Pages

Sunday, October 11, 2020

lappy hilang?

semalam telah terjadi satu peristiwa yang mana aku rasa jantung dah teralih dengan jayanya. :(

memang dah jadi satu habit, balik keje mesti nak on lappy. tak kira la time tue hujan ker, panas ker, ataupun tergesa-gesa nak pergi toilet ker, memang akan on lappy dulu then baru la buat keje lain. kalau guruh petir, memang aku tak on la, yer.

tapi semalam, balik jer tengok katil kosong. kosong sekosong-kosongnya. aik? aku pelik. macam ada yang kurang jer. memang katil aku tak pernah kosong. akan ada jugak benda alah kat atas katil tue even sebiji buku or sehelai baju.

ohooo aku dah tahu. lappy aku. ok. mari kita berfikiran positif. maybe abang aku pinjam. aku tahu yer memang tak pandai guna tapi mana la tahu kot-kot yer nak main game n kawan dia dah ajar dia. sebab dia memang berkawan dengan orang yang pandai bab lappy nie. aku pun pernah ajar dia main game kat lappy nie.

aku buka tv kekuat sebab dia ada dalam bilik n aku malas nak ketuk pintu bagai. aku ingatkan dengan buka kuat volume tv tue, dia akan tersedar n kuor dari bilik then bagitahu lappy ada dengan dia. sekali nan ado. tunggu lagi. n tunggu lagi. 5 minit aku tunggu, tak kuor-kuor jugak mamat nie. apa kehal pulak dah? nak kasi aku hangin ke hapa. 

lappy tue dah ibarat macam nyawa aku tue. pen-release-tensen aku tue. sehari mengadap nombor, konpem la aku cari benda alah lain nak elakkan pinaran mata menengok nombor 7 jam kan.

then ketuk pintu n tanya dia. ko tahu dia jawab hape? TAK TAHU! ahaaa memang dah zappp tersentap hatiku. bila aku bagitahu lappy aku takder atas katil, mula la dia menggelabah sama dengan aku. katanya aku pergi letak tempat lain la, itu la, ini la. aku ingat la aku letak mana barang aku.

cuma dua tempat jer yang terlintas kat fikiran aku. black area. rumah jiran aku. memang betul-betul black area. ko hilang barang, pergi la tanya tempat nie. memang akan jumpa. pesen jiran aku agaknya. kalau berkenan tue, terus cop jadi hakmilik.

abang aku pergi tanya 1st jiran, anaknya yang ada. n abang aku bagitahu, anak dia tak tahu pasal lappy nie. oh demmm. lagi la aku tersentap. saper la pulak yang buat bang bang boom kat aku nie. mujur la terlintas kat hati aku nak balik awal. dibuatnya aku merayap pergi mana-mana, dah petang senja baru balik. lagi la aku menggelabah tak hengat.

dah macam-macam ada dalam fikiran aku. itu bukan lappy aku. itu lappy adik aku. just jadi hak milik aku sebab adik aku memang tak guna kalau dia takder keje. camner aku nak bagitahu dia. dengan awal bulannya lagi. lagi la menggelabah haku nie. gaji bulan lepas dah habis, gaji bulan nie pulak lambat lagi. mahu la jugak aku meroyan sebelum habaq kat adik. nak cover balik lappy tue bukannya murah, mahu tak makan aku dua bulan jawabnya.

mata masa tue memang dah start merah. abang pergi pulak tanya 2nd jiran. jiran tue tak nak bukak pintu. alasan : dia duk buat keje. nanti-nanti la dia bukak. abang aku slow talk lagi n lagi dan lagi. aku malas nak ambik tahu, aku biar jer abang aku berurusan dengan dia.

aku memang dah blur. blur se-blurnya. menengok ajer tv tue, tak tahu apa yang ditengoknya. memang serabut gila fikiran. last-last abang aku panggil n bagi lappy. syukorrr... rupanya 2nd jiran ambik. aku tak tahu la sama ada dia ambik,  pinjam or ada niat lain. aku tak tahu la nak kata apa kalau dia tak nak kasi balik lappy tue.

so sad kan bila jiran buat kita camtue. :( kita harapkan dia jaga rumah, sekali barang rumah kita di'jaga'nya. dan aku pun memang takkan tinggalkan lappy tue lagi kat rumah. tak nak kisah nie berulang lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.