Pages

Saturday, November 26, 2011

ditag. =)

buka jer blog, dapat notify 'anda ditag' dah ader. hehe... dah lama tak jenguk blog, tak jenguk emel, tak jenguk rumah korang. takper. sekarang lappy i dah kembali ke tuan dia. maka mari la kiter settle tag nie dulu, then baru kita buat yang lain. :)

1. you must post these rules.
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the question that tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tagged and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" "YOU ARE LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged 11 people.

[okeh, first rule dah siap. seterusnya...]


11 things about myself;

1. the fifth in the family. tapi apsal aku rasa macam anak solong jer nie. -.-
2. tak boleh takder family. time konvo, mak tak masuk dalam dewan pun boleh nangis. bukannya pergi mana pun, mak tunggu luar dewan, nak oiii...
3. budak teknik, ambil awam tapi apsal sekarang nie terlajak jauh kebenor ha? awam dengan akaun sama ka? sama tang 'A' ja.
4. lagu? errr...
5. hijau. nanti wedding i kaler hitam. kah kah kah!!! pang!!! *terdiam n masuk bilik*
6. penggelabah sepanjang masa. lebih-lebih lagi time present n interview.
7. hobi saya menggeledah lappy n mencari ruang untuk buka tenet time keje. oiii cctv depan mata oiii!!!
8. tak mesra alam. memang tak mesra langsung. =(
9. saya dipaksa minum susu every pagi. uiii... memang tak tertelan ko. ini adalah adegan wajib di waktu pagi, adegan paksa memaksa. =.=
10. 1st impression itu penting.
11. errr... inspirasi? entah... lalalala


[2nd rule. dah siap. okeh]

next tag:

1. last thing u do before closing your eyes
# rangka perkara nak wat kat opis untuk esok hari.

2. 3 benda yang mesti dibawa ke mana- mana
# handphone + inhaler + duit

3. what will u do when u realize that u are being pranked?
# gelak tapi dalam hatiii, sumpah seranah.

4. nombor paling disukai dan mengapakah

# nombor 8. entah.



5. a song that represent yourself

# errr... kejap nak google lagu best.

6. telefon atau tv?
# tv. tepon? tepon tak canggih + tenet hamat slow. baik tengok tv.

7. the most precious moment that hardly to let go
# kenangan with my mum

8. list of things that u like
# cheese cake. ader sesiapa nak masak untuk saya? saya memang bantat bila buat.

9. perkara yang tidak disukai
# jangan usha apa yang saya taip.

10. what do u think about me?
# awakkk ok. :)

11. doa yang selalu anda amalkan
# ayat kursi + 3 qul.

nexttt!

1. cmna kamu leh knal ngan saya?
# through blog.

2. sya nih sorang yg cmna ek?
# ok.

3. korang more prefer pe?twitter?fb or blog?why?
# errr mana-mana jer la. asalkan boleh dapat jenguk kamu.

4.BF/GF Vs KAWAN BAIK mne kamu nk selamatkan dulu??
# tengok situation. saper nak saya tolong, angkat tangan sekarang.

5. ada sesiapa x yg bertakhta di hati kamu skrg?
# dia dah kahwen. lelaki-lelaki, sila tampil di depan saya. =)

6.kenangan apa yg membuatkan hmpa lama btoi bru leh lupa?
# my Secret Admire time sekolah rendah. everything about him.

7. 3 perkara yang menggambarkan korang?
# gelabah + complicated + susah nak senyum

8.nama timangan yg agak2 org lain x tahu?
# sama jer aih orang lain panggil kita. takder beza pun.

9. spa artis yang korang fall in love sgt3..
# *urut dagu fikir jawapan*

10. kalau tengah marah apa yang korang buat?
# diam, nangis, tidooor...

11. sepatah dua kata tuk syahirah osman?
# selamat berkenalan. :)
[okeh. dah pon. yeeehaaa]

soalan2 saya plak;

1. what do you know about me?
errr... *baca balik entry lelama*

2. impian sebenar dalam hidup?
be a good person.

3. dalam keluarga, siapa yang paling rapat dengan anda?
semua. :)

4. a song that really meaningful to you?
*godek youtube*

5. sweetest memory in your life?
kenangan with mum.

6. laptop or tv. choose one + why?
laptop. sebab tv rumah nie zaman berkurun dulu.

7. lagu nasyid yang plg anda suka?
semua. lirik dia bermakna.

8. benda plg berharga dlm hidup?
jam.

9. klau sedih, apa yang anda akan buat.?
diam + tidor

10. 5 things yang melabelkan diri anda?
gelabah + sukar senyum + complicated + suka kurung diri dalam bilik + menyanyi sensorang

11. what do you think about my blog ? :p?
nice... :)

jangan marah aku andainya korang patah balik ke owner tag nie n nampak ada persamaan antara kami. hehe. aku cilok sikit jawapan dia. ooohooo... dia minta saya tag 11 orang kan? tapi rasanya saya tak nak tag sesiapa sebab saya tak tahu nak kasi soklan camner kat korang semua. sooo maknanya tag ini tak berangkai. harap maklum. :') peace no war. (-.-)v

Thursday, October 20, 2011

FM foto free!


 saper nak join GA nie boleh klik sini. due date 30hb Okt nie.


Tuesday, October 11, 2011

~ ichikami ~


nie shampoo. kahhh macam la orang lain tak boleh nak detect. panggg nak? dapat nie as free sample from freebies tapi under aper, jangan ditanya, aku luper.

yer bagi sekali dengan conditioner. tapi aku tak guna lagi cox rambut aku nie style sensitive. memang amat takut untuk apply benda yang aku tak pasti.

sebelum nie guna head n shoulder. ok. kelemumur hilang even tak semua. tapi hilang la jugak dari aku duk garu time panas amat tue. cuaca yang amat panas nie memang agak menensenkan bagi aku. lebih-lebih lagi bagi orang yang pakai tudung everyday pergi keje. nak bagi rambut tue ber-udara pun kena tunggu time rehat. tapi kalau rehat la timenya ko nak wat seme benda, memang takder rehat la rambut ko. kusam jer kulit kepala aku nie ha! so memang nak kena cari shampoo yang seswai dengan kulit kepala. 

