Pages

Tuesday, October 13, 2020

bila habis sem.

camniela jadinya bila dah habis sem. errr nie pun entry tertunggak. tuan empunya badan dah siap konvo and dapat kerja, entry baru nak up. haha...

nie namanya aktiviti menyeksa badan. kalau ko nak badan cekeding macam aku, mehla ikut aktiviti yang aku buat nie. kereta angah ada kat kuala lumpur. so dari terengganu, ambil bus. sampai sana, rehat dalam 2-3 jam terus gerak pergi johor. simpan-simpan barang, ronda-ronda kejap and straight balik terengganu. pandai tak?

tuan empunya barang. posing dulu di ex-kolej buat kenang-kenangan.

masa on the way balik. singgah rehat kat rnr mana entah. aku nie manala tahu jalan sangat. nak pergi one utama dari damansara utama pun minta nyawa okeyyy!!! padahal tak sampai 10 minit pun. pfffttt... ko mampu membaca time-time pepagi buta macam nie? mana la power spek tak up berganda-ganda. :( nie namanya aktiviti menyeksa mata. jangan amalkan okeyyy.

bekalan sepanjang perjalanan. kat terengganu takder dominos, maka marila kita bertamak-tamakkan dengannya. dominos, bila nak buka kat terengganu? banyak peluang nie. keching... keching... *bunyi duit syiling jatuh dalam tabung ayam.*

nie baru sikit barang. memang macam nie la kalau akhir sem. tak kira la tahun pertama ke, tahun terakhir ke, memang padat kereta. yang nie tahun terakhir, memang padat sesangat. cukup-cukup ruang nak sumbat badan jer dalam kereta. kalau kena tahan dengan polis tengah jalan pun, rasanya polis pun tak nampak aku terselit kat belakang.

mujur la aku sekolah dekat-dekat jer dengan rumah. satu negeri. so bolehlah time jumaat, sabtu bawa balik barang sikit-sikit. takderla sepadat nie. kalau tak, jenuh kena tahan telinga. bawa balik barang macam bawa balik barang untuk satu universiti.

gilir-gilir drive dengan adik. berapa kali entah berhenti rehat. yang nie second last rnr berhenti. sebenarnya rnr nie takder gerai jual makanan. just ada surau, toilet and parking. kalau siang maybe ada gerai-gerai yang beralih tempat kot. so takderla takut sangat. bila dah nampak banyak lori singgah, terus aku drive pergi rnr seterusnya.

jumpa jer terus tidur terbongkang. yang nie pun lori banyak jugak. ermmm rasanya memang rnr kalau tengah-tengah malam macam nie and bukan musim perayaan, memang banyak lori dari kereta kot. lepas subuh, terus gerak balik terengganu. tue pun adik yang drive. kalau aku drive, agaknya dalam pukul 8 baru gerak kot. *___*

bayangkan gerak dari johor pukul 9 malam and sampai terengganu pukul 1 petang. ermmm memang mencatat sejarah la time nie. boleh masuk book of record tak? ermmm, abaikan. tak penting pun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.