Pages

Sunday, October 11, 2020

motor merajuk

tak sangka aku motor pun pandai mengajuk jugak. =.= aku ingatkan mereka yang bergelar manusia jer pandai mengajuk. rupanya motor pun pandai jugak. dahlah motor nie bila mengajuk, lain sikit cara dia. boleh wat aku malu kooo! hangin jer hariku.

di suatu pagi yang hening...
akak : ko nak kakngah hantor ker?
aku : tak payah la. naik motor jer la.

selepas beberapa ketika...
aku : kakngah, kat mana?
akak : rumah la. tengah tidor nie.
aku : ambik da kejap. kat traffic light nie. motor mati. :(
akak : ok...

yer kengkawan, tue la situasi aku. motor mati ditengah-tengah jalan dikala orang ramai berpusu-pusu nak kejar traffic light hijau, dikala mereka berkejar-kejaran nak kejar punch card. tapi aku tergesa-gesa menolak motor ke tepi jalan. termengah-mengah mencuba start motor tue kembali. :( memang takder harapanla motor tue nak hidup balik.

sebenarnya sehari sebelum kejadian, dah terjadi kejadian yang sama. tapi alasannya, ada spare part yang longgar. so just betulkan yang tue. done! boleh guna balik. hepi! tetapi kali nie memang teruk sesangat. aku luper nak servis motor tue n tukor minyak hitam. aiyark! adik aku dah pesan awal-awal. kalau tak nak servis, just tukor minyak hitam pun dah kira ok. aku tak buat semua tue. servis tak buat, tukor minyak hitam pun tak buat. :( apa yang aku buat? isi minyak sampai penuh. kahkahkah... panggg!!! lain yang orang minta, lain yang aku buat.

maka tersadai la motor tue kat rumah sebelum dipos ke adik. yer adik ku yang akan membaikinya. aku? kang aku hantor pergi kedai, mahunya kena 'kencing' dengan tuan kedai. dah banyak kali dah kena macam tue. :(( upahnya melampau. aku perempuan, maka ko boleh ambik upah sesuka hati? macam tue ker? kalau makcik-makcik yang hantor, ko kira camner pulak? up 25% dari aku punya harga ker? pfffttt...

btw, thanx kepada mereka yang telah menolong perempuan berhelmet pink di traffic light tadi. iya saya memakai helmet pink. motif? senang pemandu lain nak nampak saya.

kali nie rosak. adik aku dah warning, 'kakda jangan sekali-kali hantor motor pergi kedai. pos ke adik jer. adik baiki sendiri.' baik adikku yang terchenta, akak mu nie pos jer motor tue.

tapi lepas siap beki, kena pergi hantor ke johor pulak motor tue. adik nak guna untuk settle fyp dia. takper la, sampai bulan 7 jer dia guna. hehe... lepas tue, aku konker balik itu motor.

maka kembali la aku ke rutin yang lama. pergi keje dengan bas. menapak la aku ke stesen bas. dengan lemah gemalainya aku kejar bas every morning n petang. bukan takder bas selepas tue, ader. tapi aku tak nak tunggu lagi setengah jam. ada baiknya la aku relax yang setengah jam tue kat rumah. tenangkan minda + badan, esok nak pergi keje lagi. peace...


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.