Pages

Tuesday, October 13, 2020

susu kambing


semua dah tahu kan aku ada lelah? sekarang nie duk consume ubat sedut turbohaler. takderlah pergi sedut kat klinik or hospital lagi dah. cuma appoinment dengan doctor every 6 months jerlah sekarang nie. rasanya dalam umor 21 or 22 tahun camtuelah baru aku start lelah. orang kata, kalau lelah dari baby, senang nak sembuh. kalau lelah masa tua or remaja, chances nak sembuh amat tipis. so, aku trylah banyak ubat. pernah minum minyak habatus sauda, pil habatus sauda. banyak lagilah yang aku try. tapi yang paling elok untuk badan aku memang minyak habatus sauda. bila minum, lelah berkurang and senang nak buat aktiviti. makna aktiviti disini bukanlah panjat gunung ke, terjun bertali ke. nope! nope!!! bukan aktiviti tue ye. aktiviti biasa-biasa je. bolehlah nak berjalan non-stop tanpa semput dalam 15 minit. bolehlah nak berendam dalam laut untuk 30 minit tanpa rasa nak naik berehat ala-ala summer tepi pantai aloha.

yang latest, aku try minum susu kambing. beli dengan nadia. sebotol macam kat atas tue, rm 6. bolehlah. lagipun kalau susu kambing fresh nie aku tak tau nak beli kat mana. tanya nadia and dia kata kawan dia ada jual. trylah dulu sebotol. tengok camne reaksi dengan badan. kalau ok, bolehlah suruh nadia beli lagi. yang aku beli dengan nadia, dia sebiji la macam yang dalam gambar atas tue. letak dalam botol air mineral je. yang dalam gambar tue, ehsan encik-google-hansem, bukan yang aku minum. tapi cenggitulah rupa botol yang aku beli.

pergh!!! menusuk-nusuk baunya. nak telan susu nie, amatlah men-tocher tekak. amat-amatlah tak sedap. terbayang-bayang kambing berlegar-legar kat kawasan rumah time tue. nampak tak perumpamaan aku kasi semata-mata nak tunjuk betapa tak sedapnya susu kambing nie? kahkahkah!!! macamlah kambing selalu depan rumah aku nie sampai aku boleh imagine bau dia amat-amat busuk sekali.

sebotol tue aku minum dekat 10 kali. sekali minum secawan dolu-dolu, bukannya guna mug zaman sekarang. kalau diukur dengan mug zaman sekarang, adalah kot suku mug. nak boleh ke telan, tahan nafas aku. satu jer nasihat aku kalau korang nak try minum susu kambing fresh nie. jangan simpan dalam peti ais lebih dari 3 hari. macam aku, simpan adalah kot dalam seminggu. bila nak minum, dia mengeluarkan gas macam ko goncang-goncang air bergas then buka penutup dia. alaaa macam zaman budak-budak dulu. eh, ke aku jer yang selalu buat macam tue? goncang-gocang botol then buka penutup menghala ke muka. bukan setakat air manis terlampau ko dapat, siap dengan effect udara sekali. sebenarnya bila dah jadi macam tue, susu kambing tue tak elok lagi untuk diminum. dah kurang zat dia. macam dah tak berkhasiatlah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.