Pages

Tuesday, October 13, 2020

mesin jahit mini

nie mesin jahit yang aku beli kat... di.... entah, aku luper. lama kebeno dah aku beli mesin nie. seingat aku usia dia nie dalam setahun lebih. masa adik pompuan aku baru-baru keje kat KL and aku verangan nak ada mesin jahit sendiri. suhada and verangan, mana boleh dipisahkan. betui dak? betuiii... clap... clap... clap... *tepuk tangan sekuat hati.*
masa nak beli mesin jahit nie, bukan main lagi aku verangan nak jahit baju sendiri, nak buat itu, nak buat ini. last-last hampeh. mesin ke mana, baju ke mana. eh, kejap... aku dah ada bagitahu korang ke pasal hal nie? ermm... ada kot. eh, takder rasanya. ermm takper. aku bagitahu balik kat korang. kalau aku pun dah malas nak scrool down labels tue, apatah lagi korang kan? takper, arinie i rajin. i bagitahu korang pasal mesin mini nie.

mesin yang aku beli bukanlah sebijik-sejibon macam gambar kat atas tue. tue ehsan pakcik-handsome-google. aku beli mesin mini yang sekecil itu jugak cuma jenama jer lain walaupun jenama lain tapi fungsi utama dia still lagi sama. yang membezakannya cuma kedudukan butang function je. aku nie jenis hangat-hangat tahi ayam. bila perasaan nak menjahit datang, bukan main laju lagi aku keluarkan mesin. bila perasaan tue dah hilang, berbulan la mesin tue bertapa dalam kotak. berhabuk-habuk dibuatnya. mesin nie boleh guna elektrik or bateri. kalau guna bateri, payah sikit nak jaga. bila taknak guna, kena keluarkan bateri dari tempat bateri. if not, akan keluar air bateri or dengan bahasa kampungnya, air ion. air nie akan berkumpul kat tempat letak bateri and mesin takkan mampu bertahan lebih lama kalau situasi nie terjadi.

aku taknak bagitahu kesenangan bila korang guna mesin nie sebab aku rasa semua orang dah tahu. senang dibawa, ringan, alat-alat dia pun tak banyak. sekarang nie, nak cerita pasal kesusahan yang akan bakal korang alami. be prepared ye. janganlah pulak bila aku cakap mesin nie susah, korang terus taknak beli. noo!!! mesin nie korang boleh anggap sebagai satu cabaran sebelum beli mesin yang sebenar-benarnya.

problem paling utama, mesin nie ada tempoh guaranti. ada yang bagi setahun, ada yang bagi 2 tahun. pandai-pandailah korang kuarantin dengan penjual berapa lama tempoh guaranti. kebiasaannya, guaranti nie hanya boleh dapat dengan tempat yang kita beli mesin jahit mini. kalau macam aku, beli dengan groupon. groupon dah bagitau awal-awal camne nak buat kalau ada kerosakan. memang kena prepare mental and fizikal menghadapi semua benda nie. kalau ada kerosakan kecil pun dia minta kita pos mesin nie balik. for me, daripada menghadap pos ofis yang banyak kerenah and queue yang terlampau panjang, its better cari jalan penyelesaian sendiri. sendiri buat salah, sendiri tanggung. lebih kurang macam tuelah konsep dia. boleh jer kalau nak bawa mesin jahit mini nie ke mana-mana kedai baiki mesin jahit. masa keje kat kampung china dulu, ada satu kedai auntie nie, dia jual and baiki mesin jahit. kalau nak tengok mesin jahit yang lama-lama and still boleh digunakan, datanglah ke kedai auntie nie. luper nama kedai dia tapi dia sederet dengan tokong cina. dia jahit baju melayu pun guna mesin jahit lama. untuk mini mesin nie, dia sarankan aku guna slow-slow. jangan desak mesin tue. contohnya guna 2 jam, bagi dia rest 30 minit. jangan kasi mesin tue pindah-pindah tangan. biasalah kalau dah benda baru, ringan and senang dibawa, ramai lah yang nak mencuba.



sekarang nie, nak bagitahu apa yang aku pelajari sepanjang guna mesin nie. mesin nie takder tempat letak sekoci, dia cuma ada bobbin. *tengok gambar atas.* sekoci tempat letak bobbin. bentuk bobbin bulat and ada banyak lubang kat sekeliling dia.  kalau guna sekoci, bobbin lagi elok terletak. mesin mini takder sekoci pun dah okey. elok jer terletak, takder longgar-longgar.

point penting bila jahitan tak kemas. kalau jahitan kain yang bawah tak kemas or benang dia longgar, kena tengok benang yang atas. adjust benang dia, biar sedang-sedang jer. tak terlalu ketat or longgar. kalau jahitan kain atas yang tak kemas, maknanya bobbin yang ada problem. benang di bobbin tak boleh terlalu longgar or berkumpul di satu tempat sahaja. benang tue kena sekata @ rata kedudukan dia.

second problem, jahitan angin. aku rasa korang tak pernah alami masalah nie. aku jer yang alami. pfffttt... gelabah tak hengat. jahitan angin nie, benang dia dah okey, takder longgar-longgar tapi still tak lekat kat kain. boleh tarik benang kat kain macam tue jer, use your jari. tue maknanya ko tak turunkan piece. piece tue alat untuk kasi kain tak gerak-gerak bila menjahit. kalau tak turunkan piece, sampai ke sudah duk menjahit angin.

latest problem adalah benang atas and bawah tak bercantum. masa mula-mula nak start jahit, benang atas and bawah kena bercantum. kena pusing handroll tue sampai jarum tarik benang bawah and gabungkan sekali dengan benang atas. kalau dah lama pusing handroll tapi benang still tak bercantum, tue bermakna benang di bobbin ada problem. sama ada benang tue sikit or longgar. make sure benang di bobbin banyak. jangan putar benang untuk letak di bobbin guna tangan, kena guna thread core iaitu alatan untuk letak benang di bobbin. 
selalunya aku tak check pun sama ada benang bawah bercantum or tak. haha!!! orang yang over confident memang macam nie. sekali kau, hambik!!! kain tak bercantum. kena check satu persatu.

sebenarnya semua masalah nie boleh disettlekan. jangan risau, cuma perlu effort sahaja. kalau tak nak fikir panjang, pergi youtube and search mesin jahit mini. aku selalu tengok youtube. sebab youtube lah aku terjebak sekali membeli mesin mini nie. kahkahkah!!! salahkan youtube, jangan salahkan nafsu drakula aku. cuma kena ulang banyak-banyak kali and buka volume seluas alam. kebanyakan video dalam bahasa inggeris, sikit sangat dalam melayu. kalau korang rajin, silalah upload video korang guna mesin jahit mini. lebih elok lagi kalau korang upload sekali problem yang korang dah alami and solution dia. 

apsal aku minta korang and bukan aku yang upload? sebab aku takder kamera canggih-manggih macam korang. aku guna handphone cap ayam hanya boleh mesej and call jer. ataupun dengan kata yang lebih tepat lagi, vitamin M banyak sangat dalam diri nie. apsaal lah aku suka sangat vitamin nie. ada sape-sape yang nak? aku kasi free jer.


yang nie angah yang beli, bukan aku. tapi dah tersadai kat atas almari sebab takder sape yang tahu guna. bukan main lagi aku tengok tukang jual tue dapat jahit baju yang koyak. entah kenapa bila angah aku try kat rumah, tak boleh. ermmm... biar jerlah. nanti-nanti kang kalau aku rajin, aku cari kat youtube pasal mesin nie. kalau aku rajinlah. kalau ok... kalau...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.