Pages

Sunday, October 11, 2020

air berkualiti

korang ader cek tak kandungan klorin dalam air paip kat rumah? camner nak cek. buka jer mata dari tidor, terus pergi bilik air n pulas air paip. bila pulas pili, ada kuor air karat. ha! tue maknanya air tue tak sihat. eh. tak sihat? ada ker? tak sihat tue aku guna untuk aku la. senang sikit nak bagitahu anak saudara. semuanya dah guna bahasa advance, padahal baru umor 4 tahun. perghhh!!! membara jer hati aku nie dengar diorang cakap adik beradik. aku pulak terpinga-pinga. apa la yang korang borak nie, mak saudara sepatah haram tak paham. :(

apatah lagi bila korang ader anak saudara yang nakal hamat-hamat nakal. boleh buat aku darah tinggi mudo-mudo nie. mudo lagi ker? ehemmm... selagi tak kahwen, dianggap muda yer. siapa ada calon, sila tampil ke depan.

biasa la. dah namanya budak-budak, selagi tak explore segala benda kat dapur tue. bukan anak saudara aku namanya. haritue aku sok-sek-sok-sek kat twitter yang aku practise buat apam polkadot untuk kenduri kahwen akak aku bulan 6 nie. bulan 6 tapi praktisnya sekarang? yer kawan-kawan. senang nak adjust resepi. hehe...

tapi bila ko buat dengan manusia yang namanya budak-budak memang tak boleh blah la. ko adun, dia sibuk nak adun. ko letak gandum, dia pun nak letak jugak. last-last ambik la ko buat semuanya. aku jadi mandur sudah. dan hasilnya... amatla mengecewakan. lembik n tak mampat kat kertas cawan tue. mula la orang nie menyalahkan orang nie, hak nie menyalahkan hak tue. last-last, diorang salahkan aku. katanya tangan aku nie tak berseni. masak sardin pun fail. hoi dah apa kaitan sardin dengan apam nie? =.=

eh. terlajak jauh dah nie. back to topic, pleaseee... :)


ada la minah nie mari rumah aku, bagi salam n terus masuk. gaya pakaian macam pembanci rumah jer. otak aku dah fikir, 'apa pulak yang dia nak tanya nie. aku mana ada minta bantuan apa-apa. takkan la kaji selidik lagi.' area rumah aku memang selalu kena kaji selidik. pfffttt. kampung sebelah takder pulak ko nak kaji.

dia : akak, minta air segelas, boleh?

aku pergi dapur n kasi air peti. dia dah gelak-gelak tengok aku. aku dah blur. kata nak air. aku dah kasi, apsal pulak ko boleh gelak-gelak.

dia : akak, saya nak air paip la.

habaq la awal-awal ko nak air paip. aku nie suka buat conclusion sendiri. dahla petang-petang kat sini panas jer memanjang. nampak pulak muka ko penat + berpeluh. lagi la akal aku kuat mengatakan ko nak ayaq minum. tapikan  camner aku boleh selamba jer bagi dia masuk dalam rumah aku. dahla time tue, aku sensorang kat ruang tamu. abang aku dah tidor, memang takder gaya nak bangun la. kalau bom meletup pun, belum tentu lagi dia terkejut.

yer test air paip guna ubat apa entah. titik dalam air n kacau. kalau air tue kuning pekat, maka tinggi la klorin. dan hasilnya, rumah saya air berklorin tinggi. tapi nasib ader filter. kalau tak, memang konpem berjam-jam ceramahnya. tapi air berfilter nie pun saya guna untuk masak nasi, rebus air n letak dalam masakan jer. dan saya tunggu adik saya balik baru la filter tue dicuci. kalau tak, memang saya tak sentuh langsung.

ehemmm kena ubah tabiat nie. kena cuci filter tue every 3 months. kena gunakan air berfilter jer la lepas nie. tapi air berfilter kecil jer kan aliran air dia. lambat nak menunggu penuh. jenuh aku.

to adik or sesiapa yang nak buat tinjauan. sila la introduce dulu dari mana n nk buat apa. takder la tuan rumah terkujat depan pintu. nie tak, terus terjah air paip. terkejut den. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.