Pages

Sunday, October 11, 2020

ubi keledek

ada sebuah van nie. dia jual ubi bakar + aku selalu lalu kat sebelah van nie time aku rehat. yer la time rehat satu jam dikala panas mentari terik tue la aku redah bandar tue. pergi pejabat pos, pergi bayor bil, pergi beli barang dapur. memang aku utilise betul-betul satu jam. time balik? aku kejar bas hokey! dahla semenjak-dua-menjak nie, bas macam dah dengki dengan aku jer. asyik nak gerak awal jer. terpaksa la aku lari-lari anak time balik keje pergi stesen bas. bukan setakat lari-lari anak lagi dah, kalau boleh lari laju, aku pun nak lari laju-laju.

pernah sekali tue aku naik bas kat traffic light. mujur lampu merah.

kenapa tak tunggu bas yang lain? alahaiii berjanggut la aku kat stesen bas. bas hanya akan bergerak every one hour. takder maknanya aku nak menunggu nie. ada baiknya aku lepaskan lelah kat dalam bas dari lepaskan lelah kat bangku stesen bas. ko ingat bangku tue empuk macam tilam kat bilik ker? kematu den kat situ. :(

bila lalu kat van nie, bau dia menusuk-nusuk hidung aku. saper yang pernah bau kek tengah masak dalam oven? haa! camtue la bau dia. sedap kan... nak stop beli tapi tak pernah nampak melayu yang beli. selalunya chinese yang beratur nak beli. aku pun dah confuse, nak berhenti ke tak payah. kang aku pergi tanya halal ke tak kan, ada yang meroyan kat pakcik tue, kalau dia cakap tak halal. ermmm... memang tak pernah stop. jeling jer. ambik bau pun jadi la.

sampai la satu ketika... dikala ketensenan menghadap nombor yang tak pernah surut-surut. lepas satu case, datang pulak case lain. tak siap lagi case yang atas meja, datang pulak yang baru. message dengan kawan aku. dia lagi terer bab jalan kat bandar, n kedai mana masakan sedap berbanding dengan aku.

katanya ubi bakar tue halal tapi mahal ya hamattt... sekilo rm 1.80. mahal? yer tak, ko ckin... rm 1.80 sekilo ko kata mahal. itu murah la, dey. takper. kita tengok tang mana yang mahal tue. sekali pergi sana... 100g rm 1.80 la, dear. memang patut la ko kata mahal, ckin. :(


bayangkan aku beli 3 ketul ubi yang sebesar tapak tangan aku nie, dah rm 4. fuhhh terketar tangan nak kuorkan duit. tapak tangan aku pulak bukannya tapak tangan kaum dewasa, tapak tangan kaum kanak-kanak rebina tak cukup makan. :(

nie isi dia. ambik berkat mahal itu. :p

ada sesapa terliur? telan air liur sendiri la jawabnya. =)

tapi kooo memang sedap ubi nie. ketul yang pertama, memang aku buang kulit. yang kedua n ketiga, takder maknanya aku buang, makan dengan kulit. tak terasa itu kulit di kala kunyahan. rasa makan isi sesaja. syiokkk...

cuba buat sendiri. panggang atas kuali non stick tapi hampehhh... bakar tue memang bakar tapi kenapa tak manis macam pakcik nie buat? dia letak gula @ madu ker?

p/s : dikala entry nie di-up-kan, tekak aku masih lagi terasa kemanisan + kesedapan ubi nie. dah terbayang dimata kekuningan ubi nie. saper nak belanja ubi nie untuk i? 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.