sebelum nie aku pakai entah jenama apa entah. memang teruk kepala aku. ooo yer. aku tak suka potong rambut kat kedai sebab nanti diorang akan suggest untuk cuci kepala n pakai shampoo diorang. aku jenis malas nak berkira so aku on apa-apa jer. bila dah balik rumah, mula la aku merungut tak henti. that's my usual habit.  adik n kakak aku memang dah lali dengan habit yang nie. diorang dah malas nak layan, dengar jer la aku membebel tak hengat dunia nie. =.=

shampoo nie tak try lagi. ader kat bilik air tue. hujung minggu nie baru nak me-nry. bukannyer aper. kalau ader apa-apa perubahan kat rambut aku nie, boleh la aku membebel ikut ym kat adik aku. takder la ganggu masa dia nak menidor. ok, ini adalah amalan yang seharusnya korang tak ikut. jangan membebel pada orang yang tak sepatutnya. -.-

kalau ikut penerangan yang aku dapat dari sample dia tue. seswai la dengan aku punyer condition rambut n kulit kepala. dia boleh repair balik condition rambut tue kasi stabil. aku luper ramuan dia sebab semuanya dalam japan. masa nak baca ramuan dia tue, aku siap skype lagi dengan member yang belajar bahasa jepun. ate aku nie belajar mandarin tak lepas, camner nak masyukkk bahasa lain?
dia ader jugak bagi translation kat kertas, tapi aku lagi pueh hati bila kawan aku translate. padahal aku saja nak gedik dengan kawan aku. saja la nak tunjuk yang aku dapat produk dari japan. =.=

lagipun ramuan dari japan nie biasanya menggunakan nature product. so disebabkan itu, aku nak me-nry. mana la tahu kot-kot menjadi dengan kulit kepala aku yang terlebih sensitive nie. =.= saper yang pernah try produk nie, sila la bagitahu aku camner yer. boleh la kita kongsi-kongsi. :)


 

Monday, October 10, 2011

burberry body perfume


ooo 1st time dapat free perfume. sebelum nie ader jugak dapat free. tapi from my sis. bukannyer dari mana-mana. dia jer la yang rajin mengetest-membeli tapi tak pernah pakai untuk diri sendiri. bila beli jer konpem bagi kat orang lain. kalau tak aku, adik yang dapat. bila tanya apsal beli, kan dah ada berlambak kat almari tue. konpem dia jawab, 'angah try kat kedai tadi best bau dia. tapi perfume angah ada lagi. korang ambik jer la yang nie.' angah, kami suka jawapan tue. kalau ader, kami nak lagi yer. :")

angah aku memang giler perfume. bexday present, perfume. raya aidilfitri kasi perfume. nanti aku nak tengok raya haji nie dapat ke tidop. raya haji sebelum nie memang kami dapattt.

bau dia best. 1st try n terus terpikat. nak pakai banyak kali sehari pun terpikir. sebabnya sekali calit kat tangan, bau dia tue bertahan dari pagi aku pakai nak pergi keje sampai la aku balik. :) opismate pun tegur kata bau perfume aku wangi. nak kata kuat tak la kuat sangat. nak kata tak bau, bau jugak la bila aku ader. hehehe... =) sampaikan diorang tertunggu-tunggu aku masuk opis semata-mata nak ambil bau perfume.

bau dia pun boleh bagi inspiration tak nak kasi mengamuk + stress time keje. bila aku dah tak tahu nak wat keje camner, aku cium balik bau dia yang aku palit kat tangan. sampaikan one of the customer pernah tanya aku apsal aku selalu sangat wat-wat kesat peluh kat tangan. aku hanya mampu tersenyum jer. dalam hati, 'yer pakcik. saya memang suka buat macam nie. nak kawal stress saya sebab pakcik nie banyak cekadak sangat.'


Friday, September 30, 2011

thanks tune talk

thanx tune talk for this. hehehe... :)

percuma simcard. yeahhh boleh BIS. orang kata kalau BIS dengan tune talk lagi murah. betul ke idop, tak tahu la aku nyer. aku mana pernah guna BIS lagi. nie pun duk guna wifi streamyx. kalau la aku pergi keje jauh nanti, tak tahu la gaya aku malam-malqm. meroyan tenet kot. aku memang jenis tak boleh hidup tanpa tenet. dah cuba untuk 3 hari tanpa tenet. last-last aku merayap ke cc walaupun aku tak kenal orang kat dalam tue camner. kalau kat kampung nie, aku hanya akan pergi ke cc yang aku dah kenal owner dia jer.
yesss i admit. aku memang cerewet orangnya. :p

masa dapat simcard nie, poslaju yang hantor. aku dah blur. saper pulak yang kasi hadiah nie. dahla sekeping jer kertas kat dalam tue. posmen pulak luper nak ambil copy untuk dia. lagilaaa aku seram.
kang ader yang hantor macam-macam kat aku n aku nak mengadu camner. takder bukti. tak ker serammm tue.

dengan takut, aku n adik buka parcel tue. n tadaaa syukorrr i dapat simcard u, bukan benda pelik. :) kena beli handphone lagi satu nie. sekarang nie dah ada maxis + celcom. handphone apa yer yang seswai dengan tune talk nie? bb? samsung galaxy tab 10.1'? hahaha panggg!!! terkesima sebentar. sekarang bertambah lagi satu. minta-minta la kerajaan tak adakan tax untuk top-up. kalau tak, merana aku.

no untuk yang nie spesel. cox aku request n accepted. maknanya takder orang guna lagi nombor tue. tahu pasal free simcard nie pun, masa freebies warkan pasal hal nie. nak try jugak la. mana la tahu kot-kot ader yang tersimpang jauh ker. boleh la jugak mengetest freebies nie. n ianya tak menghampakan aku. :')

tapikan, camner nak top-up simcard nie. tak pernah pulak aku tengok kat terengganu nie ada yang jual top-up untuk tune talk. ker aku yang tak tahu? sekian, aku yang ketinggalan.


