Pages

Saturday, October 10, 2020

terengganu menang bola sepak

peringatan utama sebelum korang baca entry nie. ini bukan pasal bola. percaya la ini bukan pasal bola. percaya la! tahu la lawan bola haritue, terengganu menang. eh nak selingan la kejap dengan bola. hahahaha!!! dah berkurun tajuk nie, ko baru nak kuarkan? baru ingat daaa...

gambar ehsan pakcik google.

saya tengok masa piala itu diarak menuju ke dataran shah bandar n stadium. saya tengok siapa yang ada disana. saya tengok siapa yang mengarak piala itu. saya tengok pemain bola terengganu diarak. saya tengok orang besar bola sepak terengganu mengarak piala itu. tapi sayang, saya tak ambil gambar sebab time tue tengah kecoh kat rumah n jalan jem.

saya tak tahu itu adalah perarakan piala. dan yang paling sadisss, saya tak bawa handphone or kamera. =( saya tak tahu nama pemain itu, dan adik saya dengan sabar menerangkan kepada saya walau dengan suara macam nak cari gaduh. hehe...

ok, done with bola. back to our topic. :)

sebenarnya nak cakap pasal dialek terengganu vs kelantan. saper sini yang kahwen dengan orang kelantan, or kakak or abang ipar adalah orang kelantan, sila la bagi respon entry aku nie. aku nak tahu apa yang korang akan kata pasal isu yang aku bangkit nie.

pernah tak korang dengar dialek diorang sebelum n selepas kahwen? ini bukannya nak kondem sesiapa. just nak tanya n nak bagitahu pendapat aku jer..l

kisah 1 :
kakak aku kahwen dengan orang kelantan. aku kan orang terengganu, so mesti la cakap guna dialek terengganu. apakesnya orang terengganu tapi cakap guna dialek perak. sebelum kahwen, akak aku guna dialek terengganu. selepas kahwen, guna dialek kelantan. bila balik terengganu, still guna dialek kelantan n buat kitorang rasa yang dia dah lupakan terengganu.

ahakzzz... kejam kan kami adik-beradik. :) hanya kerana dialek, dah kena bad impression by us. ok, takper, dimaafkan lagi. maybe sebab dah lama tak balik terengganu. tapi yang kami heran tue,
ko bayangkan, bayangkan yang kiter duduk di bumi terengganu nie lagi lama dari bumi kelantan, tapi kenapa dialek kelantan yang diingati n bukannya dialek terengganu.

alasan : dah duk lama sana. nanti balik terengganu, tukor la dialek tue.
kenyataan : ko dah balik terengganu pun still guna dialek kelantan, apakes? bangga sangat ker boleh kahwen dengan orang kelantan? 


kisah  2 :
sepupu kahwen dengan orang terengganu. dia orang johor. dialek still sama. sepupu aku tue pompuan. isteri guna dialek johor. laki guna dialek terengganu. bila dua-dua dah bercakap, boleh wat kami gelak. macam ayam-itik bercakap. kekadang tue diorang gaduh-gaduh-manja guna dialek memasing pun, kami tak rasa macam dia gaduh. kami rasa macam dia usik-usik-manja jer. boleh gelak lagi lepas gaduh-gaduh-manja tue. yang magicnya, dua-dua paham jer apa yang diorang kata. takder gaduh-gaduh pun pasal penggunaan dialek nie. takder nak paksa kena guna dialek negeri tersebut bila balik raya.


nak tahu detail lagi? ok, aku kasitahu. kakak aku kahwen dengan laki dia tue dah 4 tahun, tapi sepupu aku tue kahwen dah 7 tahun. banyakkan perbezaan disitu.

ko agak-agak kan apa moral dua kisah kat atas nie. aku pun tak tahu apa moralnya. :p tapi aku perasan satu perkara. ianya berkaitan dengan diri kita. kalau kita nak, maka kita akan ambil. kalau kita tak nak, orang offer macamana hebat pun, kita akan tolak jugak. lastly, tepuk dada tanya la selera. eh betul la pepatah nie kan? ke pepatah nie, tepuk dada tanya iman memasing.

p/s : aku bukannya nak kondemkan sesiapa. aku just bagi pendapat. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.