Pages

Wednesday, December 8, 2010

checklist

checklist untuk aku kena wat minggu nie :

1. hapdate blog scintillate, nurul iman n estrada yang dah berkurun tak hapdate. ader tamboh satu lagi blog. butik sue-ada. *glamerkannn.*

2. khamis nie pergi dungun dengan rozila sebab nak wat clearance. redhaaa jer la bila kena bebel kekg time pergi tue. hanya kerana aku la orang last sekali wat clearance sebelum konvo.

3. hapdate resume n memulakan xtvt menghantar resume. minta-minta la dapat keje tue. boleh la aku beraya dengan duit banyak. nie ciput jer gaji aku. rm 6oo+++, tapi aku bersyukur la sebab ader jugak la yang nak ambil aku keje. mahunyer aku menganggur lelama kat rumah tue, berasap telinga aku mendengar khutbah percuma dari angah aku.

aper lagi yer yang mahu dihapdate kali nie. ape lagi?

4. iye... yang ini paling penting. kite kena hapdate kan zhi shu punyer cite. dah berkeping-keping aku tulis kat notebook tue ha. tulis tangan k, bukannyer menaip. dengan tulisan yang macam cakar ayam tue, entah paham ke tidak, aku pun tak tahu la. aku rasa macam ayam punyer cakar lagi elok dari aku punyer tulisan. betuiii la weiii. ko pernah tak tengok cakar ayam kat tanah? aku punyer lagi teruk dari tue k.

5. yang nie pun kena wat jugak. tengok balik entry yang sebelum nie. coz kena edit segala bagai untuk mengelakkan kengkawan ku juling mata membacenyer. *prihatin kan, suhada nie.* *___* *dah nak siap dah.* nak hapdate butik pulak. nak bagi korang tengok sampai terbeliak mata. coz tudung-tudung kat situ memang beshhh. pakai pun beshhh. promote promote.

aku rasa ini jer kot checklist yang aku kena wat untuk minggu nie. selain dari menggosok baju. malas weiii nak gosok baju. sebab tue la, kalau ko perasan, aku akan pakai baju yang ala-ala tak nampak yer punyer kedut. baik punyer pilihan kan. lain kali aku nak pilih kain senang gosok la pulak. tak payah duk perah tenaga nak gosok baju.

6. ha! ader lagi satu aku kena wat. *baru teringat* jumaat nie pergi mydin mall. kena beli barang dapur. mahu le beratus habis kat situ jer. minta-minta la cukup duit tue. mahu mengigau kalau duit aku tak cukup. kalau kat kedai makan, boleh la aku mengelak dengan basuh pinggan. ini shoping komplek. mana mahu cari pinggan untuk dibasuh maaa. 

otw balik tue, kena singgah kat farmasi beli pil untuk cantikkk. aderlah pil tue, cekde yang suggest. rasanyer nama singkatan yer EPO, agak-agak aku la. aku pun dah lupe nama yer. ader diskaun, tue yang nak beli tue. kalau takder, tengok jer laaa.

nak singgah jugak kat ayamas. nak pilih ayam black pepper. dah lama ko teringin nak makan. *sebenornyer dapat free kupon dari tm.* credit to tm. hahaha...

agak-agak ko la kan. baik jahat tak aku nie, kalau aku beli ayam tue n makan family aku jer. enna + cekde tue memang suka la kalau dapat makan free. masalahnyerrr aku macam tak berapa nak suka la kalau ader enna. enna nie dikira macam anak-anak kak long la. kalau ko tak suka dengan perangai anak kak long time makan, cenggitu jugak la ko tak suka dengan perangai enna.

adios, bebeh. nak pergi melawat entry lelama dulu k.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.