~ nescafe gold ~

dapat nie lagi. hehe... thanx nescafe

ok, aku bukannya peminat setia nescafe. kalau yang 3-in-1 pun, aku dah macam zombi bila minum. niekan pulak yang jenis original macam nie. lagilaaa aku tak boleh tidor malam. golek tengok citer pun, belum tentu lagi aku lelap. untuk sample nie, dia kasi 4 bungkus yang kecil tue. aku hanya mampu rasa satu jer, yang lagi tiga aku kasi kat mak saudara. :p

yang sebungkus aku minum tue pun dah bergelen air masak kena minum n tidor pukul 3-4 pagi, then pagi tue masuk keje pukul 9, memang takder makna la aku nak minum lagi tiga tue. baik la aku sedekah kat mak saudara aku, ader jugak pekdahnya. kalau time belajar dulu maybe ader la kegunaan nescafe nie. boleh stay-up study. tapi aku nie gaya stay-up last minute, maka selalu la kena ceramah free dek kawan-kawan. maka kawan aku telah mem-banned aku dari minum nescafe 3 hari sebelum paper.

style minum yang tak patut korang contohi. esok nak paper pagi n banyak lagi chapter tak cover, maka malam tue aku hentam nescafe panas. hehe... saper nak contohi boleh, tapi akibat yang belakang sila tanggung sendiri. =.=

yang nescafe gold nie beshhh. tak pahit sangat n gula dia tue 'sedang-sedang' jer letak. dia bau pahit tapi rasa manis. saper yang pernah minum air teh perisa karamel tahu la camner rasa dia. yang teh karamel nie pulak beza. ko bau pahit tapi sebenarnya manis. bila dah masuk mulut manis, bila ko kemam lama dalam mulut n hujung saki baki dalam cawan tue, ko boleh rasa dia punya pahit. macam rencah kehidupan pulak kan. -.-

nie la rupa teh karamel bagi sesiapa yang tak pernah tahu. sila la cari kat kedai bagi sesiapa yang nak try. :)

p/s : my acik tak minum teh karamel nie dengan gula. katanya karamel tue boleh dianggap sebagai gula. korang camner?


Thursday, September 29, 2011

thanks kotex


yang nie free sample form kotex. just register pung pang pung pang, maka dapat la yang nie. boleh la try camner rasanya. sesiapa yang belum pernah daftar lagi jadi member kotex nie, sila la berbuat sekarang. boleh dapat banyak info + hadiah menarik.

sebelum lanjutkan entry nie, peringatan untuk korang. entry nie untuk pompuan only. lelaki boleh nak baca, dendiam sudah lepas baca. jangan bising k.

aku memang pengguna tetap kotex. jenama lain, aku 'kureng' sikit. tak tahu la kenapa. fikiran aku kot. memang dari zaman dulu lagi, aku dah start kotex nie. kalau pakai jenama lain, mula la fikir lain + luar alam. :p  kakak aku ajar aku pakai benda alah nie pun, diajar dengan kotex.

dah try pakai banyak kali kotex pantiliner nie. tapi harinie pakai, esok tak, lusa pakai, tunggu minggu depan pulak. camtue la. memang takkan pakai hari-hari.

lepas jer baca blog kakdi, terus aku pakai sokmo. selama nie main pakai-tak-pakai-tak jer. bila kakdi bagitahu apa yang akan terjadi n apa yang kakdi bagitahu tue pernah terjadi kat aku, maka aku pakai sentiasa. takut okeiii. dah tua nie la baru teringat, zaman anak dara dulu takdernya aku nak beringat. errr... peringatan : aku belum kahwen tapi mak saudara aku dah sibuk suruh kahwen. =.=

seronok pulak bila dah pakai nie. macam teruja nak tahu apa yang akan terjadi. dia ada banyak pilihan perasa. nak yang original ada, nak green tea ada. macam-macam ada. macam astro pulak kan? tapi aku minat dengan green tea dari kotex. setakat nie yang aku jumpa, jenama lain ada yang original jer. ke ada tapi aku tak tahu?

mula-mula tue memang macam tak berapa nak ok sikit. ada macam gatal la, itu la, tak selesa la, ini la. lama-lama pakai macam best pulak. kalau tak pakai se hari, mesti rasa lain. tak percaya? korang try la sendiri. baru tahu 'feel' tue camner.

sekarang nie pun kotex ader wat promosi yang letak pantiliner dalam kotak. aku beli yang nie la. kotak dia pun lawa. murah pun murah. kalau aku rasa macam dah takder sangat kotak nak kasi present kawan, aku hentam kotak nie jer dulu.


 

Monday, September 26, 2011

nesvita 3-in-1


yang nie saya dapat sample from nestle. tahupun masa jenguk blog ifa. yer dapat free sample, aku pun apalagi. nak mencuba. mana la tahu kot-kot ader rezki aku, boleh percuma nesvita nie. :) yer, ader rezki aku. syukorrr... balik jer dari KL-johor hantar adik aku belajar. bertimbun parcel sampai rumah. one of them is thisss... from nestle. (-.-)v  i loikeee...

memang suka nesvita. dari zaman duk hostel lagi. siap paksa ayah belikan kalau nak pergi lawat. ianya senang nak minum. just letak air panas, kacau n then siappp... tak payah dah nak pikir kena letak gula berapa sudu, kena tambah apa ker. kalau nak tambah susu tepung, sedap jugak. tapi bukan aku la orangnya. aku hanya minum susu tepung sajerrr. original punya tepung susu n nespray only, tak letak gula or apa-apa. :') brand lain tak boleh terima. tekak budak kecik kot.

tiga pek nie aku balun sendiri. tak kongsi dengan sesiapa pun. adik aku nak? sila berkunjung ke kedai yer, dik. :p jangan duk merengek kat sebelah aku.


lagumu laguku


saya dapat nie dari freebies @ thestar yang saya join entah bila. agak luper bilamana aku duk approve jer sapa-sapa yang request. saya memang suka join GA, contest or apa-apa jer lah yang boleh mengurangkan tensen saya nie. jangan bagi saya teka teki, saya memang merangkak nak jawab. huhu...

saya dapat emel, kata menang cd nie. serieslyyy saya memang tak tahu nadhira nie saper. main hentam jer masuk contest. tak kisah dah contest apa.

mula-mula yer kata boleh datang ambil sendiri. aku dah syokkk nak pergi kl nie. dah terbayang dah nak jenjalan, shopping, jumpa kawan. gosip-gosipan. sekaliii kakak aku kata, tak payah. biar dia jer pergi ambil. baik, kak. adikmu ini menurut perintah.

