Pages

Saturday, October 21, 2017

Abc game

aku tengok game nie kat blog syuk *kalau tak silap aku, yer nie penulis novel. ala citer tentang dhiya.* so aku nak try jugak r. nak tahu aper yang aku boleh jawab dengan game nie. *tak pernah lagi k aku balas game yang entah-aper-aper nie.*

sebenarnyer bende alah nie kite tag kat orang n orang tue kena la tag kat sesiapa yang yer berkenan. aku? macam lahabau jer kalau ader yang tag aku. kalau dah namanyer private public kan blog, ader ke yang boleh invisible terjah blog ko. kecuali la yer ader kuasa mistik macam psikik gituuu.

ABC GAME

Name *print your name here* : s***** *n****. hubby aku jer boleh panggil. siap marah lagi lecturer yang panggil aku nama nie. tensen duiii* biasanyer yang suka panggil n**** ke aku, lecturer che ku. nama yer? macam dah luper ingatan sikit la. uik! aku dah luper nama lecturer nie. bujang trang trang trang lagi kooo. tapi anak mak. tetiap minggu balik kampung. reject!

A – Age : 24. still available. sesiape yang ader anak teruna n nak kasi kat aku brainwashhh, aku onnn jerrr.

B – Band listening to right now : various. kite nie tak payah duk pilih lagu la. seme dengar, lagi best tue. boleh la pilih lagu nak bagi kekasih a aper, kekasih b aper. lots of zaman dulu-dulu. paling tak tahan lagu dalam buku Aa+Bb. lagu zaman lening pun layan juga, beb.

C – Career : student. *last sem. baru lepas se paper, ader lagi 4 paper.* stay up tengok tv aku nie ha.

D – Drink or smoke : nope. nak mampus ker aper ko nie. tahu dek acik aku, tak bernyawa aku nie dolll.

E – Easiest person/s to talk to : blog aku + diari aku *my dedddy.* acik pun ok jugak. tapi kena tengok mood yer la. mahunyer aku kasi tahu problem time yer bengang dengan bos. aku jugakkk yang kena sembur kooo. bukan berkureng problem kooo, makin bertamboh kooo.

F – Favorite song/s at the moment : entah. banyak sangat la lagu nie. aku duk tengok citer 'anita'. so, lagu yer pun anita juga la. layan jer la. dari aku duk layan hati meroyan aku nie. ader baiknyer aku layan anita. tak der la tamboh dosa aku. yer dok?

– Gummy Bears or Gummy Worms : mende tu? sounds like stretchy chewing gums. time bebudak dulu. kalau yang tue pernah la aku kunyah. mak aku kata kalau telan, boleh hilang nyawa. tak berani dah lepas tue aku nak makan. sekarang nie bila pakai gigi palsu, lagi laaa malas nak kunyah. terlekat kat gigi tue. tak suka uuu. :-(

– Junk foods you like : tak boleh makan sebab lelah. tapi aku makan jugak. aper-aper je la. twisties pun ok la. jangan pulak ko bagi aku perasa tomato. memang aku akan makan 2-3 keping jer la. yang lain, sila sembah kat chek-bin terchenta.

– Longest car ride ever : segamat - mersing, n ader lagi la road lain. bila angah aku nak uji aku punyer skill drive. aku mana ader skill drive la, dowhhh. asik kena bambu jer dengan angah. sekarang nie pun, duk mengetest aku punyer skill. nak beli kete nanti senang. takder la terkial-kial aku nak drive kan. sebenornyerrr 'sila beli kete cepat-cepat.'

M – My favorite Sport/s : indoor jer. lelah kan. badminton game kenangan. tengok raket badminton pun boleh gelak sorang-sorang. kureng waras ke aku nie? ker terlebih cihat?

N – Number of relationships you’ve had : ader ke dalam hidup aku? aku crush sorang tepuk sebelah tangan ader la. kalau yang nie, memang banyak k. tak terhitung dengan jari.

