Pages

Tuesday, October 13, 2020

ingatkan sukaneka rupanya...

peristiwa yang memalukan. kahkahkah!!!

kaklong suruh anto dia pergi sukaneka sekolah yaa. ok, boleh jer anto. lagipun memang setiap jumaat and sabtu kalau takder keje, memang ambil anak dia and stay kat rumah. boleh jugak la buat peneman gaduh.

katanya nak pergi pukul 8. pukul 7 dah bangun and siap-siap gorengkan french fries. ialah... dah anaknya ramai. kalau ada yang menjual tak cukup rm 1 seorang. marila rajinkan diri and goreng makanan. bawa sekali air masak. takla rabak sangat dompet.

yaa yang perempuan belakang sekali and pegang bendera menghala ke bawah. amatla payah mengambil gambar. padahal mak sedara dia yang malu nak ambil. aku kan shy-shy person.

cantik kan? kecil-kecil dah pakai baju pengantin. aku? dah nak tua nie pun entah bila la boleh merasa. insya allah suatu hari nanti. :)

kami gerombolan yang memberi semangat untuk yaa. lepas jer yaa round sepadang, kuor dari barisan and stay dengan cikgu. padang pun nak kata besar, takla besar. nak kata kecil, tak kecil jugak. ambil masa dalam 10 minit jugakla nak round.

aku duk tunggu kat padang lagi bila budak-budak tadika nie dah kuor dari barisan and pergi kat guru masing-masing. lepas tue bersurai. kata ada sukaneka, nanti-nanti la kot cikgu-cikgu nie bersiap sedia nak mulakan. itu fikiran aku la.

sekali...

aku dengar makcik sebelah cakap, 'mana la anak aku nie? dah nak balik dah nie.' aku blur. bukan ke ada sukaneka lepas nie? tetapiii pengurus majlis pun dah balik sekali. pelik pulak bila jadi camnie. tanya kat adik. ko tahu dia jawab apa? nie bukan sukaneka, tapi majlis perarakan sempena merdeka. WHAT? kahkahkah!!! tue la. taknak tengok lagi tentatif majlis. padahal sebelum keluar dari rumah, dah jeling dah kertas tue atas meja makan. takder plak niat nak belek-belek. haha!!! kan dah malu sendiri. mujur aku tak cakap kat makcik tue, 'nantikan ada sukaneka, anak makcik tue pergi bersiap sedia kot.' kalau tak, konpem-konpem aku kena sedas jelingan berbisa.

budak perempuan yang menghuru-harakan pagiku tengah makan roti. cikgu bekalkan roti and air mineral untuk diaorang. ibu bapa yang datang kena bawa makanan sendiri. takkanlah cikgu kena sediakan jugak kot. kalau yang datang tue sorang dua, boleh la cikgu bagi. ni yang datang, macam kami, sebatalion. tak cukup dua periuk mee goreng.

lepas settle semua, kami singgah makan kat kedai. kedai yang kak long tunjuk sebab roti canai dia best. order sekali nasi minyak and nasi lemak. sedap jugak. boleh katakan semua sedap la kat sini. tue yang duk repeat order jer.

budak yang sedih sebab air yang diorder kena order berkali-kali. haha... dah ko minta air lain dari yang lain, bersabar banyak yer.


yang budak kecil nie pulak tak order apa-apa sebab nak makan french fries yang goreng pagi tue. terkebil-kebil dia tengok kita makan. mohler kita balik and hadap french fries depan tv pulak. boleh bergolek-golek dengan selesa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.