emel balik tanya, boleh tak kalau orang lain ambil behalf of me. yer jawab ok, just bagi nama n bila dia nak mari ambil. yer balas emel tak lebih dari 3 jam even aku emel dia lepas office hour. memang punctual la mamat nie. aku pulakkk... tergedik nak bagi nama. :p tanya kakak, bila boleh ambil. disuruhnya menunggu dulu. bila dah nak balik kampung nanti, singgah sana n terus balik. okkk, fine. rumah ko sekangkang kera jer dari opis mamat nie. aku tak reply emel tue. aku tunggu akak aku bagi kata putus. yer la. kang aku mereply, menunggu mamat nie. kata nak sampai, tak sampai jugak. berasap mamat nie, aku tak tanggung. =.=

last-last, kakak aku sampai rumah beraya tanpa aku membalas emel tersebut. maka tiada la cd tersebut untuk diberayakan. aku dah kuciwaaa n siap marah kakak aku lagi. kakak aku kata, terlupa nak kasitahu. lagipun jalan jemmm memanjang. kakak aku memang takkan jalan kaki nak pergi mana-mana. paling koman pun, dia akan suruh kawan dia hantarkan. nak naik teksi @ bas? agaknya tunggu kucing bertanduk kot. mentang-mentang dah ader kete, taknak langsung jalan kaki.-.-

aku ingatkan dah takder rezki cd nie. sekaliii lepas raya, yer hantor emel minta alamat n seangkatan dengannya nak pos. alahaiii kalau ku tahu boleh pos, dah lama aku kasi alamat, pakcik. aku baca syarat dia haritue, katanya kena ambil sendiri kat opis. ker mata aku dah rabun banyak? ehmmm... kena pergi wat spek nie. ader sesiapa nak sponsor? :")

lagu dia best. nak dengar? erk... tunggu aku rajin dulu yer. lambat bebenor tenet nie mendownload lagu.


Friday, September 23, 2011

pasta?

pasta? apa tue? saya nak masak pasta ker? saya nak ajar korang masak pasta ker? ker saya nak ajak korang makan pasta? hermmm... apa yeee. semuanya salah. hehehe... =.=

pasta nie tajuk filem korean. entah camner entah saya boleh terlajak tengok citer nie. terlajak? ko nak kaki ker, ko nak tangan, ha? saya bukan terlajak tengok tapi saya scroll list citer kat maaduu n saya terjumpa tajuk nie. rasa macam beshhh n tengok. saya dah pernah tengok citer taiwan yang tajuk dia pun pasta. citer taiwan tue pun besh. semua citer besh. apa yang tak best pun tak tahu la.

citer nie memang besh. nak saya review? tak payah laaa. korang pergi tengok sendiri citer dia. lagi feel. lagi terangkat. dengar citer dari orang, apa kelasss... peringatan : jangan cari kat youtube, citer nie takder kat sana. kat sana cuma ada ost jer. :)

 kenapa saya tengok citer nie? sebab laki nie. hehehe. tak jelas?
.
.
.

 dah jelas dah kan? :')

1st time tengok yer berlakon dalam coffee prince. tapi yer bukan hero citer tue, so tak alert mana dengan lakonan yer. scroll maaduu n pilih citer nie. eh? macam kenal jer hero nie. pikir punya pikiiir. ooo pelakon coffee prince. terus i jatuh heart sama ini laki. i heart u laaa. ader sesaper nak pinangkan dia untuk i? jangan layan sama ini anak dara, yer tengah mengenyam tak hengat dunia. =.=

kenapa i suka dia? sebab lakonan dia macam real. boleh 'feel' dia punya lakonan. bukan nak kutuk pelakon malaysia. saper kata diorang tak bagus. diorang pun bagus jugak. tapi aku agak-fanantik dengan citer korea. akan diusahakan sampai dapat citer tue. sampaikan acik aku pernah kata, 'ko tengok citer nie tetiap malam, ko nak kahwen dengan diorang ker?' acik, kalau adik boleh kahwen dengan diorang, dah lama dah adik pergi pinang. tak payah tengok movie dah. ada depan mata terus. *wink*

satu pengajaran untuk aku from this movie. jangan pikir semua lelaki sama dalam menunjukkan kasih sayang diorang. perangai lain, konpem cara diorang pun lain. ada yang romantik, ada yang tak terjangkau dek akal. 0.0 ko dapat boyfriend camnie, camnie la perangai dia. ko dapat boyfriend type c, type c la perangai dia.

masa mula tengok, memang aku asyik booo jer laki nie. apsal ko buat camnie, bukan ker sepatutnya ko buat camtue. :(  lama-lama usha, baru paham. -.- tak semua lelaki boleh lahirkan apa yang diorang rasa sama macam kita nak. pemahaman sama tapi cara menzahirkan itu yang berbeza.

kalau sekarang nie, ko duk pikir nak terima lamaran lelaki yang bagi bunga 144 kuntum roses + candle light dinner. rentikanlah pemikiran itu. nak pikir boleh, tapi jangan terlalu mengharap. takut nanti bila dah jatuh, tak boleh bangun. time tue lagi naya. takder sapa boleh tolong, diri sendiri tanggung. bukan kata tak boleh pikir langsung. bolehhh.  untuk berimpian itu boleh, untuk mencari lelaki yang 100% macam ko nak, pun bolehhh. tapi kalau ada apa-apa lepas nie, tanggung sendiri. jangan nak tuding jari kat sesiapa.

lagipun mana tahu cara lamaran laki kita nanti boleh buat kita senyum lebar time tua. citer kat anak-cucu dengan bangga. sampaikan anak-cucu pulak berangan nak laki macam kiter punyer. kenangan tue hanya sekali jer. hargailah ia. ewahhh, pesanan penaja dari aku.com. sekian.

#dearfuturehusband saya tunggu awak datang pinang. :) jangan tunggu lama, nanti dikebas orang.

Sunday, September 18, 2011

tq stabilo

tq stabilo for this!
.
.
.

 sample yang aku dapat. hehee... suka suka suka :)

 nie la contoh pen yang dapat tue. biru n hitam. dua-dua dah dicuba n very satisfied. ader lagi tak sample, stabilo? *wink*

dah dapat lama dah hadiah nie. tapi biasa la, kalau tuan empunya blog kepala dia macam agak-agak pusing penangan nescafe. maka entry nie pun up la time pen nie dah digunakan barkali-kali tanpa henti.=)

memang besh la guna pen nie. lancar jer. n mata dia tak der la besar mana n takder la kecil mana. aku nie memang agak 'berangin' sikit la kalau bab pen nie. nak tulisan lawa jerrrr memanjang. nak beli pen, memang hazab la saper yang soping dengan aku. pen sebatang, belek macam nak beli sekarton.

ia la, orang kata, tulisan tue menunjukkan personiliti seseorang. kalau la tulisan ko tue macam cakar ayam, orang dah boleh predict ko nie macam mana. hehe... :) jadi untuk menjadikan personiliti aku nie seperti low-profile, sila la cover dengan tulisan. hahaha!!! aueeewww... low profile kooo. (-.-)v

sesiapa yang nak rasa keseronokan guna pen nie, boleh la pergi cari kat kedai. jangan tanya aku, stabilo still bagi free ke tidop sebab entry nie sepatutnya up berkurun yang lama.


