Pages

Thursday, October 15, 2020

pergaduhan di stesen minyak

pagi nie kena ambil adik di stesen bas mbkt sebab dia nak turun sana dari kuala lumpur. takperla, dik. ko turun la mana-mana pun. sekarang nie dah senang sikit la kalau nak turun sana pun, dah ada kereta sendiri kan. kalau dulu, susah sikit. kena pinjam moto cekde. kena bagitahu sebelum tidur and ambil kunci siap-siap. kalau lupa nak bagitahu and ambil kunci, memang harapan tinggi la untuk ketuk pintu pepagi rumah orang. tak berapa elok kan kalau camtue.

sebenarnya nak makan breakfast ala-ala omputih, tue yang dia nak sangat turun kat sana. tak kisahla kfc or mcD. tapi cancel mcD sebab yang kat area bandar takder yang 24 hours, ada yang normal hours jer. kalau nak jugak kena pergi yang jauh sikit. takderla jauh mana cuma berpatah balik selepas makan tue yang problem. pemalas nak patah balik sebenarnya. so, pilihla kfc yang otw nak balik rumah. adik makan porridge and aku ambil yang roaster kot namanya, ala yang wrapped dalam roti totilla tue.

 wrapped totilla yang aku makan, ok la rasanya. cuma ada tomato. 

bubur nie pun ok jer rasanya. dia letak ayam. kalau tak silap, ayam original. kalau tak tambah geram or lada sulah or lada hitam memang tak best la rasanya. adik tak letak garam, anggap jerla kita makan makanan sihat tanpa perasa. haha...

otw nak balik rumah dari kfc, nampak ada satu pergaduhan kat stesen minyak. antara orang muda and tua. antara kereta and motor. sampai ke jalan besar dengar dia punya pergaduhan. menyeramkan. tapi memang takder maknanya untuk aku jenguk-tanya or what-so-ever kat situ. memang aku tak tunggu pun lampu hijau. dahla sebelum pukul 6 time tue. tak ramai pulak orang kat stesen minyak. lagila aku takut.

kalau kat stesen minyak yang kat area rumah aku nie, balai polis seberang jalan jer. so, kalau ada apa-apa memang tekan jer button kat dalam ofis, polis dah terkedek-kedek mari jenguk tengok apa yang berlaku. aman sikit la kat situ. tapi yang tak bestnya, stesen minyak tue buka dari 6.45 pagi - 12 tengah malam jer.

servis kereta

nie nak cerita pengalaman pergi servis kereta. lain tempat, lain servisnya. aku pergi servis kat mana entah. apa yang aku ingat pun tak tau la. tapi kat area-area kuala terengganu la. servis dia ok. tempat dia pun selesa. memang thumbs up la kalau datang.

pembuka sesi. milo panas. milo dia memang berbeza. taktau la dia guna milo cap apa. tapi memang pekat. suka den minum bergelas-gelas. buat sendiri belum tentu lagi sesedap ini.

boleh pilih sama ada nak stay situ sampai habis servis or just tinggalkan kereta. tapi kena booked dulu. kalau datang terjah macam tue jer, ada harapan la ko kena datang semula. ada akak tue, hantar kereta pagi and datang balik pukul dua petang, kereta tak siap-siap lagi gara-gara tak booking.

sebab utama aku datang sini? sebab ini jer yang first aku jumpa and dapat good impression. first impression itu penting kan?

dia ada sediakan makanan sekali. so kalau ko stay kat situ sampai petang pun takder ralat sangat. takder la duk tersengguk-senguk menahan kantuk.


kuih yang biasa aku ambil. nie untuk sarapan. pagi lain kuih dia, petang pun lain. aku tak berapa nak suka kuih telinga kambing nie. kuih yang colour kuning tue. inti banyak sangat, kulit nipis jer.

semuanya cukup dia sediakan. ada gula instant, creamer instant. gelas pakai buang. kiranya okla. takkan ko nak bertapa kat sini sehari suntuk kan?


ada jugak sediakan biskut nie. biasanya aku buat balik or stay lama kat sana, baru usik biskut nie. kalau tak, setakat kuih-kuih tue jerla aku makan.

baby baru nak proses bersih cantik-cantik. hehe... selalunya kalau datang sini, ambil masa dalam 3-4 jam jugakla nak siap. tapi okla, ada bawa teman. so takderla boring sangat. boleh borak-borak. ada sediakan makanan, majalah, surat khabar, lagila tak boring. cuma takder wifi. kalau ada, ada jugak yang bertandang tanpa diundang.

