Pages

Tuesday, October 13, 2020

late dinner di secret resepi

sempena besday adik yang keberapa entah, dia minta belanja secret resepi. yang sebenarnya nak menghabiskan free kupon sebab beli kek sebiji sempena adik kawen.
time beli kek tue, sempena hari ibu. dapatla free kupon. walaupun cuma nasi goreng or spageti kosong. tak perla. bolehla kongsi. lagipun makan berdua, banyak mana la sangat makannya.
secubit sorang pun dah kenyang.

saper pernah try dia punya karipap? sedap kan? aku pun teringat-ingat nak beli lagi. tunggu gaji hujung bulan nie. nie namanya ayat standard kalau nak pi makan secret resepi. *angkat-angkat kening* hoiii mahal kebeno. nasi sepinggan sama dengan tiga hari aku punya standard belanja. tak per. sekali sekala. nie pulak ayat penyedap hati.


masa sambut bexday haritu, ambil lamb pie and durian cake. durian dia maveles sesangat. terasa-rasa macam makan seulas durian. takderla bau mana, tapi rasa dia memang kena jer ngan tekak aku nie ha.
entah bila ntah, makanan kat sini takder yang tak kena dengan tekak zirafah aku nie. semuanya masuk dek tekak la. kek black forest yang berlambak-lambak jual kat kedai biasa tue pun sedap bila makan kat sini. kalau ambil kek yang pelik-pelik lagila sedap. yer dop?


gambar nie bukan ulangan gambar di atas. harap maklum. gambar nie sebenarnya nak tunjuk couple yang kat dalam. kalau perasan, yang baju merah tue. haha... nak busybody tak berapa nak vogue memang macam nie. ambil gambar badan sahaja. punah harapan nak jadi paparazi. reject nak ganti abang rambut ketak-ketak.

couple tue parking double. bunyi hon dah bingit tapi dia rilek jer makan. macam takder apa-apa. kitorang yang kat luar dah berapa kali dah jenguk, intai-intai saperla punya kete nie. maybe dia parking situ tapi kedai nak dituju 2,3 buah dari secret resepi. tetiba mamat tue bangun and alih kereta. ternganga kitorang tengok. dengan takder perasaannya, masuk dalam and sambung makan. *____* bang, janganla macam nie bang. terbantut hasrat kami nak bergosip hangat-hangat ayam nie.

nasi goreng free. okla nasi dia. ada sate dua cucuk. sepatutnya sate tue makan sekali dengan nasi tapi sebab tekak melayu asli terlebih, maka makan nasi dulu baru makan sate. memang out rasanya bila makan macam tue sebab takder kuah kacang. haha. kalau makan sekali dengan nasi, maybe ok kot.

peneman sejati. my mak saudara. makan durian cake. memang mebeles. teringat-ingat lagi dia punya rasa and texture. air? jangan tanya aku. aku pun tak tau dia ambil air apa. tapi yang jenis coklat-coklat la. and confirm manis. mujur i bawa air masak dalam beg. bolehla tambah buat penghilang manis.

pembayar yang buat action ala-ala makan. walaupun sebenarnya tak sedut pun air tue. action jer lebih. air apa? aku pun tak tau air apa aku ambil. tengok gambar dan nampak sedap, terus order. main tunjuk jer. pandai-pandai ko la waiter nak letak nama apa. yang penting, aku dapat air tue sebijik-sebijun macam dalam menu.

niela air bexday girl. air nie ala-ala lemon + sprite. tak manis sangat and tak masam sangat. kalau sakit tekak and teringin nak minum ais. bolehla kot order yang nie. lagi best kalau ko order sekali dengan pie lamb black pepper. kalau tak silapla nama pie nie. memang combination terbaik. pedas lada hitam lawan dengan manis ala-ala madu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.