Friday, September 16, 2011

handmade craft

sekarang nie kan tengah hot pasal handmade craft dari felt kan? tak percaya? se korang google. konpem berduyun kuor blog pasal benda-alah nie. sooo aku pun mencuba jugak. dan alhamdulillah, ianya menjadi. bolehla untuk dijadikan pendapatan sampingan. =) sesiapa yang rasa nak order or nak tengok handmade yang aku wat nie, boleh la pergi ke butik dierrr. usha sana k.

nie aku tunjukkan several of handmade yang aku wat. tapi kalau korang rasa nak handmade yang lain dari aku tunjukkan nie, korang boleh request terus ke emel nie : red_suemin@yahoo.com, lagi senang kan.

aku rasa harga yang aku letak pun berpatutan. tak mahal n tak murah sangat. sedang-sedang jer aku rasa. dah survey harga yang crafter lain wat through on9 nie. dan aku rasa harga yang aku letakkan pun berpatutan. tapi sape yang rasa harga yang aku bagi nie macam hampeh jer, sila la bagitahu yer. :) boleh diconsider lagi.

                                                      bear                                       guitar

                                     bunga senyum pagi                               bunga kemboja

craft nie semua biasanya aku buatkan untuk keychain n handphone strap. tapi kalau korang nak jadikannya sebagai hairclip or something else, boleh la bagitahu. jangan segan yer. kalau korang nak craft yang lain dari lain. korang boleh strach or lukis camne korang nak craft itu terbentuk, insya allah aku akan cuba hasilkan. 

Thursday, August 4, 2011

header baru

saper perasan dengan header baru saya kat atas tue? ader yang perasan? takder! nie yang kecik-hati nie. takper la kalau korang tak perasan, aku tolong habaq kat deme seme. aku dah ada header baru. cik lisa yang watkan. comeiiikan. aku pun berkenan dengan header tue. pink itu menerangkan aku. ahakkkzzz.


sebelum nie header aku cuma tulisan jer kan. sekarang dah di-upgrade-kan. dah ade gambar. tapi background macam tak seswai jer dengan header tue. takpe nanti aku cari background lain pulak. :) agak-agak korang background yang camner seswai yer?

oh, kepada sesiapa yang nak header macam aku tue, sila la rajinkan diri korang contact si lisa nie sebab dia tengah rajin + takder keje, so dia offerkan diri dia untuk wat header. contact sekarang kalau korang tak nak rugi. nanti dia dah start belajar, jangan habaq mai yang cik lisa tak layan korang.

Thursday, July 28, 2011

aku nak FM ni


 saper nak join, boleh klik sini yer. due yer 30 Julai nie.


 

Tuesday, July 19, 2011

aku kahwen? biar betul!

tengok tak tajuk entry tue? tengok kannn...

AKU KAHWEN! tapi gambor ehsan pakcik google. hehehe... :p kenapa la seme orang duk predict aku kahwen hujung tahun nie. wahai manusia yang mempredict itu, adakah korang tahu aku tak hadir lagi kursus kahwin? kah!!! kah kah kah!!! kah!!! tue la korang predict lagi bila aku nak kahwen. sekarang tengok, kursus kahwen pun tak hadir lagi. sob sob sob... =(

tapikan memang ramai kebenor yang kata aku bakal kahwen hujung tahun nie. takper korang, jangan risau. korang cari, aku approve kan. :) tak menepati piawaian aku, korang cari lain. ;p

masin mulut korang, sebut 44kali, maka korang akan dapat la yang nie...
bawah nie...
yang nie...
eh, yang nie la...
.
.
.
.


p/s : sesiapa yang rasa nak kad kahwen macam di atas, sila la kunjung sini yer. comel-comel. aku pun berkenan. *___* #dearfuturehusband nanti kite wat kad camnie nak? saya berkenan la. awak design sendiri pun takper. saya tak kesah.

p/s lagi... dear lovely kazen. jangan salahkan aku andai majlis nie ko tak sempat nak hadir. tapi salahkan mereka n kuarga mereka yang kata aku kahwen hujung tahun nie. mulut mereka kan masin. :)

P/s/s : kazen, ko dah ada kat malaysia kan? Carikan aku sorang partner. Nanti ko tengok la, lelaki tue boleh bertahan ke tak dengan perangai hazab aku nie.

Friday, May 6, 2011

bersiaran kembali.

yeah kengkawan. aku bersiaran kembali! *lompat tetinggi* setelah sekian lama lappy ini dipegang oleh adikku, maka ini hari turn aku pulak! huargh huargh huargh!!!

iya la kooo! kan bebudak u + politeknik sekarang nie tengah sem break. lama pulak tue :( sampai bulan 9 kannn. jadinyer adikku telah meng-konker-kan diri dia untuk lappy terchenta aku nie. :(
ehhh nie tak termasuk adik pompuan aku lagi. baru yang laki, aku dah gabra camnie. kalau yang pompuan tue balik, lagiii laaa aku gabra kooo. nak tengak aku mengadap lappy nie? tunggu dedua tue tidor or take turn. sob sob sob uwaaa!!!

sekarang nie pun dah take turn. *turn yang tak berapa menjadi sebab adik konker dulu.* siyes kooo, aku dapat lappy jer terus point aper yang penting dulu. blog nie terpaksa lupakan dulu. :( hehehe...

sooo sekiranyer korang jejak blog nie n tak berhapdate, maka mengerti la ko yang sebenarnyer aku dikuarantinkan oleh adik beradik ku dari menggunakannyer. mujur la dua jer adikku yang addict dengan tenet. kakak ku nan adooo. maka aku rasa satu point di situ untuk aku ambil turn kakakku. kak, turn ko bagi kat aku yer... panggg! Banyak cantik muka ko? *dengan jelingan paling tajam*

Saturday, April 30, 2011

nak kasitahu nie.

