Pages

Sunday, October 11, 2020

bosan

bored.... bosan.... bosan.... bored...

itu la yang aku rasa sejak aku menganggur nie. xsampai seminggu pun lagi, tapi dah rasa macam berminggu-minggu. camner la dengan orang dah berbulan-bulan tak jumpa dengan keje kan? ooo kerja. datang la kepadaku. ku rindu kepadamu. lalalala... lalalala... dah hantor resume, minta-minta la dapat. amiiinnn... :)

rutin aku hehari...

6 pagi - bangun pagi. dah terbiasa dengan time keje. nak tidor balik, macam tak tertido jer. so bangun wat sarapan. ehm... ehm... aku dah rajin untuk menyarapankan diriku. haha. :D no more roti + jem. now nasi goreng @ mee goreng or apa-apa jer. nak buat nasi lemak. tapi takder daun pandan. :( esok, adik sampai kan? aku nak kerah dia pergi kedai la.

then kemas rumah. pukul 12, kuorkan lauk dari esbok. fikir nak masak apa. ting!!! ting!!! lauk lauk!!! kalau abang wat balik lauk, moh ler kita kembalikan semula ikan + seafood ke dalam esbok kembali. haha... tak boleh tunjuk rajin sesangat, nanti dia minta aku masak hehari. fengsannn...

petang. kalau rajin, aku wat makan petang. tapi aku memang merajinkan diri dah sekarang. dah cuba resepi yang kak izan kasi. kek pisang. tapi tak menjadi. takper, kita usaha lagi. pfffttt rasa macam nak duduk kat dapur jer.

acik : ko masak apa pulak kali nie?
aku : kek pisang. nanti acik rasa yer. pergi beli abc sat.
acik : tunggu kek tue mnjadi sat. nanti kang rugi jer acik beli.
aku : acik, meh la rasa. dah masak dah nie.
acik : apa nie, dik? keras semacam jer. kalau baling ke kambing pun, kambing tak nak, dik.
aku : ...
acik : no abc this evening.

kenapa? sebab tak letak ovalette. ovalette nie untuk melembutkan kek. kek yang aku buat memang naik n menjadi sebenarnya. tapi tak lembut macam kat kedai. yer mampat sesangat. tanya mak saudara kenapa jadi camnie. katanya sebab tak letak ovalette. a'a la. aku letak soda jer. ovalette tak letak. :( takder stok kat rumah. takper, nanti-nanti aku kasikan stok bebanyak kat rumah.

sekarang nie dah jejak blog korang n tak tahu nak buat aper dah. buka tv, tengok seminit, dua, boleh la, lelama tv yang tengok aku. tak pun tv tue berdondang sayang tanpa peminat. buka tv kuat-kuat then masuk bilik layan tenet. :)) main tenet 2-3 minit, jenguk balik tv. tv-tenet-tv-tenet. last-last tutup dua-dua. hehe...

tenet pun sama jugak. nak layan korea. tapi kat mana yer? maaduu? dah khatam, beb. youtube? ada citer best, tapi tak upload pulak kat youtube. last-last biar jer terbuka lappy tue dengan lagu. semua lagu aku dah layan sekarang nie. indon, malay, english etc etc... semuanya la aku layan. main klik jer video tue. best tak best, belakang kira.

xtvt baru : jenguk blog korang n feeling sensorang. kah kah kah!!! tue la gaya #foreveralone. feeling kahwen la, feeling prepare kahwen la. jenguk hantaran, berangan nak hantaran camnie la, camtue la.

ok. my bexday 26061986. konpem la umor aku 26 tahun nie kan? boleh tak nak request, nak kahwen bulan 6 tahun nie? macam berkenan jer dengan nombor 6 tue. haha... mahu kena pelangkung aku camnie. takder pakwe, nak gedix kahwen. ko nak kahwen dengan saper, ha?


adik dah tanya ovelette tue camner. minta dia tolong belikan. ehmmm ada gaya jadi jugak nak buat apam polkadot. orang lain dah berkurun buat, aku baru nak menry. mekap ajer aku tak try lagi time bosan sebab aku memang tak suka mekap. =( nanti-nanti aku timbulkan minat untuk mekap pulak.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.