kalau taknak tunggu, bolehla pergi jalan-jalan kat area situ. aku tak jalan mana sangatla. lagi rela stay kat dalam bilik beraircond dari meredah mentari.

tapi ada sesetengah tempat tue, dia ada sediakan kereta spare kan? yang kat sini taktaula ada ke takder sebab tak pernah tanya.

kfc marang

cerita lama baru nak up. sabar jerla. cerita masa raya aidilfitri tahun lepas. nak dekat setengah tahun baru nak up. haha...

dapat duit raya and anak sedara semuanya teringin nak makan kfc guna duit sendiri. selama nie duk simpan jer duit tue untuk perbelanjaan sekolah. tahun nie dapat banyak sikit, tue yang budak-budak nie teringin nak belanja.

okla. kita pergi. ingat nak pergi yang batu burok punya. kawasan dia pun luas. tapi time raya kan. konpem-konpemla ramai orang. entah-entah tak dapat parking kereta. so, mohler kita melencong ke marang jer.

amat-amatla tidak merekemen tempat nie. sekarang nie tak tau la camner. tapi time aku pergi haritue, memang menyirap jer darah aku nie ha!!! baik sikit siput keje dari pekerja. memang takleh nak berangin la sebab ramai orang. semua kaunter buka tapi nak ambil order macam kaunter buka satu jer. 
 
kaum lelaki. ada sorang lagi tapi dia balik rumah sebab nak beraya. kan dah rugi. tak dapat makan kfc ramai-ramai.


nie kaum perempuan termasuk driver yang takder dalam gambar. plus sorang budak kecil yang berlagak dewasa. 

niela dia budak kecil yang berlagak dewasa. time nie ok lagila dapat makanan. cuba ko tengok time kat bawah nie. mengucap banyak-banyak aku tengok.

nieha!!! tak ke mengucap ko dibuatnya? lagak macam dewasa dah. bila suruh duduk elok-elok, 2-3 minit bolehla. lepas tue? hampeh...

kalau makan kat tingkat atas, boleh pilih sama ada nak duduk kat luar or just stay kat dalam jer. kat dalam lagi banyak tempat la. kalau kat luar nie pun ok jugak. boleh tengok pemandangan malam tapi sejuk angin semulajadi tue memang mengancam la.

mula-mula yang lelaki stay kat dalam. lepas jer tengok ada orang kat luar, terus pindah tempat. habis jer makan, masuk balik kat kitaorang. katanya, sejukkk...

ada lebih ayam. nak tinggal macam tue jer, sayang. pergi la kat kaunter minta plastik. pekerja dia kata sekejap, sekejap... last-last habuk pun tadak. padahal plastik kat laci meja ko jer kot. bukannya kat hujung kaunter. lain kali letak la kat luar. kalau takut sangat habis banyak, suruh pekerja ko jaga kaunter plastik. last-last bungkus dalam tisu letak dalam beg jer. :(

tak dapat i-city. dapat bergambar ala-ala i-city pun jadikla. nie kat depan masjid marang. dekat area-area kfc nie jugak. cantik kan?

Tuesday, October 13, 2020

ingatkan sukaneka rupanya...

peristiwa yang memalukan. kahkahkah!!!

kaklong suruh anto dia pergi sukaneka sekolah yaa. ok, boleh jer anto. lagipun memang setiap jumaat and sabtu kalau takder keje, memang ambil anak dia and stay kat rumah. boleh jugak la buat peneman gaduh.

katanya nak pergi pukul 8. pukul 7 dah bangun and siap-siap gorengkan french fries. ialah... dah anaknya ramai. kalau ada yang menjual tak cukup rm 1 seorang. marila rajinkan diri and goreng makanan. bawa sekali air masak. takla rabak sangat dompet.

yaa yang perempuan belakang sekali and pegang bendera menghala ke bawah. amatla payah mengambil gambar. padahal mak sedara dia yang malu nak ambil. aku kan shy-shy person.

cantik kan? kecil-kecil dah pakai baju pengantin. aku? dah nak tua nie pun entah bila la boleh merasa. insya allah suatu hari nanti. :)

kami gerombolan yang memberi semangat untuk yaa. lepas jer yaa round sepadang, kuor dari barisan and stay dengan cikgu. padang pun nak kata besar, takla besar. nak kata kecil, tak kecil jugak. ambil masa dalam 10 minit jugakla nak round.

