Pages

Tuesday, October 13, 2020

kfc celebration bucket


my sis belanja kfc celebration bucket. ambil yang combo b. bolehla makan puas-puas. itupun ada lagi yang tapau makan kat rumah. mula-mula nak ambil yang sdn bhd. snack plate ke wrap solo ke. golek-gole web kfc, tengok yang nie harga dia lagi better dari yang sdn bhd, maka ambil yang nie. lagipun kitaorang nak rasa resepi baru. bolehla... sebelum pergi sila penuhkan perut masing-masing.

inila jadinya bila aku sorang jer makan ayam yang ditapau. tiga ketul ayam tue aku habiskan dalam masa seminggu. camne nak naik 3 kg seminggu kalau 3 ketul ayam pun ambil masa seminggu nak habis?
nak kasi kat anak sedara, tapi tak cukup korum. kalau kasi jugak, ada yang menangis tak berlagu. jadi biarla mak sedara yang berusaha nak naikkan berat badan nie perabih.

yang ayam wrap tue rasanya kesedapan dia bergantung kat tempat masing-masing kot. time aku pergi tak ramai tapi time tue dah nak dekat pukul 9, so makanan pun banyak yang on the way. bersabarla menunggu makanan tiba. air pun bukan perisa revive yang dapat. dapat pepsi. bila tanya, katanya dia ikut stok. kalau ada banyak pilihan, boleh pilih. haritue pergi, hanya pepsi jer ada. bolehla dari takder langsung.

sebelum nie kfc dah pernah adakan yang jenis wrap kan? ke mcd? aku pun tak pasti. tapi yang tue lagi sedap yang nie. kalau yang nie ayam dia tak berapa meresap sangat dengan kuah. tapi cendawan dia best. bila buka jer wrap dia tue, kami berebut cendawan. ayam dibiarkan tertogel tanpa diusik. bukan tak diusik, diusik jugak. tapi seketul pun cukupla.

balik rumah, hangatkan dalam microwave. kelar-kelar ayam and bakar. done! makan dengan nasi panas + sambal kicap. pun habis jugak nasi aku tanak.

aku terfikir yang pasal pekerja dia. sebenarnya diorang kerja berapa lama dalam satu shift? kalau nak buat ot, takkan la takder ganti-ganti or memang kerja dia tetap? kalau kena jadi cashier, jadila cashier sampai bila-bila, takleh jadi yang lap-lap meja?

pernah berimpian untuk try kerja nie sebab i dalam proses menganggur *ehem ehem, ada kerja kosong tak?*. tapi aku bukan penyabar orangnya. orang lambat hidang makanan pun, dah nak terbalik meja dibuatnya. niekan pulak kalau kerja penat-penat. berdiri lagi. memang mudah mengundang amukan aku. cancel jerla impian nie. kita try kerja lain pulak yer. doakan aku dapat kerja cepat-cepat. insya allah. amiiin... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.