Pages

Tuesday, April 17, 2018

punca sembelit

Esok raya!!! 🎉🎉🎉

Sue masih lagi di TBS nie. Bas pukul 10.30 malam, sue dah tercongok kat sini dari pukul 7.15 malam. Gigih datang awal semata-mata nak cop parking depan lif. Haha!!! Padahal dari Damansara setengah jam je.

Hari raya nie, korang mesti dah plan juadah mana nak makan banyak. Makanan mana yang korang nak sesangat makan. Almaklumlah setahun sekali je kan, sambutan raya nie. Ada masakan tue, time raya je korang jumpa. Lepas raya, tak tau dah ke mana menghilang.

Time-time camnie lah pulak perut memerut tak hingat. Sebagai persediaan, apakata korang rujuk balik apa yang sue point kan kat bawah nie. Korang elakkan masalah nie daripada terjadi kat korang. Takdelah orang lain makan lemang rendang, korang makan pil cek kit teck aun.

1. malas buang air besar
Latih diri bangun je dari tidur, toilet dulu yang korang tuju. Buang segala apa yang ada dalam perut tue.

2. selalu tahan berak
Time korang berjalan pulak, kalau nak membuang, silalah singgah mana-mana. Surau ke, petrol station ke. Jangan duk mengharap nak membuang kat rumah.

3. angin dalam badan
Pernah tak korang pergi massage and lepas tue, rasa lega sesangat. Nak makan senang, nak membuang senang. Tue maknanya badan korang penuh angin. Sila la rawat diri korang dengan 'me' time.

4. kurang cecair dalam badan
Inilah sebabnya kenapa kita digalakkan minum air secukupnya. Masalahnya bila kita dah selalu syok berborak, duk minum air manis, sampaikan kita lupa nak minum air putih.
Petuanya? Set kan dalam diri kita. Setiap jam, make sure kita minum segelas air putih.

5. stress
Tolonglahhh jangan stress. Ye, sue tau. Kita tak boleh nak elak stress. tapi kita boleh control stress. Cuba korang listkan apa penyebab korang stress. Lepas tue, korang list kan pulak, camne nak hilangkan stress tue. Kalau boleh, elakkan penyebab stress tue.

6. trauma lepas bersalin
Yang nie, sue tak boleh nak explain lebih-lebih lah sebab sue belum kahwin. Apa yang sue boleh bagitau, dari pembacaan sue, yup, ini salah satu penyebabnya. Ibu-ibu trauma untuk membuang. Terutamanya ibu-ibu muda or ibu yang beranak sulung.
Nasihat sue, tanyalah pada yang pakar. Mereka boleh membantu. Jangan malu, jangan segan ye.

7. diet tak sihat
Silalah amalkan makan makanan diet penuh. Kalau tak boleh amalkan setiap kali makan, apakata sekali sehari. Kalau tak boleh jugak, amalkan sekali seminggu.
Diet penuh nie, bukan lah bermakna makan sayur je sentiasa. Tak yeee... Makan suku suku separuh. Macam sue, sue amalkan makan suku nasi, suku lauk n separuh sayur.
Elakkan ambil perasa berlebihan. Kurangkan nasi putih n gula putih. Amalkan makan nasi beras perang n gula perang.
Kalau nak pikat suami, mulakan dari perut. Nak pikat perut, mulakan dengan makanan sihat. ☺☺

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.