aawal-aw dah dapat tengok gambor beg kannn. baguih! *sambil tepuk tangan + hentak kaki.* ader jer yang kena panggg dari acik aku nie. larikkk sembunyiii!

kalau korang teringin nak beg nie, ataupun nak cari beg yang lain dari lain, sila la jengah kat SINI. banyak beg yang yer jual. aku pun dah rabun mata tengok beg yer. kata jelah ko yang tak tahu memilih, lagi nak salahkan mata.

oppsss!!! bukan hanya beg tau. ader jugak korean dress n tudung. kalau korang jenguk blog tue, memang teruja la tengok barang yang yer jual. mantappp ko!!!

sekarang nie blog tue wat promosi. handbag - free delivery. kalau pasal tudung n korean dress, korang boleh tanya sendiri empunya tuan blog. jangan risau, pertanyaan korang akan dijawab, cuma antara lambat n cepat jer. biasanyer paling lambat pun, 3 hari la. tak pernah lagi la lebih dari tue. :) al-maklumla tuan empunya blog bekerja, so kena la rajin kan diri melangkah ke opis yang sekangkang kera dari rumah.

Wednesday, April 27, 2011

tolonglaaa respon yanggg oiii!!!

entry kadar-kadar jer sebab dah nak masuk tidor.

blog aku nie lambat tak korang nak load? tadi aku check berat blog nie n its 166+++. orang kata, kalau berat kurang 100, baru la gempak. smoothhh jer orang nak landing blog ko. betul ker?

Thursday, April 14, 2011

mai la vote nie.



nampak tak anak-anak comeiii di atas tue? yang no 3 anak umie n yang no 35 tue anak mamrifqy. *betulkan saya, andai saya salah.* diorang ader masuk satu contest, n minta la korang seme vote for them. aper lagi meh la kiter vote deme nie seme.

ader hadiah tahu untuk mereka yang sudi vote for them. nak tahu camner nak vote? meh klik sini. due yer 21 Apr nie. ader masa lagi kalau korang nak vote. saya nak tag sesiapa yang sudi jenguk n3 nie. hehehe.. :)


Saturday, April 2, 2011

thanks nad but so soriii.

korang ader ingat tak dedolu aku ader habaq yang menang GA yang nad wat kan. GA yang kat blog nie. ingat kan? kannn... kannn... jangan kata tak hengat, aku sentap karang! majuk la camnie! *hentak-hentaj kaki n bungkus diri dengan selimut*

nak wat emtry nie sebenornyer dah lama. hehehe... tapi biasa la aku nie kan selagi takder masa yang betul-betul free, takder maknanyer nak jejak blog. *eh, blog lain boleh pulak aku BW.* kui kui kui...

kan aku dah menang as one of the pemenang yer kannn. hadiah yer surprise! aku pun teruja la nak tengok aper hadiah yer. memang teruja kooo!

selalunyer kalau wat GA or contest, mesti dah isytiharkan awal-awal pemenang yer akan dapat sekian sekian sekian... tapi nad tak wat cenggitu. kiranyer macam nak kasi ramai join n kesemenyer *termasuk aku* duk menunggu aper la yang surprise kebenor hadiahnyer. cenggitu la.

tunggu punyer tunggu, nan ado. aku rileks lagi. sebab aku dah tahu yang nad nak pos dah hadiah yer based on the blog la. yer hapdate kat blog, kata hadiah GA bakal dipos n akan dapat 2-3 hari kendian. aku soka! sokaaa! tetiap hari duk menunggu posmen jejak rumah aku.

last-last, satu hari tue, balik keje, kakak aku kata ader surat untuk aku. kenapa entah, surat aku jer mesti sampai time aku keje. takder ker posmen tue nak menganto time sabtu. baru la aku melonjak-terkinja-kinja kat depan posmen tue. *sedor la sikit, ko tue keje.* huargh!!! huargh!!! huargh!!!

aku pun lekas masuk bilik n belek surat tue. tapi ader satu ketidakpastian bila aku nampak surat tue. something yang aku rasa macam nak meletup berapi-api.

nak tahu aper dia? saper nak tahu? tadi takder orang ingat entry mana kan... kan kan kan... jadi aku pun tak mahu habaq la, aper dia. *lari masuk bilik tak kuor-kuor* tak daq aih. aku habaq nie! *senyum simpul depan cermin*

surat ku dah berbuka. tak tahu saper yang buka. biasanyer kalau kakak aku yang buka, yer akan sound aku awal-awal, "ko dapat surat tadi. tapi kakngah dah bukak dulu." tapi kali nie, "ko dapat surat tadi. kakngah letak dalam bilik."

rileks... rileks... pergi tanya dulu kakngah aku or sesiapa yang ambil surat tadi. kakngah aku kata, memang surat yer cenggitu. takder orang usik. aku konpius! nad nie nak wat april fool ke aper nie. aku dah menggelegak tersenyum simpul dah time tue. takper, rileks dulu. mengamuk kendian. baling susun pinggan pun kendian. last-last nad cakap, aku suppose dapat gelang tangan. gelang tangan hokeiii, bukannyer sekeping kad yang terselit kat sampul tue.

aku sedih. sob sob sob... uwaaa!!! apsal gelangku bertukar dengan kad. magic ke aper nie? saper nie yang pejadalkan aku! aku blur. tak tahu nak salahkan saper. nak salahkan posmen, tak tahu nak salahkan atas kesalahan aper. nak kata, yer ambil gelang aku, yer tue laki, takkan la laki pakai gelang pompuan kot. nak trace pun tak boleh cox yer guna pos biasa n memang susah nak trace kalau talder kod segala bagai nie. nak salahkan jiran tetangga pun tak boleh. sebab surat tue sampai kat rumah aku. n bukannyer duk menyinggah mana-mana sebelum sampai kat tangan aku.

tak tahu dah nie nak cari kat mana gelang tue. sampai la nie aku duk terkenang gelang tue. camner la rupa nyer yer. aku nie memang kemaruk sikit kalau bab gelang + rantai nie. kalau gelang tue berharga 20sen pun, aku boleh simpan sampai la nie. nie kan pulak gelang yang nad bagi, lagiii la aku terkenang.

p/s : kepada sesiapa yang terambil gelang tue, tolong la weiii pulangkan. pulangkan! *pakai baju kaftan putih n kirai-kiraikan tangan kat depan kipas yang tengah berputar laju*


 

Thursday, March 31, 2011

hollaaa! hollaaa!

