Pages

Friday, October 9, 2020

ain bertunang

memang musim kahwin + tunang kan time macam nie. cuti sekolah la katakan. ambil kesempatan berjumpa kaum kerabat + eratkan lagi hubungan yang sedia kala tererat. betul la ko. cuba imagine kalau wat kenduri time orang keje, confirm alasan utama tak hadir majlis sebab kejeee. takkanla ko sanggup ponteng keje semata-mata nak hadir kenduri tue? yer dop? betulkan?

sepupu aku pun ambil kesempatan nie untuk bertunang. aishhh... baru 22 tahun, ko dah pikir nak tunang, ain? aku tuo dari ko pun tak termampu nak pikir bab nie. mampu verangan sajork! =(

layan gambaq jer nooo... ceq dah takder idea nak tulih nie. *lap air mata* padahal sentap dengan pertanyaan orang time kenduri.

soklan popular, "dah kahwin @ tunang dah kawan ko nie. ko bila lagi? takkan takder calon kot? kata blaja tinggi."
aku : ... *___*
nak jer aku jawab, "makcik, kalau dah orang tak suka, blah jer la. takkan nak pergi terhegeh-hegeh tayang muka kat dia. takkan la belajar tinggi semata-mata nak cari pakwe. kenapa makcik ader anak teruna nak kenen dengan saya ker?" tetapiii kata-kata itu hanya mampu terlafaz dalam hati jer tanpa diucapkan di bibir. =(

 sepupu ku yang dah bertukor status. selamat menjejak alam baru.

ooo luper pulak. ader citer nak kongsi dengan korang seme. hakhakhak... :p

sepupu aku nie jenis mudah gelabah. time macam nie la, gelabah yer tue kuor aura. sebenarnyer yang kena iring sepupu aku nie pergi sarung cincin aderlah aku, tapi disebabkan satu peristiwa nie, maka aku cancelkan diriku menjadi pengapit. kang tak pasal, aku yang terlebih gelabah. aku pulak yang pergi hulur jari, mahunyer esok aku bangun takder jari. tak ke naya tue.

sebelum majlis, dah pesan awal kat dia. hilangkan gelabah tue dengan minum air, selawat banyak-banyak. start dari aku jenguk yer kat bilik sampai la her mum bagitahu yang pihak laki dah sampai, yer punyer gelabah memang dah lain macam. aku pulak yang naik gerun + seram dengan kegelabah dia tue.

siap mundar-mandir kat bilik tue. kalau boleh wat lompat bintang, agaknyer dah lama dah yer wat. mujur bilik cukup-cukup muat untuk kami anak-anak dara berborak. mak-mak dara sila jenguk dapur n pastikan nasi + lauk cukup untuk kami bersantap nanti. hehehe...

rupa pengantin-gelabah n pengapit-tak-jadi. *___*

nak hilangkan stress yer tue, aku citer la something-something. tak kisah la tajuk aper, asalkan citerrr. bla bla blaaa... citer punyer citer. senyum lepas tue gelak. tak gelabah lagi time tue. maksedara masuk n kasitahu dah habis berbincang n kena kuor untuk mak laki nak sarung cincin tunang. time tuuu kooo dah start dah gelabah yer. =p *kena tolak-tolak-paksa-paksa baru la kuor*

nan hadooo la aku teman yer. lebih baik la aku pergi cari makan kat dapur. kang nanti kang ader jer yang hulur tangan nak sarung cincin. last-last mak sdara teman. masa nak kuor tue, siap mak dia sound lagi, "ko nak tunang taknak nie? orang dah lama dah tue tunggu. kang aku suruh diorang balik!" *huyooo!!! mak dia memang brutal.*

bila aku pikir-pikir balik, macam mana la aku nanti? aderkah aku akan gelabah macam sepupu aku or TERlebih gelabah? aku taknak gelabah. sooo aku belajar dari orang-orang yang dah bertunang. *macam la bila ko tunang nanti, segala ajaran tue ko ingat!* =p

 pasangan yang dah selamat bertukor title.

time nie...

mak pompuan : ain, nak tak ambil gambar dengan korie?
ain : taknak la. malu... *aisehhh. ko malu ain?*
mak pompuan : betul nie taknak? yer dah siap makan. nanti dah nak balik melaka.
ain : ...
mak sedara : panggil jer. budak-budak nie malu tak bertempat. *aku n kakak dia dah start gelak dah. ain cover malu lagi.*
ain : tak payah la. *masih dalam mood malu-malu kucing.*
mak pompuan : kalau ko tak nak bergambar takper. nanti mak kasitahu jer ko dah gelabah tadi sampai tak jadi sarung cincin. *ugut baik punyerrr.*
ain paksa + suka setuju jerrr nak bergambor. :p

kami kat situ dah gelak sakan. bila korie datang n pandang kami semacam, kami tahan gelak jer. 
takper ain, rahsiamu rahsiaku jua. takkan ku pecah kat sesiapa. kat blog jer aku kasitahu. sebab aku tahu, orang kampung memang tak tahu blog aku wujud. even ko pun tak tahu kan, ain?

sepatutnya gambor pelamin nie letak masa awal entry, tapi macam biasa la aku ni. tapi yang sebenarmya, aku jelesss... =(((

apsal pelamin nie macam cantik jer dimataku? ker mata aku nie memang kemaruk nak kahwen. *ader pulak pergi salahkan mata?* *call acik cakap nak kahwen n minta yer carikan calon.* kesan : menahan bebelan dari acik. bla bla blaaa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.