hairclip or something else, boleh la bagitahu. jangan segan yer. kalau korang nak craft yang lain dari lain. korang boleh strach or lukis camne korang nak craft itu terbentuk, insya allah aku akan cuba hasilkan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.