– One wish you have : ability to think clearly and tak ikut hati sesuka hati. btw, i think i’m improving now. boleh tak, kalau aku minta jadi invisible untuk seketika. kalau tak pun, jadi superwoman ker. boleh hentam sesiape yang aku nak hentam. jadi psikik ker.

P – Phobias : losing. hate the feeling. bukan losing = kalah, it’s losing something. sampai bila pun, aku rasa phobia nie. phobia present pun ader jugak. :-( rasa macam, kalau ko bagi aku hadiah, ko mesti nak balasan kannn.

Q – Favorite Quote : mangkuk!

R – Reason to smile: berangan. kekawan aku kata, berangan jer kerje ko yer. kalau ko duk diam tue, ader something wrong somewhere la tue.

– Song : Now listening to – none. i’m answering this game yang aku tak tahu untuk aper. jawab je la. boleh jugak tahu aper yang aku tahu pasal diri sendiri.

– Time you woke up : tanya nana sebab aku tidor dengan yer kat bawah nie. kalau awal aku bangun tue, ader la tue kerje yang aku nak wat. kalau lewat bangun tue, salahkan nana. even saloh sendiri. nak jugak nana penyebab nyer.

– Unknown fact about you : senang rasa bersalah. no one knows that. sensitive + malas. yang nie kawan aku dah tahu kot. tak payah duk sorok lagi dah. terang + jelas terbuntang depan mata lagi.

– Vegetable/fruit you hate : i’m very healthy so i love fruits and vegetables. makan jer seme. ko jangan nak memilih pulak. badan sekeping pun ader hati lagi nak memilih. ko nak jadi tiang for ever ke?

W – Worst habit :
1) terlalu senang sakitkan hati orang tanpa sendiri sedar. cakap main lepas jer. lepas tue mula la, duk mengoyan mikir orang tue akan terasa hati ke tidak. *mesti la terasa, beb. mulut macam bertih-jagung-non-stop.*
2) senang untuk lupa pasal tu and end up having him / her hating me for the rest of my life. i think i’m exagerating. hell yeah. sapa kata senang nak mintak maaf? aper perasaan ko, kalau kite dah kata 'maafkan aku'. n orang tue pulak kata 'ko kan pandai. aku nie aper la sangat.' macam lahabau jer kannn.

X – X-rays you’ve had : masa nak masuk U. tue pun sebab WAJIB. kalau tak, ampun la. ko ingat tak malu ker, nak buang segala baju n pakai baju transparent tue. even ader nurse sekalipun. lelakiii beb. *doctor ler.* ko pakai baju kurung besar gedabak tue pun, imaginasi yer boleh sampai entah mana-mana entah. kite mana tahu otak yer kan. lain la kalau boleh nampak + budget aper yang yer duk pikir.

Y – Yummy food/s : nasi lemak lauk ikan bilis goreng. sambal jangan pedas yer. *life... tak boleh makan pedas memang seksa* tambah-tambah pulak ko mak angkat aku wat sambal ikan bilis. huuu... menambah berkali-kali pun takper. tak payah duk fikir diet lagi dah. hentam sajorkkk.

Z – Zodiac sign : confirm! CANCER. aku nie minat jugak dengan tilik zodiac nie. *macam bebudak kan?* ala aper yang nak dikisahkan. bukannyer aku apply 100% pun. just sesuka-suki jer.

Lastly – what do you think of the one that send you this survey?
takder saper hantor survey nie, aku ambil dari blog syuk la. novel yer best. santai jer baca. ader pedoman + ayat cinta yang tak memberatkan dalam tue. ilmiah pun ader jugak. kira full complete la.

done...

p/s : korang dah balik kampung untuk beraya cina dah ke belum? aku duk bertapa kat hostel lagi. kemaskan barang nak kena pindah hostel lagi. aku rasa dah seminggu kot aku alih barang, ada lagi yang tak settle. ingatkan 2 or 3 trip je yang tinggal. sekaliii mak kooo entah berapa trip pun taktau. malam nie last aku ngangkut barang. esok dah nak balik. 
ada harapan lah aku bertapa kat hostel esok n balik kampung jumaat if aku masih lagi pergi kerja arinie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.