Pages

Friday, April 13, 2018

rawatan elak sunburn

Sunburn itu adalah satu perkara yang paling dahsyat bagi sue. Nak tau kenapa? Sebab sunburn itu kena kat muka n tak boleh sorok. Hello!!! Cuba korang bagitau sue, macam mana nak sorokkan sunburn kat muka nie? Adakah kena guna pakai topi sepanjang masa? Or kena pakai mask sepanjang masa? Kalau boleh, nak mengelak dari berjumpa sesiapa.

Sue ada solutionnya. Korang boleh cuba bahan-bahan nie. Bahan-bahan nie boleh dapat kat rumah jer. Kat dapur rumah korang jer. Jangan kata korang tak mampu beli ye. Murah je bahan-bahan nie. Tak payah keluarkan modal banyak tue.

1. mayonis
Mayonis nie, korang boleh sapu kat muka. Selain dari boleh kurangkan kesan sunburn, mayonis nie jugak boleh lembapkan muka. Nak lagi best, sebelum sapu kat muka, korang boleh letak dalam peti sejuk 30 minit sebelum guna. Sejuk dia tue boleh terasa sampai ke tulang. Ok, yang nie over sikit. Takdelah sampai ke tulang, sejuk dia tue boleh menyamankan kulit.

2. tembikai
Beli tembikai untuk 1001 manfaat. Beli sebiji tembikai, yang tak berapa mahal. Make sure beli yang merah. Tembikai nie korang boleh buat agar-agar tembikai, air tembikai laici, pencuci mulut. Lebihan tue,  korang sapu kat muka. Hancurkan tembikai n sapu kat muka.

3. daun lidah buaya
Bagi sue, step nie adalah paling senang sekali. Just ambil daun lidah buaya, potong dua di tengah and sapu kat muka. Ada yang kata potong bulat bagus, ada yang kata potong panjang bagus. Sebenarnya ia ikut kesesuaian anda. Kalau anda rasa, potong bulat, senang nak sapu, potong lah bulat. Sue lagi suka potong panjang. Boleh nampak and rasa bendalir kat daun lidah buaya tue. Jadi kita pun boleh agak area mana yang kena sapu banyak, area mana yang kita just nice je sapuan tue.

4. masker timun dan susu tepung
Kalau korang suka minum susu tepung, adalah kan kat rumah. Yang mana tak ada susu tepung, jangan pulak pergi ambil susu segar. Tujuan susu tepung nie, adalah untuk memekatkan masker timun tue. Takdelah cair je bila nak sapu.

5. tomato
Yang nie, tak payah nak kata apa dah lah. Sebiji timun, tak sampai 50 sen pun. Paling senang sekali nak buat. Kalau taknak blend, korang boleh kupas kulit tomato and lenyek dengan sudu.

6. vitamin c
Ini adalah cara yang sue paling suka buat. Especially kalau sue perasan vitamin C masih banyak lagi dalam satu botol. Sebotol vitamin C Shaklee bertahan 5-6 bulan. Setahun cuma perlu 2 botol sahaja. Agak membosankan bilamana ko hanya perlu makan sebiji sahaja vitamin C sehari and kena tunggu 6 bulan pulak untuk beli botol yang lain. Apa yang sue buat? Sue rendamkan sebiji vitamin C dengan sedikit air n sapu kat muka.

Antara cara kat atas, korang suka cara yang mana? Ataupun korang ada cara tersendiri? Mehla comment kat sini. Kita kongsi.

Dengan guna cara kat atas, korang bukan hanya boleh rawat sunburn, boleh jugak rawat kulit bermasalah yang lain. Contohnya, mayonis untuk lembapkan kulit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.