nampak tak blog saya nie bersawang? *tiup habuk kat jari* jangan risau k... akan dihapdate nanti setelah sekian lama mendiamkan diri. *kepala duk pikir nak wat entry aper pulak*

ader sesiapa rindu saya? takder! huhuhu... sedihnyer. kenapa takder sesiapa rindu saya? kenapa? *sambil hentak kepala kat tembok rumah*

dah siap marathon
1. citer korea + taiwan + entah aper-aper entah kat dalam lappy nie. ader sedih, gumbiraaa so-on so-on.
2. hapdate personal blog. *acik, ko jejak blog adik, siap ko!*
3. baca manual insurans. doakan aku lulus yer. boleh jadi ejen insurans am. 

sekarang nie nak marathon:
1. blog nie yang memang takder entry berkurun lama. akan ku hapdate dengan penuh iltizam k.
2. jejak balik blog yang bertandang ke blog aku. tinggalkan jejak untuk diorang. walaupun aku maluuu.
3. thanxxx bebanyak kepada yang tag aku untuk GA/contest. nanti hamba yang baru ader masa nie akan sertai yer. tungguuu!

okeih... korang dah tahu kan apsal aku tak hapdate blog. apsal blog aku bersawang kannn. jadi sekarang nie, aku kena praktiskan jari jemari aku nie untuk taip entry. *sambil lenturkan jari*

p/s : aku dah jadi ejen insurans am. so kepada sesiapa yang ader kete + motor + kenderaan yang dah nak tamat tempoh or bakal tamat, nak apply insurans dengan saya, boleh jer. kalau korang tak nak apply tapi just nak tahu berapa rege yang harus disimpan untuk next insurans, pun boleh jugak. jangan risau, just emel me kkk. Aku akan bagi quotation. Quotation nie bukannya bermakna kena bayar tau. Just untuk tahu harga sahaja. aper-aper hal masih boleh dirunding. jangan mudah berputus asa k!

Monday, February 14, 2011

untuk dia...

untuk dia...

sempena perkahwinan yang dirahsiakan dari saya. ish, sebok beno dada nie.

semoga berbahagia hingga ke anak cucu. *ayat standard.* sekalipun tak diajak. saya akan terus berjuang untuk hidup. kena pasrah kan diri. takkan merajuk dengan awak lagi sebab tahu awak takkan datang pujuk saya LAGI. awak takkan jadi kayu pengukur untuk saya lagi. saya tak nak laki-laki kat luar sana merajuk. ahakx... *macam ader jer.* okeihh, tak kelakar langsung. *___*

lastlyyy... be a good husband. i know u can. *big smile*

Friday, February 11, 2011

thanks maziati.

menang! menang! menang!

"kalau kiter rasa gumbira, tepuk tangan. plap... plap... plap... kalau kiter rasa gumbira, hentak kaki. hentak... hentak... hentak..."

itu perasaan aku biler tahu aku menang GA yang maziati wat. dah lama terperam entry nie, baru sekarang ko wat! ish... ish... ish...

balik keje n tengok kat atas rak dalam bilik, ader pos express stated my name n dari shah alam. aku dah berpeluh dah nie. mana la tahu kot-kot uitm cari aku. al-maklum la pelajar yang bermasalah beretika memang camnie. kalau wat cilap jer, mesti gelabah tak tentu hala. lebih-lebih lagi tang alamat tue. memang alamat uitm shah alam. lagi la aku gelabah trang trang trang...

tengok isi dalam... waaa, aku terujaaaa... pasal aper? bukan dari uitm. itu yang paling UTAMA! kejam dop aku nie? tak kannn...

okkk. isinyer aderlah...

...................

..........................

........................

..........................

.....................


FM DARI ABU DHABI. *sowiii, takder gambor.*

dah tempek kat fringe punnn. anak saudara seme terujaaa nak lekat kat situ.

actually, maziati ader dua blog. satu untuk contest, klik sini ye. yang lagi satu tue, untuk life yer, klik sini pulak.

sesaper yang rasa:
a - takder keje nak wat ataupun kemalasan melanda diri anda, ader keje tapi macam tak nak habihkan lagi keje tue
b- jari amat rajin untuk menaip. dah tak tahu nak taip aper dah
c - lenguh BW kat blog orang n nak rasa kehebatan blog anda sendiri

aderkah anda seperti diatas? kalau ader, sila la klik yang contest tue. maka mulakanlah dengan penuh azam-iltizam yang membara di dalam diri untuk wat new entry. mana la tahu kehebatan blog anda terserlah, boleh dapat rexki pulak kannn. macam aku laaa. *nak jugak menyelit!*

yang pasal journey yer tue, aku baru tahu masa hadiah sampai kat rumahhh. sooo akan ader sesi jejak-menjejak tuan tanah blog nanti. tue jer la kottt. adios!

eh ader lagi! menang GA dari nadiah. nanti aku wat entry pasal tue biler hadiah dah ader kat tangan kkk.


Tuesday, January 25, 2011

money guess


kali nie join contest yang syam buat. sesaper yang nak join, boleh klik kat sini. start harini n last date yer 15hb Feb nie.

saya teka rm 177.50.

saya nak tag intanzcraft untuk contest nie. boleh?

my favourite artist

saya join GA lagiii. hehehehe... sesaper yang nak join boleh klik kat sini yer. jom la kiter kongsi reramai artis pojaan hati kiter.

kena jawab soklan kannn. jommm jenguk jawapan saya pulak.

soklan nyer aderlahhh :

  1. siape favourite artist korang ? (tak kesah korea , eng or wateva . and group pon boleh )  ~joe cheng~
  2. nape suke dye ? ~he soo sweeettt.~
  3. bagi 3 point pasal dirinye... ~caring, pandai nyanyi *suara yer beshhhh, rambut yer cute kannn~
  4. nyatekan 2 lagu / drama / filem yang dye nyanyi / berlakon  ~ they kiss again n love or bread ~
  5. ape yang korang nak buat kalau jumpe favourite artist korang ?  ~tergamam. senyummm...~
  6. kalau birthday favourite artist korang , korang nak bagi hadiah ape ? ~wish besday in malay. *yer paham ke tidak nie?*
nak kenal tak joe cheng tue yang mana?

yang nie la...