aku duk tunggu kat padang lagi bila budak-budak tadika nie dah kuor dari barisan and pergi kat guru masing-masing. lepas tue bersurai. kata ada sukaneka, nanti-nanti la kot cikgu-cikgu nie bersiap sedia nak mulakan. itu fikiran aku la.

sekali...

aku dengar makcik sebelah cakap, 'mana la anak aku nie? dah nak balik dah nie.' aku blur. bukan ke ada sukaneka lepas nie? tetapiii pengurus majlis pun dah balik sekali. pelik pulak bila jadi camnie. tanya kat adik. ko tahu dia jawab apa? nie bukan sukaneka, tapi majlis perarakan sempena merdeka. WHAT? kahkahkah!!! tue la. taknak tengok lagi tentatif majlis. padahal sebelum keluar dari rumah, dah jeling dah kertas tue atas meja makan. takder plak niat nak belek-belek. haha!!! kan dah malu sendiri. mujur aku tak cakap kat makcik tue, 'nantikan ada sukaneka, anak makcik tue pergi bersiap sedia kot.' kalau tak, konpem-konpem aku kena sedas jelingan berbisa.

budak perempuan yang menghuru-harakan pagiku tengah makan roti. cikgu bekalkan roti and air mineral untuk diaorang. ibu bapa yang datang kena bawa makanan sendiri. takkanlah cikgu kena sediakan jugak kot. kalau yang datang tue sorang dua, boleh la cikgu bagi. ni yang datang, macam kami, sebatalion. tak cukup dua periuk mee goreng.

lepas settle semua, kami singgah makan kat kedai. kedai yang kak long tunjuk sebab roti canai dia best. order sekali nasi minyak and nasi lemak. sedap jugak. boleh katakan semua sedap la kat sini. tue yang duk repeat order jer.

budak yang sedih sebab air yang diorder kena order berkali-kali. haha... dah ko minta air lain dari yang lain, bersabar banyak yer.


yang budak kecil nie pulak tak order apa-apa sebab nak makan french fries yang goreng pagi tue. terkebil-kebil dia tengok kita makan. mohler kita balik and hadap french fries depan tv pulak. boleh bergolek-golek dengan selesa.

bedak johnson.

bedak nie memang berkesan untuk gatal-gatal or ruam. pakai selepas mandi.

tahu pasal bedak nie pun masa gohnson's buat giveaway. aku main isi jer. taktau pulak dapat bedak nie. sekali dapat yang nie. kiranya masa dapat, bedak nie masih lagi dikira produk baru dari gohnson's. sekarang nie, bedak nie dah jadi produk basi tapi berkualiti. :)

adik yang start pakai. dia kata boleh kurangkan gatal-gatal. ialah aku nie duk pakai jer. taktau motif aku pakai. haha... selalunya aku ambil botol yang colour ungu, ala-ala lavender. aku kan penggemar lavender. *angkat-angkat kening* mestilah kena ikut pilihan utama hati. jangan berpaling ke pilihan lain yer.

bila habis sem.

camniela jadinya bila dah habis sem. errr nie pun entry tertunggak. tuan empunya badan dah siap konvo and dapat kerja, entry baru nak up. haha...

nie namanya aktiviti menyeksa badan. kalau ko nak badan cekeding macam aku, mehla ikut aktiviti yang aku buat nie. kereta angah ada kat kuala lumpur. so dari terengganu, ambil bus. sampai sana, rehat dalam 2-3 jam terus gerak pergi johor. simpan-simpan barang, ronda-ronda kejap and straight balik terengganu. pandai tak?

tuan empunya barang. posing dulu di ex-kolej buat kenang-kenangan.

masa on the way balik. singgah rehat kat rnr mana entah. aku nie manala tahu jalan sangat. nak pergi one utama dari damansara utama pun minta nyawa okeyyy!!! padahal tak sampai 10 minit pun. pfffttt... ko mampu membaca time-time pepagi buta macam nie? mana la power spek tak up berganda-ganda. :( nie namanya aktiviti menyeksa mata. jangan amalkan okeyyy.

bekalan sepanjang perjalanan. kat terengganu takder dominos, maka marila kita bertamak-tamakkan dengannya. dominos, bila nak buka kat terengganu? banyak peluang nie. keching... keching... *bunyi duit syiling jatuh dalam tabung ayam.*

nie baru sikit barang. memang macam nie la kalau akhir sem. tak kira la tahun pertama ke, tahun terakhir ke, memang padat kereta. yang nie tahun terakhir, memang padat sesangat. cukup-cukup ruang nak sumbat badan jer dalam kereta. kalau kena tahan dengan polis tengah jalan pun, rasanya polis pun tak nampak aku terselit kat belakang.

