Pages

Friday, October 9, 2020

majlis kahwin siti

ramai kebenor yang kahwen minggu nie. kenyang perut aku. *tujuan utama.* :p
jumaat - sepupu tunang.
sabtu - rubi kahwen.
ahad - kak siti kahwen.
aku? - tunggu pahlawan diraja turun dari langit. huargh huargh huargh!!! panggg!!! *diam ko sejenak*

nie la peneman sejati. sama-sama makan 'langsat'. baguih anak dara nie, duk makan 'langsat' jer. tak kenyang-kenyang. apa yang hebat pasal 'langsat' pun aku tak tahu la. tue baru gaya datang dengan motor. kalau dengan kete, aku tak tahu la camner. :(

ader jugak kebaikan aku sesat. aku boleh tahu kampung yang aku tak pernah nak ambil tahu. duk lalu lalang jer, tak pernah rasa nak ambil tahu nama kampung. selama nie, kalau orang tanya aku separa confident jawab, "yer, saya kenal kampung tue." walaupun sebenarnyer hampehhh!

nanti bila korang kahwen, jangan kasi kawan korang makan 'langsat' sama macam kami rasa. panasss siottt! pelan kat kad tue, kasi jelas terang-terang.

bukan setakat sesat 2-3 buah rumah jer. dah tiga kampung terlajaknyerrr. mahunyer tak panas. dahla dengan motor. orang kasi pinjam kete, jual mahal. tue la padahnyer. bukannyer taknak terima, tapi mengenangkan jalan rumahnyer tak ku kenal. maka ku relakan diri ini berpanas sebentar. daripada menahan malu sebab asyik kena hon jerrr. *saja jer propaganda nie.*

sampai-sampai jer, majlis tak mula lagi. syukorrr. takder la aku terlepas detik akad itu. sebab tok kadi tak sampai lagi. maka bergambar la kami di luar rumah. nak masuk dalam? taj kder maknanyer. dah bersesak dengan kaum family yer nak tengok akad, aku pulak pergi menyelit sekali nak tengok? takder maknanyer nak tambahkan kesesakan tue. elok la kami dengar dari luar jer. bukannyer dengar pun lafaz akad. duk dengar vrooommm vrooommm kete lalu lalang jer. :(

nie la pasangannyer. comel n kiut kannn. :)

jadi camerawoman kejap. untuk simpanan peribadi okeihhh. bukan nak wat aper-aper pun, just kenangan. nanti-nanti aku tahu la nak gaya yang camner. *ader hati nak pilih gaya kahwen pulak.*

nie la kami bertiga. ambik barokah pengantin. :0 mana la tahu lepas nie turn aku pulak. ehhh!!! *lariks!*

ambil barokah kat pelamin pulak. pengantin tak bersanding lagi kat atas nie, tapi kami dah rasmie dulu. takper la, ader jugak pengantin pompuan kan.

time nie pengantin lelaki dah jenguk memandang pengantin pompuan duk huhahuha dengan kawan-kawan yer. yer la kooo, ader ker dah tiba time makan beradap, boleh lagi bergambo macam takder event penting lepas tue.

ader satu kisah yang macam aku agak kopius. sebenarnyer amalan nie adat ker aper? cer korang citer dengan aku sikit. amalan tok kadi tengok pengantin lelaki bagi hantaran utama ke pengantin pompuan. contoh macam cincin ker, gelang ker, aper-aper jer la.

sebab kat rumah kak siti nie, tok kadi tak tengok pun. lepas jer akad, terus kuor pergi bersantap. takder la nak cakap lelebih ker. sampaikan kakak pengantin lelaki pulak yang ingatkan pasangan, 'dah bagi belum gelang tangan?' time tue pengantin dah siap-siap bersalaman dengan orang yang tengok akad. kena duduk balik. tapi time tue memang tak ramai la yang menengok.  boleh la aku selit-selit. tue yang dapat ambik gambor tue.  kalau tak, jangan harap la.  potographer tue duk jeling kat aku. yer aku tahu kamera aku bukanyer dlsr macam ko. aku nie tak pro. sob sob sob uwaaa...

lain pulak dengan kenduri time kak imah. tok kadi siap sound lagi. 'tahu la dah halal, jangan sentuh lelama sangat. ader lagi kenduri lepas nie. sarung cincin jer.' tersipu malu pengantin itu dibuat tok imam. lepas seme selesai, baru la tok imam balik.

aku yang jakun pasal amalan nie ataupun aku malas nak ambil kisah. yer la, kalau pergi kenduri kat kampung aku nie, takdernyer aku nak datang awal semata-mata nak tengok akad. lepas makan, dapat goodies n terus blahhh. sekiannn...

buat siti n iffi,
selamat pengantin baru. selamat menempuh alam baru. semoga berkekalan ke akhir hayat. amiiinnn...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.