...

kat bawah nie ha!


ok. sekarang saya nak tag,
hannan
miszsheyla
mama mirza

Hadiah FM dari Abu Dhabi


saya join lagi GA yang sukasuki wat. sesaper yang nak join, boleh klik kat sini cecepat yer. due yer pun dah malam nie *25hb Jan, pukul 12 tengah malam.* sempat lagi kan aku joinnn.

Monday, January 24, 2011

cara rompak zaman sekarang.

zaman sekarang nie zaman yang penuh dengan pancaroba kan? nak pergi mana-mana pun takut. *aku ler tue.* series la weiiii. aku nak pergi kedai yang hujung kampung tue pun takut. even time tue pukul 8 malam. macam lahabau jer orang zaman sekarang. takder sivik ker aper?

kat kampung aku nie, dah ader perompak guna kekdah baru. aku pun naik seram nak duk rumah nie. dah la aku dengan mum jer kat rumah nie. time cuti, baru ler aku rasa aman-damai-selamat sikit duk rumah nie. kalau tak... memang aku akan pandang-jeling jer kat tingkap-pintu tue. memang tak aman-tenang la tido aku memalam.

macam nie yer kekdah nyer. jangan pulak korang pergi amalkan. tak elok kkk.

perompak akan bagi salam. *nampak macam baik jer kan.* tetibaaa... kalau tuan rumah takder, teruihhh kebas ape yang aderrrr. kalau boleh ubat gigi pun, ubat gigi yer baham. nak wat per la dengan ubat gigi tue.

macam dah kemaruk jer orang zaman sekarang nie. sampaikan bende yang tak penting pun, ko nak jugak. kalau ubat gigi tue jenis emas-berlian tue, logik la ko nak kebas tue, logik la jugak.. iniii...

kalau tuan rumah tue kuor time bagi salam tue. yer akan kata la, yer nak jumpa someone tapi padahal nan adooo. yer kata la, yer nak jumpa ahmad ker, timah ker, pakmat ker. kalau yang kuor tue, nenek tua. lagi la kooo... tetiba jer nenek tue dah kena ikat la, itu la, ini la. anak-anak muder zaman sekarang nie memang takder adab langsung ker? tak belajar adab ker aper budak nie? aishhh...

nie pulak citer aku. bebenor okkk. takder nyer menipu.

malam tue, lebih kurang pukul 12 tengah malam. aku n my mum jer yang ader kat rumah. mum kejutkan aku. katanyer ader yang bagi salam tapi sebab aku mengantuk-tahap-gaban, aku wat booo layan jer. esoknyer aku tanya my mum. katanyer memang betul. aku ingatkan mimpi jer. sekali kooo... betul rupenyer. terkejut aku.

mak sedara aku pun bagitahu ler. tue ler taktik orang zaman sekarang. memang dahsyattt. aku pun tak terpikir nak wat cenggitu.

katakanlah malam tue aku terbangun. agak-agak nyer aper yang akan terjadi? entah-entah kuor suratkabor muka depan nie. ishhh... memang menyeramkan.

tue la... pompuan memang kena ader pelindung. kalau ko ader black-belt *ye ker perkataan nie?* pun kira ok la dari takder langsung kan.

bile dengar jer aper yang mak saudara aku tue cakap, teruih aku pergi youtube n cari video taekwondo. haha... :)) takut kooo.

Sunday, January 23, 2011

follower...

kali nie aku memang pening-tahap-giga bilamana... ader someone kater aku tak follow yer. padahal setahu aku, aku dah follow blog yer tue dari zaman-tuk-kaduk lagi. dari zaman yer habaq kat aku, yang yer ader blog. boleh plaq camtue.

aku pun berfikir sejenak. ehmmm... ok... maybe ader gangguan-istilah kat situ. check balik kat yer punyer follower n KONPEMMM nama aku takder. dah gelabah dah aku nie. dah la aku nie sorang yang mudah gelabah. lagiii la aku penggelabah bila jadi camnie...

selidik punyer selidik. n tanya punyer tanya. rupenyerrrr... aku kena pergi kat blog yer n klik kat follower yer, baruuu la aku nie follower yer.

korang tahu?

aku baru tahu.. penjakun betul la aku nie. erk! ker ader yang terasa? soriii... kalau anda sekalian terasa. :))

10sen pun berkira...

situasi itu...

hari : luper la.
masa : petang *agaknyer pukul 6+++ kot.*

macam nie. my mum nak biskut, tapi dah habis stok pulak. nak pergi pasaraya macam malas pulak. so jejak la kaki nie kat kedai area rumah nie. belek biskut. pilih la biskut nie. n barang-barang lain. beratur kat kaunter. lepas jer mamat-makcik-pakcik, my turn. scan harga.

aku : kak, bukan ker biskut nie rm6.40.

pekedai tue pun jenguk balik tag harga n mesin harga yer...

dia : yer laa. rm6.40.

lepas jer bayor. kedengaran la suara kat belakang.

dia : bukannyer banyak pun. 10sen jer. itu pun nak berkira.

aku pandang belakang tapi yer wat kira-kira barang orang belakang aku.

hati aku : kak, aku nie bukannyer nak berkira 10sen tue. aku cuma tanya jer.

mentang-mentang la kedai ko nie memang sentiasa berpengunjung, maka ko boleh wat sesuka hati jer keee. lantak la harga yang ko tag tue sama ke tak dengan mesin ko scan. cuba bayangkan kalau ader pengunjung yang lagi cibai dari aku. mulut yer dari besar dari mulut aku. baru ko tahu langit tue tinggi ker rendah. *baca : geram*

kalau ko tue keje kat mydin ke, giant ker, konpem-konpem la tak sampai 2,3 hari ko keje kat situ, memang dah kena buang agaknyer.

Friday, January 21, 2011

tepung dan kek

saya pun nak join jugak GA yang nie. GA nie mama mirza yang wat.

saper yang nak join, boleh klik sini cecepat yer. due yer pun dah nak dekat, 31hb Jan nie.

saper yang suker kek? ooo... my bro. boleh makan 2 biji tue sekali ngap jer. memang tak toleh-kiri-kanan dah. "zulkifli" and "mohd adam haziq". hehehe... :))

Thursday, January 20, 2011

vote and win

saya nak join lagi. hahaha!!! saya dah jadi addict dengan contest-GA-bende-alah nie. :))

sesaper nak join saya, boleh klik kat sini cecepat yer. due yer 28hb Feb nie. lambat lagi kannn! jom reramai klik yer.

lawakan gambor nyer. vote! vote! vote!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.