Pages

Sunday, October 11, 2020

resepi kuih sagu

sekarang nie kat rumah tinggal aku n abang jer. so boring n sunyi. kalau time cuti sekolah or cuti sem, baru la happening sikit rumah nie. kalau tak, ko tengok aku. aku tengok ko. ko jeling aku, aku jeling ko. camtue la hari-hari. time dia pergi kelaut. aku tengok tv, last-last tv yang tengok aku.

nak masak pun malas. masak sekor-dua ikan, rasa macam wat perabih gas jer. beli jer la kat luar. senang sikit. lauk pun macam-macam ada. beli sebungkus nasi, dah boleh makan 2 kali. sebab nasi memang banyak tuan kedai letak. lauk pulak, kitorang bungkus. beli 2,3 jenis lauk, dah boleh makan 2,3 kali. jimattt. :)

tapiii semenjak akak aku nie balik n dia dah selongkar dapur melihat xtvt dapur selama ini. maka dia telah mengajukan sesuatu kat aku, 'ko memang tak masak langsung yer. tak terusik pun barang dapur.' dan aku hanya mampu tersenyum bila ditanya soklan begitu berkali-kali. :p

maka aku kena la rajin pergi dapoq. perabihkan segala benda yang ada sebelum dia balik cuti sekolah nie. cuti sekolah bila yer? sempat tak aku perabihken? sempat kot. ada sardin, dadih jagung, sagu butir n apa lagi yer... a'ha kacang hijau. ok. notted. next resepi dah kena fikir siap-siap. kena rajinkan diri masak walau hanya untuk 2 orang makan. dahla abang aku bukan pemakan orangnya. takper. aku masak untuk diri sendiri n berazam menambahkan berat lagi 15 kg.

ada sagu butir setupperware kat almari dapur. bukan la banyak pun. tapi kalau nak perabihkan oleh kami berdua nie, memang tak perabih la ko. iyer la. kan sagu tue bila dimasak, ia akan kembang semangkuk. saper pulak nak makan bila dah banyak camtue. nak perangat? takder maknanya. lauk lebihan semalam pun, abang aku tak perangat. nie kan pulak kuih. dia memang bukan penggemar kuih yang tegar. aku so-so boleh la. ikut selera jugak. :p kalau 2,3 hari sekali makan, laju la jugak kunyahannya. tapi kalau dah berhari-hari mengadap kuih jer, mahu loya jugak la tekak aku nie.

cadangnya nak buat bronox sagu. bronox sagu? ooo tak kenal yer. nie memang kuih orang pantai timur terutamanya terengganu. nie ha kuihnya. 


tak buat kuih nie sebab adunan sagu tue tersalah buat cair. n dah malas nak tambah sagu lagi. kalau tambah, konpem la makin banyak adunan yang dapat. n bila makin banyak, kan membazir tue. baik adjust jer adunan yg sedia ada.

resepi ambil dari ceera. meh la try reramai, tengok hasil dia camner. tapi aku tak guna daun pandan, guna esen vanila. hambik ko! susah kebenor nak cari daun pandan kat kedai.  kalau nak guna esen vanila boleh, tapi jangan letak sebanyak kita letak untuk buat kuih. cukup memadai kita letak separuh penutup jer. kalau tak, memang harum semerbak la rumah ko berbau.


nie la hasilnya. letak dalam bekas kecil. senang sikit nak makan. lagipun perut aku nie tak kira masa nak lapor. nak tidor pun, lapor lagi. takder la tetengah malam tue berbunyi orang buka periuk. hehe... bukak peti ais, dah boleh ngap.

nie la hasilnya kalau tengok dari atas. perasan tak takder langsung macam biji sagu kan? tue tandanya sagu saya terlebih masak gara-gara terlebih air. ada orang campurkan dengan tepung jagung nak kasi pekat. tapi saya tak letak sebab bila saya tinggalkan ia dalam periuk n pergi tengok tv, dah jadi likat. cancel nak try dengan tepung jagung.

nie pulak gaya sagu jatuh-tak-nak-jatuh. nak tahu sagu tue likat ke tak, try la condongkan bekas n tengok sagu tue jatuh ke tak. kalau laju jer jatuhannya dia, maka sagu tue cair. tapi jarang la sagu yang cair.

santan nie makan sekali dengan kuih sagu tue.

pada aku, santan nie ada banyak kegunaan dia. macam i. lebihan santan tue, aku guna pulak buat gulai. sebab kitorang memang jarang makan guna santan yang banyak kalau makan kuih nie. hehe... jimat garam lagi. sebab dah letak garam dalam santan time masakkan santan.

kalau tak nak guna santan, nak diet-sihat, boleh try dengan susu cair or susu segar. ala susu yang tin dia ada lekat gambar abc tue. ha! guna susu tue. boleh jugak kalau nak guna susu lain. depend on citarasa kita la, yer. :)


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.