Pages

Saturday, October 10, 2020

biskut susu unta?


saper tahu benda alah kat atas nie apa? yang tahu, sila angkat tangan tinggi-tinggi kasi saya nampak. hantu jerangkung? panggg!!!  nie sejenis makanan, hokeiii... ada gaya macam hantu berbungkus tak? kalau aku rotate gambar tue, konpem korang kata hantu. yer la. ada dua bijik mata, yang bawah tue mulut masam. :)

nak tahu apadia? nie ha jawapan nya...
.
.
.
nie la...
.
.
.
ianya adalah SUSU UNTA. 

jangan tanya aku susu unta tue camner? sebab yang aku dapat nie pun dah dijadikan coklat. kakak aku yang wat balik time raya baru nie. aku nie jakun sikit kalau bab makanan nie. yang pelik sikit jer, konpem aku tak makan. setakat hidu jer bolehhh, nak telan dek tekak nie, rasa macam terlekat apa jer.

ko nak tengok aku makan lidah kerabu. nehiii babuji nehiii. 1st time makan kerabu lidah tue pun sebab kakak aku kata ianya kerabu perut. aku ngappp n tetiba lembut semacam jer. aku-pandang-dia, dia-pandang-aku. last-last adik laki aku bagitahu, tue kerabu lidah. memang muntahhh balik la jawabnyer. selepas itu, memang aku tak makan kerabu yang dia beli even kerabu perut. aku HANYA makan kerabu bila aku beli sajorkkk!!! orang lain beli? sila makan sendiri, jangan paksa aku perabih. tapi yang nie lain...

situasi 1 :
kakngah : makan la coklat nie. coklat susu unta nie. bagus untuk kesihatan. aku just ambil-pandang jerrr, n then letak balik. tak makan pun.
aku : nanti-nanti la.

situasi 2 :
adik laki : kakda tak makan ker coklat nie? adik nak la. time tue ader 2-3 ketul jer coklat. yang lain dah dirembat dek anak sedara n ader yang belum bukak dari plastik besar.
aku : tak mboh. makan la kalau nak.
adik pompuan : sedap la, kakda. rugi tak makan. aku just pandang jerrr n sambung tengok tv balik.

situasi 3:
aku yang kelaparan-tahap-giga duk selongkar dapur tapi jumpa biskut raya n coklat susu unta jer. nasi takder sebab time nie dah pukul 10 malam. bila adik beradik berkumpul memang takkan nampak nasi dah time nie. ko lapar, sila la berkunjung ke mana-mana gerai sebab diorang takkan masak untuk ko selain dari ko masak sendiri. aku memang tak laaa nak masak time macam nie. biskut raya? aku yang empunya buat dah bermulut-mulut makan time mengadun, nak aku makan lagi? memang tak laaa. nak pandang pun dah tak larat.

last choice, coklat susu unta. letak-ambil-pandang-letak-ambil-pandang. itu la yang aku wat berkali-kali. nak makan, tak payah laaa. kang lapar, camner? dah la takder stok megi nie. ader pun megi goreng jer. takkan nak menggoreng malam-malam nie. pikir punya pikir... last-last...
.
.
.

aku makan jugak COKLAT SUSU UNTA tue. clap... clap... clap... mencuba sesuatu dengan niat tak nak bangun tengah malam sebab lapar. =.=

okkk, ia memang sedappp. rasa macam menyesal jugak la tak rasa awal-awal. bila dah berpenghujung makanan nie, mula berebut n mula la rasa semua benda sedap even serbuk biskut raya. hehehehe...

coklat nie memang manis, tapi takde la semanis cadbury. manis masa mula-mula masuk mulut jer n yang lain tue macam kenyal-kenyal nak kunyah. macam kunyah marshmellow. yang hanya letak marshmallow kasi larut dalam hot chocolate, try kunyah itu marshmallow. memang ohsemmm ko. aku pun tahu masa kawan aku bagitahu. -.-

isi dia bukan hanya susu semata-mata. ader jugak kacang pistachio, kalau tak salah aku. kacang lain pun ader jugak. aku nie kan bangsa yang hanya reti makan, tapi tak tahu nama.

kakak aku cakap ramuan coklat nie hanya susu unta semata-mata, no added flaver lain kecuali kekacang. sebab tue aku tak makan masa mula-mula kakak aku kasi sebab aku tak pernah rasa susu unta tue camner.
lagipun aku ader lelah, so memang aku beringat la setiap kali nak rasa makanan baru.

jangan tanya aku camner susu unta yang cair tue boleh  jadi coklat sebijik sebab aku memang takder jawapan dia. =.= tanya kakak aku sama macam tunggu buah tak gugur. asyik jawab, 'ko google la kat tenet.', kak, kalau aku paham apa yang pakcik google tue cakap, tak payah tanya ko.

sesiapa yang nak try coklat nie, korang boleh beli kat kedai kat IKEA. jangan tanya kedai yang mana sebab aku sendiri dah luper. hehehe... =.=


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.