mujur la aku sekolah dekat-dekat jer dengan rumah. satu negeri. so bolehlah time jumaat, sabtu bawa balik barang sikit-sikit. takderla sepadat nie. kalau tak, jenuh kena tahan telinga. bawa balik barang macam bawa balik barang untuk satu universiti.

gilir-gilir drive dengan adik. berapa kali entah berhenti rehat. yang nie second last rnr berhenti. sebenarnya rnr nie takder gerai jual makanan. just ada surau, toilet and parking. kalau siang maybe ada gerai-gerai yang beralih tempat kot. so takderla takut sangat. bila dah nampak banyak lori singgah, terus aku drive pergi rnr seterusnya.

jumpa jer terus tidur terbongkang. yang nie pun lori banyak jugak. ermmm rasanya memang rnr kalau tengah-tengah malam macam nie and bukan musim perayaan, memang banyak lori dari kereta kot. lepas subuh, terus gerak balik terengganu. tue pun adik yang drive. kalau aku drive, agaknya dalam pukul 8 baru gerak kot. *___*

bayangkan gerak dari johor pukul 9 malam and sampai terengganu pukul 1 petang. ermmm memang mencatat sejarah la time nie. boleh masuk book of record tak? ermmm, abaikan. tak penting pun.

late dinner di secret resepi

sempena besday adik yang keberapa entah, dia minta belanja secret resepi. yang sebenarnya nak menghabiskan free kupon sebab beli kek sebiji sempena adik kawen.
time beli kek tue, sempena hari ibu. dapatla free kupon. walaupun cuma nasi goreng or spageti kosong. tak perla. bolehla kongsi. lagipun makan berdua, banyak mana la sangat makannya.
secubit sorang pun dah kenyang.

saper pernah try dia punya karipap? sedap kan? aku pun teringat-ingat nak beli lagi. tunggu gaji hujung bulan nie. nie namanya ayat standard kalau nak pi makan secret resepi. *angkat-angkat kening* hoiii mahal kebeno. nasi sepinggan sama dengan tiga hari aku punya standard belanja. tak per. sekali sekala. nie pulak ayat penyedap hati.


masa sambut bexday haritu, ambil lamb pie and durian cake. durian dia maveles sesangat. terasa-rasa macam makan seulas durian. takderla bau mana, tapi rasa dia memang kena jer ngan tekak aku nie ha.
entah bila ntah, makanan kat sini takder yang tak kena dengan tekak zirafah aku nie. semuanya masuk dek tekak la. kek black forest yang berlambak-lambak jual kat kedai biasa tue pun sedap bila makan kat sini. kalau ambil kek yang pelik-pelik lagila sedap. yer dop?


gambar nie bukan ulangan gambar di atas. harap maklum. gambar nie sebenarnya nak tunjuk couple yang kat dalam. kalau perasan, yang baju merah tue. haha... nak busybody tak berapa nak vogue memang macam nie. ambil gambar badan sahaja. punah harapan nak jadi paparazi. reject nak ganti abang rambut ketak-ketak.

couple tue parking double. bunyi hon dah bingit tapi dia rilek jer makan. macam takder apa-apa. kitorang yang kat luar dah berapa kali dah jenguk, intai-intai saperla punya kete nie. maybe dia parking situ tapi kedai nak dituju 2,3 buah dari secret resepi. tetiba mamat tue bangun and alih kereta. ternganga kitorang tengok. dengan takder perasaannya, masuk dalam and sambung makan. *____* bang, janganla macam nie bang. terbantut hasrat kami nak bergosip hangat-hangat ayam nie.

nasi goreng free. okla nasi dia. ada sate dua cucuk. sepatutnya sate tue makan sekali dengan nasi tapi sebab tekak melayu asli terlebih, maka makan nasi dulu baru makan sate. memang out rasanya bila makan macam tue sebab takder kuah kacang. haha. kalau makan sekali dengan nasi, maybe ok kot.

peneman sejati. my mak saudara. makan durian cake. memang mebeles. teringat-ingat lagi dia punya rasa and texture. air? jangan tanya aku. aku pun tak tau dia ambil air apa. tapi yang jenis coklat-coklat la. and confirm manis. mujur i bawa air masak dalam beg. bolehla tambah buat penghilang manis.

