Pages

Sunday, April 8, 2018

petua elak gastrik

bulan april nie, promosi paling masyukkk sekali. beli 5 tong esp, dapat e-voucher rm50. siapa nak bagi free free macam tue je?

zaman sekolah, sue ada gastrik. takdelah teruk mana. kalau skip makan, merasa lah jugak ubat putih cair tue. ubat tue memang kena ada. kalau dah rasa menggeletar badan, sila la ambil sesudu ubat putih cair tue. pernah sekali, sue lupa nak topup ubat tue, pengsan sebab tak tahan gastrik. padahal gastrik sue bukannya teruk sangat. doctor bagi suggestion, every one hour kena makan. tak ke naya? time sekolah, kena makan every one hour, tak ke cikgu pun pandang semacam.

sebab tue la, setiap kali waktu makan kat hostel, sue adalah antara mereka-mereka yang akan beratur di hadapan. memang tak pernah miss.

bila dah masuk u. sue still lagi ada gastrik. still boleh tahan sebab bekalan makanan memang akan sentiasa ada dalam beg. sampaikan lecturer panggil sue, kedai makan bergerak. kalau nak fikirkan malu, memang malu. hadap jelah malu tue. sila pentingkan kesihatan dari malu.

bila masuk alam kerja, gastrik dah makin ok sebab jaga perut dari zaman belajar u. sampailahhh satu ketika, sue realised gastrik datang balik. bila ko keje area kedai makan melayu yang payah nak cari. cafe banyaklah. takkan hari-hari kot ko makan kat cafe. kalau makan kat cafe, tak sampai tengah bulan, poket dah kempis. sue dah start masak sendiri. hari-hari masak sendiri, muak jugak kan. ada hari, sue just makan roti je untuk breakfast. tambahan pulak, dari sue start bekerja kat kolej nie, sue sorang je akaun dia. dari awal bulan sampailah hujung bulan, busy dia macam tak cukup tangan. nak keluar makan pun tak sempat.

start dari situ la, sue try segala petua nak elakkan gastrik.
1. orang cakap, elakkan minum susu ketika perut tengah kosong. sue gantikan dengan milo panas.
2. elakkan skip makan. setiap hari sue bawa bekal roti, buah, salad. sejam sekali sue mesti makan. sampaikan ofismate pelik, sue nie kurus tapi makan macam bela saka.
3. kurangkan makan pedas. sue suka sambal belacan. lebih-lebih lagi kalau campur mangga muda. sue try kurangkan kuantiti sambal. ambil seciputtt je.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.