Pages

Sunday, October 11, 2020

resepi spageti

dah lama dah teringin nak buat spageti. tengok kat blog orang nie, post spageti goreng, blog orang tue plak, post spageti masak sardin, spageti masak blaaa blaaa blaaa.  dah macam-macam rupa spageti la nie. zaman dulu. rebus spageti, rebus sayur keras n panaskan prego. =.=

tapi yang aku nie pulak lain citernya. sebungkus spageti tue entah bila la nak terusik. dahla berzaman beli prego tue. time rajin wat pizza, laku la jugak prego tue.  la nie? jangan kata piza, tepung gandum pun tak terusik. sibuk kebenor den nie, ha! time-time nak tengah tahun nie, lagi la sibuk. hadap keje tak tengok kiri kanan dah. -.- sedar-sedar jer dah lunch. tetiba jer dah balik. cepat kan masa berlalu?

tertangguh jer aku nak buat spageti. kuor-masuk-kuor-masuk daging cincang dari esbok. last-last abang aku buatkan daging cincang goreng berkunyit makan dengan kicap + bawang + lada. hehehe... mantop seyyhhh. nak pergi beli barang yang lain, rasa malas pulak. ermmm biar jer la dulu. tengok la apa yang ada dalam esbok tue.

jumaat pagi, memang bangun awal sesangat awal. pukul 5.30 pagi dah terpacak kat dapur siapkan bahan nak masak. macam nak sahur pulak aku rasa. siapkan bahan awal-awal, macam la nak masak awal. start masak pukul 7 jugak. :[  punya la aku berazam nak makan spageti minggu nie jugak. orang lain sedap-sedap tidor, aku bertukang kat dapur. sensorang pulak tue. pandang kiri-kanan-kiri-kanan. cicak berbunyi pun aku dah pandang semacam.

resepi asal dari blog kak di. dia main masak campak-campak. aku lagi campak-campak. ramuan yang takder, aku tambah kan jugak. hehe...


nie la hasilnya. bertambah-tambah aku makan. syedappp... ada lagi stok spageti. minggu nie nak buat lagi la. tapi kali nie nak try yang paling simple pulak. just rebus spageti, masak kuah prego buta-buta + goreng keropok keping. ok tak cadangan nie? 

untuk resepi kali nie aku tambah ubi kentang. tak letak cili api. selalunya letak. tapi kali nie ada anak saudara sekali nak tumpang makan, maka tak letak la. nak pedas? saya letak beberapa sudu sos cili. pedas tak berapa nak pedas la jawabnya.

saya tukor daging kepada udang. ingat nak buat spageti hasil laut. tapi ada udang n sotong jer. sotong tak sedap letak dalam kuah spageti. jadi kita letak udang jer la. sodappp jugak. :) errr... tapikan apsal gambar tue kuah lagi banyak dari spageti. rasanya aku letak spageti lagi banyak dari kuah. ermmm abaikan jer la. :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.