Pages

Sunday, October 11, 2020

tutorial goodies bag

haritu aku ada pung-pang-pung-pang kat twitter yang aku buat goodies bag untuk kenduri kahwen akak aku nanti. 

handmade coklat. lulus. suka suka. lepas nie senang la aku nak makan coklat. ermmm nak beli coklat kaler-kaler pulak.

apam polkadot. gagal. sebab bantat n penutup pengukus aku tak tutup dengan kain leklok. adik cakap dah sedap dah kuihnya tapi sebab telur tak kepuk kembang n tepung tak berapa sebati, maka jadi la untuk sehari jer apam tue bertahan. kalau buat betul cara dia, apam tue boleh bertahan 2-3 hari jugak la. kena cuba lagi nie. saper ada tips camner nak kasi apam tue bertahan lama n gebu rupanya. sila la kongsi dengan saya. :)

ehemmm... nie entry untuk masuk lif tekan sendiri yer. nak vangga diri sebab aku bakal jadi adik yang prihatin. haha. kitorang yang bawah-bawah n BELUM BERKAHWEN. eceh bab belum kawen ko capslock yer. ehem saper-saper yang nak masuk line, sila le meminang. :p

kami dah rancang nak kasi gula-gula kat budak-budak yang mai. so disebabkan itu n kami belum bergaji besar, maka kami telah menetapkan untuk membuat sendiri beg goodies. senang jer buatnya. aku guna kertas pembalut hadiah. sekeping tue boleh la dapat 15 keping. kecil jer size dia. jadik la tue. bukan nak letak banyak pun. just letak gula-gula 3 biji n sumi. tue jer.

nak tahu goodies bag yang aku buat nie, camner rupanya. camnie ha...
.
.
.


satu jer? haaaiiippp i buat banyak hokeyyy...
.
.
.


nie ha! tak jelas? meh aku zoom untuk korang.
.
.
.

dah puas hati, dah?

aku ambil tutorial dia dari sini. saper nak cuba tue, meh la cuba. bukan setakat boleh buat goodies bag. malah nak buat beg hadiah pun boleh. takder masalah. ikut kretiviti korang la nak buat apa pun. janji korang hepiii. kalau ikutkan tutorial tue, dia guna pembalut nasi minyak. so macam tak berapa nak nampak n memahami sangat. terpaksa la olah sendiri ayat tue kasi faham.

senang jer buat goodies bag nie. ikut step n taraaa siap. cuma tang melipat tue jerla aku duk merungut macam hape jer. lepas geram kat twitter then lepas geram kat adik aku pulak. sebab dia balik u awal n biarkan aku buat sensorang. haha... :P n aku dah list kan kat dia siap-siap nanti dia cuti, kena buat apa. sharing is caring, maaa.

sakit tangan ok nak melipat kasi comel. kalau kita tak lipat leklok, jadi la tak berdiri tegak macam aku buat tue. memang tak boleh berdiri langsung. tegak jer, rebah. tegak jer, rebah. kenapa? sebab lipatan kat bawah tak sama. hehe...

lagi satu, bila buat goodies bag nie, kena gam betul-betul. kalau budget lebih, guna la gam uhud or saletip yang double sided tue. kalau guna yang tue, konpem melekat jer kertas tue dengan leklok. tak payah dah nak fikir, nanti kang dia tercabut ke hape ke. kalau guna gam lain, memang kena lekat betul-betul. kena pastikan jugak gam nie betul-betul kering, baru la boleh buat step seterusnya. kalau gam tak melekat betul-betul, korang kena buat 2,3 kali kerja yang sama. macam aku. lepas gam, nak lipat sisi. tetiba gam yang tadi tertanggal, kena gam balik. aiyark! dah la gam tue kena berhati-hati, nak tunggu kering pulak satu hal. ambil masa kan.

tapi yang bestnya korang boleh vangga diri bila dah last-last step. bila buat penutup n letak reben. time tue, kalau korang nak sorak satu dunia habaq korang buat handmade goodies bag, sila la kanlah. clap!!! clap!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.