Pages

Saturday, October 10, 2020

lunch ku ditaja

tajuk macam makan ditaja setahun jer. aku memang suka letak tajuk entah apa-apa entah. takder la, company aku ada buat makan tengahari. aku pekerja yang paling berdedikasi, kena la pergi. pekerja yang menganggap diri sendiri bos pun, aku jugakkk.

majlis kat paradise deluxe. saper yang duk terengganu tahu la tempat nie. saper yang tak tahu, google sendiri yer. aku pun tak berapa fasih sangat tempat dia kat mana. pergi sana berjemput berhantar, lagi laaa aku taknak ambil tahu jalan mana kena lalu. :p

 ini muka happy orang nak pergi makan free. :)

tahu tak my bos bagitahu perkara nie bila? 2 jam sebelum majlis. yesss 2JAM SEBELUM MAJLIS. aku dah kelam kelibut nak make-up la, itu la, ini la.

saper yang tahu aku nie keje apa n kat mana. konpem ko tahu camner aku pakai pergi keje. dengan baju tak gosok, tudung main rembat jer. selipar yang pergi jalan-jalan aku pakai. mana la tak gelabah aku haritue. nak tukar tudung lagi. saper pulak nak make-up aku nie. dahla barang make-up tak bawa. pikir pasal beg lagi. takkan nak masuk majlis pakai beg sekolah kot. takkan nak pakai selipar mydin tue? nampak tak kerongsang juntai aku pakai tue? aku pinjam dengan opismate. kahhh kahhh!!!

sebenarnya aku plan nak jumpa dengan my old friend kat bandar. selama nie duk ym, message, call jer. takder nya nak jumpa nie. raya pun aku tak beraya rumah dia. macam jauh sangat la marang-manir tue. anggap jer la plan kami nak jumpa nie, campur dengan raya sekali.

last-last bos bagitahu kena pergi makan. aku dah terngangaaa kat situ. camner nie? takkan nak cancel pulak plan nie. dah la dia naik bas pergi belajar ahad. aku pulak nak pergi KL-johor hantar adik aku belajar, jumaat. jadinya masa yang ada hanyalah rabu n khamis jer. call kawan aku n dia bagitahu dia pun tak pasti boleh kuor ke tak sebab kena tengok time adik dia. motor rosak n adik dia kena hantar. legaaa...

lagipun petang-petang macam nie, kat terengganu selalunya hujan. aku kan naik motor. tak nak la aku redah hujan tue. kalau ada tempat berteduh pun, macam tak berteduh jer. tempias hujan yang kena tue sama banyak dengan aku redah hujan. plan cancel n aku pergi makan. :) suka suka. saper yang tak suka makan free? ader kerrr?

muka orang makan dengan sepuas-puasnya. :p

yer la. orang lain dah siap makan, aku duk senduk lagi lauk dia. lauk dia beshhh. udang mentega dia paling beshhh. tapi satu jer la. aku nie kan jenis pemalas nak kopek kulit udang. jadi aku tengok jer dulu. last-last terliurrr, hambik ko!!! saki baki yang ada dalam pinggan tue, seme aku hambik. dengan daun kari sekali aku rembat.

kalau makan dengan cina, konpem ada ikan. tapi aku tengok jer ikan tue. sebab? aku pun tak tahu kenapa. :( my boss tanya, 'ko memang tak makan ikan ker?' aku senyum jer. tak makan? peti ais rumah aku penuh dengan hasil laut k. udang, sotong, segala jenis ikan ko boleh jumpa kat dalam tue. aku rasa la sikit ikan tue sebab orang kata, kalau tak makan ikan tue, kita tolak tuah. betul ke tak, aku tak tahu. =.=

dia hidang air teh cina. kawan aku tak berapa nak masuk. tapi akuuu lagi boleh tambah, aku tambah. lagi boleh minum , aku minum. sampaikan one of the person yang ader kat situ tegur, 'u memang suka teh cina yer?' aku? hanya mampu tersenyum. pakcik, saya bukan setakat suka teh cina. segala jenis teh saya suka.

my peel : teh kena panas, no sejuk. kalau ko buat air teh panas tapi tawar, aku teguk lajuuu jer. tapi kalau ko buat air teh sejuk tapi tawar, aku 'kureng' sikit. hehehe...

nampak tak dalam gambar tue ader sorang lagi. nampak kan? that's my boss. muda lagi. baru awal 30-an. tak konpem usia sebenar dia. tapi memang muda la n badan dia solid padahal anak dah tiga. rahsia? tanya dia, bukan aku. tanya aku dapat pelempang jer, rahsia tak dapat.

sehari selepas kejadian : person yang tegur aku pasal teh cina kasi aku teh cina original from chinese. '___' thanks, uncle. ada sesiapa nak jemput saya makan lagi?


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.