pembayar yang buat action ala-ala makan. walaupun sebenarnya tak sedut pun air tue. action jer lebih. air apa? aku pun tak tau air apa aku ambil. tengok gambar dan nampak sedap, terus order. main tunjuk jer. pandai-pandai ko la waiter nak letak nama apa. yang penting, aku dapat air tue sebijik-sebijun macam dalam menu.

niela air bexday girl. air nie ala-ala lemon + sprite. tak manis sangat and tak masam sangat. kalau sakit tekak and teringin nak minum ais. bolehla kot order yang nie. lagi best kalau ko order sekali dengan pie lamb black pepper. kalau tak silapla nama pie nie. memang combination terbaik. pedas lada hitam lawan dengan manis ala-ala madu.

sambutan hari raya taska hakim

sambutan hari raya tahun lepas, baru sekarang nak hapdate? janganlah marah. dah kata entri tertangguh. lagi mau marah. lagipun tak sampai setahun lagi. relax la, beb. :)

anak kak long yang last nie kena stay kat taska. kak long kerja, abang long kerja. abang and kakak semuanya sekolah. kalau kak wa balik awal, bolehla hakim balik awal. paling awal pun dalam tiga petang jugakla. kadang-kadang tue, kalau kami ada kat rumah time hari sekolah, paling awal kami ambil hakim pun pukul 10 pagi.

YA and ADAA. sorang kakak, sorang sepupu. dua-dua lasak. tak padan dengan pompuan. sampai-sampai jer terus terjah mainan. suruh makan dulu, baru main. taknak. takper, ko main la dulu puas-puas. nanti balik rumah and ko kata ko lapar, memang berasap la korang.

lepas mainan rumah, mainan kuda pulak korang jongketkan. orang lain dah kenyang siap tambah dua round, dua orang nie duk main lagi. takper, mainla puas-puas. kat rumah takder mainan macam nie.

comelkan budak nie? pandai jer ambil kuih. mak dia just perhatikan dari jauh sambil borak-borak dengan mak-mak yang lain. lepas ambil satu, pergi kat mak. ambil lagi satu, pergi pulak kat mak. so sweeettt...

niela makanannya. actually ada dua tempat yang taska sediakan. sebab taska nie gabung dua rumah jadikan satu taska. kitaorang duduk kat tempat yang tak ramai orang. tak la malu sangat kalau nak makan berpinggan-pinggan. itu niat sebenarnya. harap maklum.

niela hakim. yang didukung oleh cikgunya. yang stay kat sini, sorang jer. yang datang makan, sebuah kereta. dahla padat macam sardin. sabar jerla.

suria city hotel johor

masa convo my sister haritue tahun lepas kitorang stay kat suria city hotel, tempah kat agoda. mula-mula ingat nak stay kat hostel dalam utm jer. tapi disebabkan kitorang lambat tanya and terlalu ramai yang pergi konvo, takderla tempat untuk kami.

ada satu hostel dalam utm, tak ingat nama apa, tapi hostel tue memang sesuai untuk family. kalau tak silap, ada 2 or 3 bilik dalam satu bilik. kira macam apartment la. dah ingat nak stay situ, tetapi yang beratur untuk dapatkan apartment tue terlalu panjang. bila dah sampai turn adik, dah takder bilik. takperla... lain kali kita stay kat sana pulak. lagipun kalau tempah ikut agoda, dapat murah. berbaloi jugakla.

pemandangan dari bilik hotel. nampak tak bride tue? buat-buat la nampak walaupun tak nampak. hehe... itu adik kata, jambatan nak pergi singapore. dekat jer, kan?

adik perempuan pergi lagi awal dari kitorang. aku and adik lelaki pergi johor naik bas malam sebelum konvo. angah and abang ngah pergi dari kl naik kereta. so, kitorang jumpa kat sana jerla. sampai awal pagi kat puteri, naik teksi and jumpa adik kat utm jer. aku tumpang bilik sepupu. adik lelaki tumpang berehat kat masjid sebelah hostel dia. tengahari makan lite-lite je sebab dah nak masuk dewan. angah and abang ngah tak masuk dewan sebab lambat sampai. keluar jer dari dewan, jumpa angah and pergi makan. singgah jusco beli bekalan makanan. esoknya pergi hantar jubah konvo and balik terengganu.

