Pages

Saturday, October 21, 2017

kenduri kahwin sepupu ku

cuti midterm baru nie, balik johor mersing. tempat yang penuh dengan kaum jawa sepupuku *tak mengaku aku nie ader gen jawa melayu* yang aku sendiri pun tak tentu berapa ramai ahli kuarga ku disana. banyak kan atuk aku kahwin.

kalau kahwin kekgi, kalau tak jemput seme, mesti ader yang tak puas hati. confirm-confirm nyerlah majlis kecil pun jadi besar. jadi sendiri mahu ingat la kalau nak wat majlis. kalau takder ribu-riban dalam bank, ko jangan berangan la nak wat majlis. mahunyer ader sok-sek-sok-sek kat belakang. ko jugak yang panas hati kan. ader baiknyer ko hold dulu everything. tunggu dah down cikittt tue, baru ler ko wat majlis. *baik punyer plan.*

sekarang nie pun, kalau wat majlis baca yasin, dah jadi macam majlis kahwin. ramai kebeno yang datang. memang ramai la yang datang. lebih-lebih lagi bila kawan-kawan adik aku yang datang. mahu gamat rumah dibuatnyer. nak dihalau, macam tak logik jer. last-last, biarkan je la. daripada takder langsung kannn...

hari tue pergi johor, tersalah tarikh. boleh pulak cenggitu. adoiii... ingatkan majlis tue hari sabtu, rupa-rupanyer hari jumaat. jadi memang confirm la tak boleh tengok barang hantaran yer. nak letak gambor kat sini pun, memang takder gambor yang nak di'capture' kat majlis tue. yang ader cuma gambor nie la. tengok je la yer.

tak tahu la nak kata aper. memang kesedihan yang terlampau bila ingat majlis nie. tapi apakan daya, ini bukan majlis diriku nak disabotaj. ko ingat ko tue anak raja ker, sampai nak kena tunggu. kalau anak pinggitan pun, belum tentu la diorang tunggu.

nie la kaum kerabat terengganu yang turun ke johor. duk berarak menuju ke rumah pengantin. macam rombongan cik kiah kan.

nie la pengantin yang nak diraikan tue. kak cik n laki nyer *luper pulak laki yer nama aper.*

pagi esoknyer, dah tak tahu nak wat aper. budak-budak nie pun kata la nak pergi tengok pantai. pergi la... pantai nyer tak sama macam pantai kat belakang rumah aku. pantainyer pasir terjelerus. kaki masuk dalam pasir. kalau tak perasan, boleh maut agaknyer. tapi aku tak dengar lagi la berita tue. minta disimpang 44 la kan. buka pintu, teruih nampak pantai nie. macam rumah aku ler. tapi time hujung tahun nie, ombaknyer takder la setinggi belakang rumah aku. ombaknyer ader la setinggi 1m jer kottt. *aku tak try lagi. percaya la.*

nie la bebudak yang macam 'tak pernah' jumpa pantai. kat belakang rumah korang tue panggil aper, wahai manusia sekalian alam. panggil kolam laut ker?

kalau pergi johor, tak sah kan tak pergi endau. so kami anak beranak arwah pok mubin pun pergi la kesana menjenguk makcik-pakcik yang masih ader. disebabkan kuarga kak long pun ikut sekali, maka aku, nor, abg long, kak wa, amir n firdaus kena naik bas. 

nak tahu tak bas yer camner. macam bas wan sembuk tue jugak nyer. terhinggut-hinggut aku naik bas tue. alee balik, aku naik kete n kak long pulak naik bas dengan ira ganti aku. yang lain still sama lagi. nak tahu kenapa aku tak nak naik bas? sebab bad mood aku dah sampai. yang sebenornyer aku lapor. bukan lapor, tapi LAPOR GILA. 

ko bayangkan la johor tue mana ader selera macam terengganu nie. lauknyer kalau takder tempe, tak sah. aku nie nak la makan nasi lemak macam terengganu nie. agaknyer la kan. kalau pergi lagi sekali, mahunyer aku bawa stok megi bebanyak. prepare awal-awal, tak der la lagi sesi-merajuk kembali.

buruk kan bas yer. tergegor-gegor naik. mujur ader bas. kalau tak, berjalan kaki ler aku ke sana.

on the way balik, singgah rumah angah dulu. kat area rumah yer kan banyak sawah padi, so kami yang jakun tak pernah jumpa n tengok padi tue camner, pun singgah la. nak tahu tak padi tue camner? padi tue macam yang kat bawah nie.

teruja tak nak tengok? aku teruja beb. siap bergambor sakan lagi. mujur la tak der orang. kalau tak, malu siot. macam orang baru kuor dari hutan jer lagok kami kat sawoh tue. kui kui kui...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All content provided on this "nursueada.blogspot.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of nursueada.blogspot.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.