Pages

Saturday, October 10, 2020

keje ku


nampak tak apa yang kat atas tue? nombor kan? kalkulator kan? ia... itu la kerja saya. bermain dengan nombor. memang dari masuk keje, sampai la balik, duk mengadap nombor jer kejenyer. mengantuk pun, hadap lagi nombor. lelap sebentar? sila la lelap dengan nombor. nak hadap orang lain? tunggu time rehat. time tue la ko nak gosip ker, nak gelak kuat-kuat ker, nak buat apa ker. lantak ko la. time keje, sila mengadap nombor yang tak berkesudahan tue yer. :p

baru jer keje sini sebulan setengah. macam-macam kerenah la yang aku jumpa. ada yang macam 'a', ada yang macam 'b'. biasa la bila company mempunyai pekerja ramai nie, memang banyak ler ragam yang aku jumpa everyday. aku pulak kena duk terperap jer kat dalam bilik ofis tue, maka lagi la banyak kerenah yang aku boleh dengar bila diorang datang bilik aku.

yes, my bilik is alone. tak kaco sesiapa. sebelah Human Resource, tapi bilik tue gaya macam takder orang jer. sebab Human Resource memang bizi teramat-amat bizi bila akhir tahun nie. haip!!! i pun busy tau. i busy mengular dengan nombor. kah kah kah!!! pang! 

ada banyak version yang aku dengar pasal company nie. ader yang kata nak tutup la, ada yang kata hampir bankrup la. kalau aku sebut nama company nie, konpem satu malaysia tahu betapa gahnya company nie. tapi takper la, aku nie kan kira baik hati jugak. maka tak jadi la aku bagitahu yer. pandai-pandai korang la terjah aku nanti. n sesiapa yang dah tahu aku keje kat mana tue, sila la behave yer. shhh sudah.

keje sini tak tensen tapi penat badan. mana taknya, aku la pembuka company n aku la penutup company. hehe... bukan aku nie pembuka n penutup company pun sebenarnya, tapi disebabkan peraturan macam tue, maka terpaksa la aku ikut. kalau ikutkan minda + badan aku, memang takder maknanya aku nak menunggu. kalau boleh, lepas keje aku settle, dah nak pecut sebab nak rest kat rumah. penat wooo mengadap nombor tak henti. sampaikan mata aku nie dah berpinar-pinar kuor nombor jer. orang lain kuor bintang, aku kuor nombor. mengigau pun dengan nombor. hehe...

sekarang nie kan keje susah nak dapat. lagipun aku nie bukannya pandai macam korang semua. pointer pun cukup makan jer. jadi apa yang ada depan mata n cara kerja ok, aku ngap jer. =) jangan mudah mengalah n terus mencuba.

so, pada semua yang masih belajar, aku doakan korang semua berjaya dalam apa yang korang tempuhi n jangan mudah mengalah. apa yang korang belajar selama nie mungkin tak sama dengan apa yang korang akan tempuhi time keje nanti. cuba adopt persekitaran tue dengan gaya hidup korang k.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.