habaq dulu pasal kisah kami kat johor, nanti kan ada jer yang lupa. sebelum lupa, mehla aku habaq dulu. lepas nie, tengok gambar jerla ye. :)

lepas breakfast, aku and adik perempuan berenang. tengok kat dalam broucher hotel, ada sediakan pool. tanya sana sini, rupanya pool, dewan and office kat belakang. hotel and cafe je kat depan. nampak tak pagar tue? keluar jer dari pagar and belok kiri, terus masuk ofis.

niela hotel yang kami stay. sebab kami stay 2 hari 1 malam, so takder sangat la nak complain. satu jer point penting. make sure pili air ok and phone ko ok mula-mula masuk bilik. phone dalam bilik ko. mujur bilik kak ngah sebelah je. masa nak call bellboy baru perasan phone, ko. pfffttt... tuela padahnya taknak check segala benda. check aircond je. hahaha...

nampak dari dalam bilik, dekat kan? keluar dari bilik and ingat nak round-round. sekaliii jauh giler. jalan kaki separuh jalan pun dah semput. mehla kita balik bilik berhibernasi lagi ok.

orang gayat tapi buat-buat tak gayat. bukanla penggayat sangat. tapi kalau pergi tempat tinggi, memang takkan pandang bawah. pandang 2,3 saat boleh. lebih dari tue, tak boleh.

kami yang seronok mandi kolam. dua orang jer yang mandi. takder orang kacau pun. tapi kolam nie takder untuk kanak-kanak. ke ada kolam lain? entahla. bilik tukar pakaian dia pun tak berapa elok sangat. takder tempat gantung tuala. :(

suria city sebelah grand bluewave. orang kata bluewave lagi best dari suria city. aku pun tak pasti. takper, nanti kita try hotel nie pulak. *belek-belek kalendar and wallet.*

nie cafe dia. okeyla. tempat makan best tapi takderla sebesar mana. tapi okeyla. makanan dia sedap. tak banyak mana tapi dalam kuantiti yang banyak. servis dia cekap. bekas makanan tak pernah kosong, pekerja dia duk topup jer makanan. nampak jer pinggan licin, terus dia angkat.

biasanya aku akan guna pinggan yang sama untuk ambil makanan second round. means kalau aku makan sosej. lepas makan, akan berehat 2,3 minit and then untuk ambil sosej second round, akan guna pinggan yang sama. kat sini TAK!!! dia nampak jer pinggan ko kosong, dia akan ambil terus. guna la ko pinggan yang baru.

customer servis yang laju. thumbs up to you! tak sampai 15 minit, dah dapat bilik. kalau nak lagi laju, call and bagitau kita dah on the way pergi sana. so, diaorang akan siap-siap kemas bilik korang.

nie pulak tempat korang boleh berehat sambil tunggu kunci. hehe... feeling-feeling bercuti di negara omputih gitu.

orang lain angkat barang, kami angkat kamera and bergambar. hahaha...


see... tapi ada satu kisah tersendiri. pagi masa aku and adik pompuan nak berjalan-jalan sekitar hotel, nampak satu pekerja dewan bandaraya, ala macam MBKT or DBKL, dia tengah cek parking kereta. aku tengok and blah. masa angkat barang, angah kecoh-kecoh pasal kena saman. aku and nor blur. apakebende yang kena samannya? kan dah parking kat area hotel? rupanya parking hotel kat tempat yang kitaorang mandi kolam. hahaha... :D

sampai sekarang aku tak reti nak guna parking area kl. yang tiket dia kena tekan number plate. haha... rela pergi parking jauh-jauh yang ada token. senang kerja mak-enchik. tak payah pening-pening kepala.

lepas jer hantar jubah, kitaorang terjah tempat nie. zon bebas cukai. ini namanya tempat wajib pergi setiap kali balik johor. walaupun takder barang nak dibeli, jalan-jalan pun jadikla. dari zaman arwah abah ada lagi, tempat nie dikira tempat wajib singgah-jenguk.

kalau arwah mak masih ada, konpem dia akan ambil corelle nie. arwah mak paling cerewet bila tiba bab pinggan mangkuk. aku rasa, bukan arwah mak jer, semua perempuan akan cerewet bila tiba bab nie kan? dia akan cari yang paling latest and corak yang paling lawa. memang betul pun. corak yang dia pilih memang lawa-lawa semuanya.
ada tue ha kat dapur, the only one yang arwah mak beli. pergi banyak kali tapi satu jer beli? yes, memang sekali tue jer beli. yang lain just usha-usha jer. takder yang berkenan, bak kata arwah mak. :)

corak yang nie lawa kan? tengok harga pun lawa. mohler kita balik terengganu, bukannya ko nak beli pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.